Ibu tinggalkan sesuatu buat 12 adik beradik ini. Ternyata bacaan talqin si anak buat ibunya buat ramai sebak

Ibu tinggalkan sesuatu buat 12 adik beradik ini. Ternyata bacaan talqin si anak buat ibunya buat ramai sebak

Sayu betul bacaan talkin yang dilafazkan oleh seorang pemuda buat ibunya. Berikut merupakan bacaan talkin yang dilafazkan.“INGATLAH bahawasanya mama, sekarang sedang tinggal di alam brzakh.”

Ibu tinggalkan sesuatu buat 12 adik beradik ini. Ternyata bacaan talqin si anak buat ibunya buat ramai sebak



Ternyata perkongsian penuh emosi yang dkongsi di IG ternyata meruntun hati warganet yang melihatnya sehingga raih hampir 5 ribu tontonan. Nur Faezah, 42 dedahkan pemuda dalam video itu adalah aik lelakinya, Muhammad Neezam yang berumur 35 tahun.

ARTIKEL MENARIK:Isteri nak pinjam duit suami tapi dapat pula suami yang jenis berkira. Bila suami cadang nak kahwin lagi satu ini respon si isteri


Difahamkan video itu dirakam ketika persemadian ibunya, Azizah Romli,65 yang hembuskan nafas pada Jumaat terakhir sebelum bulan Ramadhan.“Talqin dibaca oleh adik kelima saya yang merupakan seorang ustaz kelulusan Universiti Al-Azhar di Mesir. Kami 12 beradik tidak dapat menahan perasaan sedih apabila dia membacakannya untuk mama kami sendiri.

“Sebelum ini kalau orang baca talqin tak ada sebut mama pun. Tapi bila adik saya sebut mama tu terasa sayu sangat, rasa macam kita pun bakal menyusul ke sana.“Kami tak sangka yang mama akan pergi kerana dia tidak mempunyai sebarang sakit yang merbahayak. Cuma dua tiga hari sebelum itu mama ada cakap pada adik, mama tidak ada sesuatu pun di dunia yang memberatkan untuk mama pergi. Mama dah berlapang dada, ” katanya sambil menambah, ibunya disemadikan di Jitra, Kedah.Tambah anak sulung itu, segala pengurusan ibunya dilakukan oleh mereka 12 beradik bersama ayah tercinta.


Jelas wanita yang dikenali sebagai Faezah, dia bertambah pilu bila hasrat ibunya untuk khatam Al- Quran sebelum Ramadan tahun ini tidak kesampaian.“Mama tinggal lagi 12 juzuk untuk khatam, tetapi dia tak sempat nak habiskan dan ditakdirkan dijemput Ilahi pada Jumaat lalu, hanya empat hari sebelum umat Islam mula berpuasa.“Ia seperti mama tinggalkan 12 juzuk itu untuk kami adik-beradik selesaikan. Jadi 12 juzuk terakhir itu dibaca bersama-sama kami adik-beradik ketika mama tenat sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, ”

Tutur Faezah, pemergian ibunya tentu sekali membuatkan kehadiran Ramadan tahun ini ternyata berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.Malah katanya, hatinya terasa kosong memandangkan ini kali pertama berpuasa tanpa ibu tercinta.“Kalau kita seorang diri memang terasalah sikit. Tapi bila berkumpul 12 beradik, terisi sedikit kekosongan itu.

“Kami sekeluarga memang reda dengan pemergian mama dan bersyukur kerana perjalanan mama dipermudahkan Allah, ” katanya yang berasal dari Kedah.Apabila ditanya apa perkara yang paling beliau ingati mengenai arwah ibunya, Faezah berkata wanita itu seorang yang sentiasa senyum dan tidak pernah memendam perasaan, walaupun ada sesiapa yang dikenalinya pernah melakukan kesilapan terhadapnya.


“Dia selalu berpesan kepada kami untuk sentiasa memaafkan orang. Saya yakin semua anak-anak mama akan cakap benda yang sama juga.“Mama juga selalu cuba untuk menggembirakan orang lain dahulu sebelum dirinya. Kalau abah suruh masak asam pedas tapi tak cukup bahan, mama tetap akan cuba untuk siapkan, ”


Kahwin Dengan Lelaki Yang Suka Main Game. Tapi Lepas Je Kahwin Terus Berubah Bila Dapat Wanita Yang Suka Terperap Dalam Bilik. Akhirnya Terbongkar Rupanya Ini Isteri Dia Selalu Buat.

Dulu, aku kuat main game especially Dota. Lepas itu, acah-acah nak kapel dengan awek gamer juga. Tetapi hidup duduk dalam bilik, makan maggie, mengnggur pula sampai berbulan-bulan lamanya. Mak pun dah mula bising.Selepas itu, aku nekad mahu berubah, tinggalkan duniawi (game je pun haha!) cari kerja, ubah life style, tak berkurng sangat dan berdoa juga agar mendapat isteri kaki gamer (kononnya!).

Aku suruh mak berdoa juga. Haha!Dapat kerja, aku bagi duit sikit pada mak, ayah dan adik beradik dan buatlah apa yang patut kan. Walaupun ia mengambil masa dalam dua tahun untuk berubah.Dipendekkan cerita, mak berkenan dengan seorang perempuan ini.

Aku pun berkenalan dalam WhatsApp dan Facebook saja. Comel dan lawalah juga orangnya. Dia nampak normal, tetapi bagi aku, macam jenis bosan sikit, tak banyak bercakap, cakap pun sepi-sepi. Entah apa kena dengan perempuan ini.

Dipendekkan lagi cerita, kami pun berkahwin sebab masing-masing sudah boleh menerima diri masing-masing. (Bohong sangat!)Selepas berkahwin, hish! Seganlah. Dia lagi segan kot? Asyik lari masuk bilik dia saja. Lepas itu, malam-malam, masing-masing buat kerja dalam bilik.

Aku tak tahu dia buat apa tetapi aku dok berdota dalam bilik. Bosan kot kalau dah isteri pun mengurng dirinya dalam bilik?Aku pula jenis bengap tak reti berkata-kata, sampailah satu ketika ada masa aku main Dota di depan TV.“Eh? Abang main Dota ke? Nickname abang ####$$$ ek?” tegurnya.

Aku terkejut! Dia kata dia main game Dota juga. Rupanya malam kelmarin kami satu party kot main sama. Hahaha! Tak pernah aku sangka orang rumah aku main Dota gak, satu party pula tu. Rupa-rupanya dia mengurng diri dalam bilik main game juga rupanya. Ceh! Aku ingatkan dia segan dengan aku bagai. Patutlah kadang-kadang terdengar ada jeritan “Noob!!!” di rumah.

Apa-apa pun selepas itu, kami sangat kamcing. Dia pun gamer juga rupanya dan kami pun mula rapat dan banyak topik nak dibualkan. Serius rasa heaven. Hahaha! Saya pun apa lagi, try la nak dapat rampage setiap game, dia punya happy perghh!“Abang ni Pro la…”She is the best supporter. Haha! Apa-apa pun terima kasihlah pada mak yang mendoakan saya. Doa saya yang bertahun-tahun lepas itu pun Allah makbulkan. Ubah diri kita dulu, barulah perkara yang kita nak itu, datang dok? Haha”

Rumah Dijilat Api. Bila Call Suami Banyak Kali Pun Tak Berangkat. Lepas Selidik Baru Tahu Ini Kerja Suami Dia Selamani Dan Lebih Mengejutkan Bila Doa Isterinya Ini Termakbul

Buat pengetahuan semua saya sudah 16 tahun berkahwin dan ada tia orang anak. Saya dengan suami sebaya dan berkahwin di usia muda sekitar umur 21 tahun. Habis je SPM,saya terus sambung belajar,manakala suami terus bekerja. Mak mentua semua yang beria mahu kami kahwin awal. Maklumlah benda baik kena percepatkan. Belum lagi habis belajar,saya dah kahwin. Masa awal perkahwinan itu kami berdua PJJ selama setahun.



Loading...


Selepas tamat pengajian,alhamdulillah saya berjaya melahirkan anak sulung. Syukur Allah permudahkan urusan saya. Usai saja berpantang,saya ditawarkan pula kerja di bandar yang tidak jauh dari kampung. Alhamdulilah rezeki anak.Ketika itu,kami hanya menyewa sebuah rumah kampung sahaja. Tak lama lepastu,ujian pertama dalam perkahwinan, suami dah pandai balik lewat setiap hari. Dalam hati ni dah syak macam macam.Makin lama biar,makin teruk jadinya

Yang paling membuatkan saya rasa geram, rumah saya dijilat api dan puas saya menelefon dia, tak dijawab. Mujurlah pada waktu itu ada jiran-jiran yang baik membantu. Dah tengah malam, barulah dia pulang. Masa itu dia memang menyesal sebab tak jawab panggilan saya (waktu itu saya guna telefon jiran, telefon bimbit tak ada line dan tak dapat nak hantar SMS).

Selepas kejadian itu, saya terpaksa menumpang di rumah mak saya. Tetapi suami masih lagi buat perangai. Jam 2-3 pagi baru pulang ke rumah. Saya malu dengan keluarga saya sebab mereka sudah mula ‘bersuara’ Akhirnya saya tak tahan dan berdoa. “Ya Allah, kalaulah suami aku kh1anati aku, menduakan aku, biarlah malam ini dia terlibat kejadian yang tidak diingini”

Masa itu saya dah geram sangat dan mendoakan suami ditimpa kejadian yang tidak diingini. Selepas tersedar, saya istighfar semula. Mungkin doa saya, doa hamba yang teran1aya agaknya, Allah makbulkan doa saya. Dalam jam 5 pagi, saya terdengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok suami dengan kesan dan luka sepanjang satu inci di kepala. Katanya terlibat kejadian yang tidak diingini lnggar bab1.

Mengucap saya pada waktu itu dan terdetik dalam hati, “Allah perkenakan doa aku?”, menjadikan hati saya kuat mengatakan dia memang ada melakukan sesuatu di belakang saya. Tetapi saya bersabar dan tidak mahu berbalah di rumah mak saya.Tidak lama selepas itu, kami berpindah ke rumah lain. Masa itu saya mula siasat. Saya perasan dia selalu menyorokkan telefon bimbitnya. Suatu pagi, sewaktu dia sedang mandi, saya mencari telefonnya.

Bila terjumpa, saya terus buka telefon itu dan mendapati ada mesej dari perempuan yang ‘ber’abang-abang’ dengannya. Saya tunggu dia di pintu bilik. Selesai saja dia mandi, saya tanya dia siapa perempuan yang dia sms itu? Dia diam. Saya lmpar telefon itu ke dinding, hncur! Sebelum itu saya dah salin siap-siap nombor telefon perempuan itu. Suami saya merayu-rayu dan menangis takkan buat lagi. Dia merayu agar saya tidak tinggalkan dia.

Saya pergi kerja seperti biasa.Sampai di pejabat, saya menghubungi perempuan itu dan ceritakan hal sebenar dan ajak dia berjumpa. Perempuan itu kata, dia tidak tahu yang suami saya sudah berkahwin.Suami saya selalu balik lambat sebab keluar dengan dia sehingga larut malam. Perempuan itu berjanji yang dia tidak akan kacau suami saya lagi.

Tetapi saya tak bod0h.Keesokannya saya pergi mengintip dia di tempat kerja dan ternyata mereka masih berjumpa lagi. Masa itu saya tak ada kereta dan saya mengekori mereka menggunakan teksi.Rupa-rupanya mereka pergi makan tengah hari bersama. Memang saya geram pada waktu itu dan trjah mereka yang sedang makan. Air sirap di atas meja, saya simbh atas muka suami dan perempuan itu.

Dengan nada lembut dan manja, saya kata, “Abang, sila pilih saya atau perempuan ini?”Suami bangun dan kata pilih saya.“Kenapa ganggu suami saya lagi?” soal saya pada perempuan itu.“Sebab tak boleh nak lupakan dia,” jawabnya.“Lepas ni kau jaga, aku akan upah seorang perempuan untuk kacau ayah kau. Aku tak boleh buat engkau, aku akan buat pada keluarga engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau (sedangkan saya tak tahu apa-apa pun, grtak saja lebih),” kata saya sebelum beredar dari situ dan suami mengekori dari belakang.

Selepas kejadian itu, suami saya jadi lelaki mithali untuk beberapa bulan. Saya pula mengandung anak kedua dengan harapan bila bertambah anak, suami akan lebih bertanggungjawab.Lahir saya anak kedua, sekali lagi suami buat perangai dengan budak perempuan berhampiran dengan rumah sewa kami. Suami siap hantar dia pergi kerja bagai.

Sekali lagi saya kumpul bukti dan bila bukti sudah mencukupi, terus pergi s3rang. Kali ini saya b elasah kedua-duanya sekali.Perempuan itu tahu suami saya sudah berkahwin dan ada anak, tetapi gatal juga nak melayan. Hati saya sudah mula tawar, tetapi masa itu saya muda dan takut kalau berpisah, mesti keluarga akan salahkan saya.Tetapi hati saya berdndam dengan suami dan mulai dari hari itu, saya tidak bertolak ansur dah dengan suami. Gaji saya, saya gunakan sepenuhnya untuk saya.

Saya tak bayar ansuran kereta sebab kereta atas nama dia. Saya beli makanan untuk saya dan anak-anak sahaja. Gaji saya dij0li bersama dengan anak-anak. Akhirnya kereta dia ditarik, saya buat tak tahu saja.Maka dia pun pergi kerja jalan kaki. Kawan-kawan dulu semua menghilangkan diri. Keperluan anak, 100% saya minta dari dia. Susu anak tak ada, saya minta dia pergi belikan.

“Nak pergi dengan apa? Kereta tak ada. Tunggu balik kerja esok, saya belikan,” katanya.“Pergilah jalan kaki! Anak nak susu, tak boleh tunggu esok!” balas saya.Tidak lama selepas itu, suami naik pangkat dan gaji pun naik.Suami sambung bayar kereta kawan dia, Proton Iswara. Bila dah ada kereta, dia beli pula telefon baru. Dia terlupa yang dia masih dalam pemerhatian saya lagi.

Dan sekali lagi dia buat perangai. suami saya yang gatal sebenarnya, sibuk bermesej dengan perempuan lain.Bila dia kantoi, sekali lagi telefonnya menjadi sasaran,pcah telefon itu saya kerjakan.“Siapa perempuan itu?!” soal saya tanpa dijawabnya.Memang masa itu saya naik angin dan saya kejar dia dengan p1sau pemotong daging. Mujur dia sempat masuk bilik dan kunci pintu.

Selepas peristiwa itu, saya memang berdndam dengan dia.Hidup dia pun kucar-kacir sampai kena buang kerja sebab selalu datang lambat. Sejak kes itu, saya memang abaikan dia walaupun serumah.Saya siap pergi kerja, di saya tak pedulikan langsung. Anak-anak saya tinggalkan dengan dia. Pandai-pandailah dia nak uruskan. Sebab itu dia selalu lambat pergi kerja.

Selepas dia dibuang kerja, kereta tak mampu bayar dan diambil oleh kawannya semula.Saya memang tak tolong. Masa itu saya tak ada kerja lagi, saya pergi kerja naik bas atau teksi. Saya rela susah naik bas dari beli kereta sebab saya tahu kalau saya beli kereta, mesti dia yang akan tumpang senang.

Setiap malam saya akan terbayangkan suami menduakan saya. Hati rasa macam terbakr. Waktu itu saya tak boleh tengok muka dia, geram sangat. Saya nak dia rasa macam mana saya rasa. Keesokkannya sebelum balik kerja, saya pergi ke bandar belikan sebuah telefon yang paling murah dan kad sim baru.

Saya guna nombor baru itu untuk sms ke nombor saya kononnya ada orang lain yang hantar pada saya. Sengaja saya simpan semua sms cintan-cintun dalam telefon itu. Dua tiga minggu itu saya asyik dengan telefon, tak berenggang dengan telefon. Sebenarnya waktu itu, tak ada apa-apa pun tetapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang dia nampak curiga sebab dia dah mula tegur saya bermesej dengan siapa.

Dah banyak mesej romantik dalam telefon saya dan saya tinggalkan telefon di rumah sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru itu memang ada dengan saya.Tengah hari itu, dia menghubungi nombor baru, saya cuma tersenyum dan biarkan panggilan itu tanpa dijawab. Banyak kali dia menghubungi nombor baru ini, tetapi saya tak jawab sehinggalah dia menghantar sms,

“Kau sape? Kenapa ganggu isteri aku?! Jawab call aku!”Saya rasa puas hati, saya nak dia rasa apa yang saya rasa. Biarpun terpaksa berlakon. Tidak lama selepas itu, dia datang ke pejabat saya dengan kereta kawannya. Dia bawa saya pergi makan dan tanya siapa lelaki yang sms saya itu. Saya hanya ketawa dan tanya dia,

“Pedih tak, bang?”Saya tinggalkan dia dan terus balik ke pejabat.Sejak dari itu suami berubah. Setahun saya ambil masa untuk ikhlaskan hati untuk menerima dia. Tiap-tiap malam saya terbayangkan semua perkara yang dia sudah buat pada saya. Kesusahan dan keperitan saya pada waktu itu sukar saya nak gambarkan dengan perkataan.

Akhirnya saya terima dia, saya mohon ampun pada dia, cium tangan dia.Saya tahu saya pun banyak buat salah dan kadang-kadang tak dapat menahan marah bila tahu dia buat macam tu kat saya. Suami menangis teruk waktu itu, dia beritahu saya yang dia sudah rasa apa yang saya rasa dan dia menyesal. “Ini peluang terakhir saya beri pada abang. Abang berubahlah betul-betul,” kata saya pada dia.

Alhamdulillah, suami pun sudah berubah. Sekarang dia pun sudah berniaga sendiri. Pernah sekali gulung tikar, tiga tahun kemudian kami cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah. Anak pun dah bertambah seorang lagi. Kami pun dah semakin matang, ada berbalah sekali sekali tetapi bukan disebabkan orang ketiga.

Semua perniagaan dia saya yang uruskan.Dia jadikan saya orang terpenting dalam hidup dia dan saya pun jadikan dia orang yang terpenting dalam hidup saya. Apa-apa saja perkara, kami akan maklumkan walaupun perkara kecil.Dugaan semalam walaupun pedih, mengajar kami banyak perkara. Banyak yang kami sudah tempuh. Yang akan datang, kami memohon pada Allah kuatkan hati kami untuk menempuhi segalanya bersama-sama.

Sekarang suami banyak masa di rumah.Cuma saya kadang-kadang bosan bila dia di rumah sebab suami sekarang dah dapat hobi baru, membebel. Meningkat usia ini jadi kaki bebel pula. Tetapi saya terima daripada jadi kaki perempuan.10 kali saya lebih rela suami jadi kaki bebel seperti sekarang.Doakan kami berkekalan ke jannah. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita. InshaAllah kita akan kuat berdepan ujian Allah.

 

Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post