Elisya baru je beli kereta. Sekali tiba tiba selamba je Fasha Sandha boleh komen macam ni buat ramai yang terkejut.

Elisya baru je beli kereta. Sekali tiba tiba selamba je Fasha Sandha boleh komen macam ni buat ramai yang terkejut.

Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa bangga dengan kejayaan adiknya, Elisya Sandha yang baru sahaja memiliki kereta baru jenama antarabangsa, Volkswagen.

Elisya baru je beli kereta. Sekali tiba tiba selamba je Fasha Sandha boleh komen macam ni buat ramai yang terkejut.



Di samping itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini ada menitipkan kata nasihat kepada Elisya untuk terus menjadi seorang pelakon yang berdisiplin.

ARTIKEL MENARIK:2 hari sebelum puasa terkejut bila tiba tiba Nonny Nadirah payung video main dengan burung merpati. Terkejut rupa rupanya ini yang terjadi.


“Teman baby sister for her new car. Congratulations proud of you. Teruskan berjuang dan jagalah disiplin. Pasti sukses sampai bila2 @elisyasandhaofficial #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya. Dalam pada itu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal menitipkan ucapan terima kasih kepada Fasha yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada dirinya untuk hidup berdikari.

“Alhamdulillah, you taught me how to be independent. Thank you,” tulisnya. Sekadar informasi, Elisya, 21 telah mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sekitar tahun 2014.



Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: MEDIAHIBURAN

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Beberapa Hari lepas Tular Tentang Elisya Sandha Bertunang Dengan Ank Sheila Rusly Sekali Tiba Tiba Fasha Sandha Tampil Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Sebak.

Selepas menjadi bualan hangat peminat, akhirnya pelakon Elisya Sandha dan anak lelaki kepada penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly yang dikenali sebagai Uzair Haqimy selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada Ahad.

Biarpun begitu, Fasha Sandha yang merupakan kakak kepada selebriti jelita itu turut berkongsikan detik bahagia adiknya dengan pasangan. Detik itu turut dikongsikan bersama satu rakaman video dan dengan berkapsyenkan kata-kata yang panjang buat adiknya itu.

“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl. Walaupun berat untuk kami, sejujurnya apa saja yang akan membuatmu bahagia. Kami turuti, bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia.

Persanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing-masing kerana manusia itu diciptkan Tuhan tidak sempurna namun disebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.

“Welcome to the family, Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar, Syukur Alhamdulillah. Semoga kasih sayang dan cinta kalian, kekal dan bahagia ke Jannah.” Posting Fasha Sandha bagaimanapun turut menerima komen daripada pasangan sama cantik, sama padan itu dengan mengucapkan terima kasih kepadanya dan dalam pada masa yang sama, kapsyen panjang Fasha Sandha mengundang sebak peminat.



Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/2021/02/02/pada-angah-elisya-masih-lagi-our-baby-girl-fasha-sandha/

Majlis Diadakan Secara Sederhana Dan Dihadiri 15 Tetamu. Sheila Rusly Bongkar Punca Dia Terima Elisya Sandha

Semalam heboh tentang gambar Sheila Rusly memeluk seorang wanita memakai busana putih. Berhubung dengan isu tersebut,pelakon dan penerbit Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya,Uzair Haqimy,25 telah selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon iaitu Elisya Sandha,21 petang semalam. Sheila berkata,majlis diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga pelakon popular,Fasha Sandha.

Kata Sheila,”Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.”Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,”Sheila berkata, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.

“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.”Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” ujarnya.

Menceritakan kriteria Elisya membuatkan hati terbuka menerimanya sebagai bakal menantu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mendedahkan, selain gadis idaman Haq, pelakon Misteri Mona itu juga diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.”Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.

“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” cerita Sheila.Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Sementara itu, Elisya ketika dihubungi meluahkan rasa syukur dengan statusnya sebagai tunangan orang.”Maaf saya agak sibuk hari ini. Apa-apapun, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik. Terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.Majlis pertunangan itu turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial mereka.Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah apabila masing-masing gembira dengan penyatuan dua keluarga itu.

Muat Naik Sekeping Gambar Memeluk Seorang Wanita Mengenakan Busana Putih. Ramai Beranggapan Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Anak Sheila Rusly

Untuk makluman,sebentar tadi dilaporkan penerbit dan pelakon iaitu Sheila Rusly mengejutkan ramai warganet apabila memuat naik sekeping foto memaparkan sedang memeluk seorang wanita mengenakan busana putih.Diruangan komen, rata-rata warganet meneka wanita itu merupakan pelakon Elisya Sandha yang juga kekasih hati anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Bagaimanapun, tiada sebarang perkongsian di muat naik oleh Elisya di Instagram. Namun, di bahagian ‘tagged’ Instagram miliknya, seorang jurumekap ada berkongsi gambar pelakon itu tampil cantik selepas disolek olehnya. Malah, busana yang digayakan oleh Elisya sama seperti wanita yang dipeluk oleh Shiela.Apa pun kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Sheila dan Elisya nanti. Jika benar perkhabaran tersebut, tahniah kami ucapkan buat Shiela serta Elisya serta pasangannya.


Tular Pasal Anak Fasha Sandha Pakai Baju Santa. Tiba Tiba Firdaus Wong Tampil Bagi Respon Pada Memang Buat Ramai Yang Terdiam.

”Semalam saya buat posting Aisha memakai baju cute Santa Claus, tiba-tiba ramai pula ustaz dan ustazah warganet masuk.” Itu antara kata-kata pelakon Fasha Sandha selepas perkongsian video memperlihatkan anak perempuannya dikritik ramai.

Fasha sebelum itu memakaikan anaknya Aisha Amaira dengan kostum Santa CIaus yang dimuat naik di laman Instagram beliau pada Ahad. Bagaimanapun tndakan itu mengundang kritikan warganet kerana menganggap ia dilihat tidak menjadi contoh yang baik bagi seseorang beragama IsIam.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, bagaimanapun tampil menjelaskan kostum tersebut bukan bertujuan untuk meraikan perayaan Krismas seperti yang didkwa segelintir warganet. ” Dah tak ada kerja gamaknya, ramainya ustaz dan ustazah jadian ini.

” Apakah masalahnya anak saya pakai kostum itu, hanya untuk suka-suka, kata mereka… saya nak menyambut Krismas. Habis itu kalau pakai cheongsam dan sari? Salah juga ke? Harm ke? ” Hello, tolonglah jangan buat IsIam jadi rumit sangat. Takkan la pakai baju Santa Claus pun salah?

” Janganlah bagi orang tkut dengan IsIam. Bare in mind wahai saudaraku sekalian,” kata Fasha menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin. Isteri kepada aktor Aidil Aziz itu juga memuat naik paparan skrin beberapa komen daripada warganet yang mengatakan sebagai seorang beragama IsIam tidak dibenarkan untuk menyambut perayaan tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini turut menegaskan pemakaian tidak melambangkan seseorang itu mempunyai hati yang baik atau tidak. ” Come on la, pemakaian tidak melambangkan hati seseorang pun. Bukan bererti pakai jubah itu baik.

” Jangan nilai orang bab pemakaian boleh tak? ” Depan mata saya… ada juga perempuan yang menutup aurat sepenuhnya, belajar tinggi ke universiti tapi pengotr, pemlas dan selalu melwn cakap orang tua. ” Ada yang luarannya nampak sosial, belajar SPM saja tapi pembersih, utamakan solat, mengutamakan keluarga dan menghargai orang lain. Jadi, kenapa nak nilai dari luaran,” ujarnya.

Sementara itu, kakak kepada pelakon Elisya Sandha ini memohon agar warganet berhenti mengkritik dan mengikuti akaun laman sosial selebriti yang tidak disukai. ” Cukup-cukuplah nak cari kesalahan orang lain. Pokok pangkalnya hati. Dah tak ada kerja, anakku Aisha Amaira yang baru empat bulan pun nak kritik sebab pakai kostum ini.

” Get a life please. Tak habis-habis nak kritik, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak kritik, orang sweet buat video YouTube pun korang kritik? ” Cakap bab agama… tak suka, unfollow sudah. Tak habis nak kritik artis. ” Eh tak suka, tak payahlah tengok, banyak lagi benda lain yang lebih utama untuk difikirkan daripada nak cari kesalahan orang lain. ” Cuba tengok diri sendiri punya silap. Saya pun tak sempurna,” katanya.

Fasha telah buang gambar 

Mungkin menyedari kesilapan tersebut, Fasha Sandha telah memuat turun gambar tersebut. Hasil carian di IG beliau, tidak ada lagi gambar anak beliau memakai baju seperti Santa Clause

Firdaus Wong tampil menegur selebreti

Is ok kalau kita kurang faham metodologi beragama. Is ok kita kurang faham hukum dan hakam. Is ok. But it is not ok andai kita kurang faham tetapi kita buat buat faham lalu mempertahankan kesalahan kita dengan logik yang sebenarnya tidak logik menurut metodologi agama.

Ulama berbeza isu ucapan Krismas tetapi Ijmak haram sambut Krismas malahan lrangan memakai pakaian menyerupai pakaian khusus agama lain juga jelas tetapi kita pertahankan dengan hujah logikal yang tidak tepat. Lalu disokong oleh peminat yang tksub selebriti.

Jikalau kita kata asalkan niat kita baik dan masih Muslim andai berpakaian dan menyambut perayaan agama lain, maka saya fahamlah suatu masa dahulu ada pelakon melakonkan adegan rnjang kerana niatnya ‘berlakon’. Apakah suatu hari orang akan buat benda tak elok lalu menjustifikasi bahawa niatnya baik! Semoga Allah kurniakan kefahaman agama buat kita semua. *Yang belum Muslim kalau nak komen dan sindir kami Muslim pasal Krismas ni, fikir sebelum anda memulakannya. You will get yourself into quicksand.

Menerusi artikel dimuat naik JAKIM pada 3 September 2010, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12Apr2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Muzakarah telah memutuskan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Lepas Je Ellie Suriaty Bagi Komen Tiba Tiba Fasha Sandha Pula Tampil Bagi Komen Pasal Filem Syahmi Sazli. Sampai Macam Ni Sekali Fasha Sandha Komen.

Lepas je Ellie Suriaty bagi komen tiba tiba Fasha Sandha pula tampil bagi komen pasal filem Syahmi Sazli. Sampai macam ni sekali Fasha Sandha komen.

PENCAPAIAN Mael Totey The Movie (MTTM) yang berjaya mencipta rekod tersendiri turut menarik perhatian pelakon terkenal Fasha Sandha dengan memuji karya pengarah muda iaitu Syahmi Sazli. Akui Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, dia sangat terhibur dengan jalan cerita dan lawak bersahaja Mael yang dilakonkan oleh Syahmi.

Fasha berkata dia tidak menilai daripada sudut pembikin atau penghasilan yang sempurna namun menghargai filem itu yang menghiburkan penonton dalam keadaan pandemik Cov1id-19. Fasha kongsi pendapatnya mengenai filem MTTM di laman sosialnya.

“Sejujurnya saya dan keluarga amat terhibur dengan MTTM sebab itu saya ada kongsikan di Instagram baru-baru ini. Bukan mudah tau nak buat orang ketawa dan saya amat terhibur dengan lawak bersahaja karakter Mael tu sendiri. Saya tak pandang daripada sudut film maker dan aspek penghasilan yang sempurna.

“Jika karya itu dapat membuatkan kita terhibur dan ketawa, saya hargai. Yelah… dalam keadaan pandemik ni, ada orang yang stre3ss. Sekurang-kurangnya cerita ringan ni dapat membuatkan kita gembira,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu pernah memberi ulasan percuma mengenai filem tersebut di Instagram miliknya. Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, MTTM berjaya mengutip sebanyak RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari di Astro First sekaligus menjadikan ia filem paling laris mengalahkan Polis Evo dan Hantu Kak Limah.



Loading...


Filem yang menampilkan pelakon istimewa antaranya Asif Suhaimi, Yoe Parey, Bedul dan Yatin itu mendapat kritikan daripada pengarah dan penerbit Ellie Suriati yang menilainya daripada aspek teknikal pembikinan. Ellie ketika ditemu bual dengan mStar pada 12 November lalu berpendapat kejayaan filem MTTM itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Dalam pada itu, Fasha yang juga pelakon drama Dua Takdir Cinta ini enggan mengulas mengenai kritikan Ellie kerana beranggapan setiap orang berhak menyuarakan pandangan. “Saya tidak mahu komen mengenai isu Ellie Suriati yang memandang daripada sudut lain. Bagi saya, setiap orang berhak memberi pandangan masing-masing.

“Saya hanya meletakkan diri sebagai penonton yang sangat terhibur dengan filem itu. Ini bukan kali pertama saya kongsi pendapat fasal movie yang saya tonton. “Selalunya apabila saya tonton movie yang best, memang saya akan kongsikan dengan pengikut terutamanya karya tempatan,” ujarnya.

Perkongsian Video Menari Dengan Suami Raih Perhatian Ramai. Warganet Mula Mempersoalkan Tentang Tudung Dan Ini Jawapan Jujur Yang Diberikan Oleh Fasha Sandha Sendiri

Terbaru,perkongsian tarian pelakon Fasha Sandha bersama suami iaitu Aidil Aziz menerusi aplikasi Tiktok menarik perhatian pengikut di laman IG. Selain menerima pujian kerana aksi tarian yang bersahaja,ada juga peminat mempersoalkan mengenai penampilan Fasha yang dilihat sudah tidak mengenakan tudung.

Menjawab persoalan itu, Fasha berkata dia masih lagi belajar menutup aurat dan tidak pernah menyatakan hasrat berhijab sepenuhnya.”Betul komen dan pendapat adik itu, saya tak pernah cakap dah berhijab sepenuhnya, sama juga… macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadan begitu juga saya.

“Perlahan-lahan belajar, bukan untuk memenuhi kehendak warganet mahupun trend tapi kerana diri sendiri.Fasha jawab komen seorang pengikut.”Saya belajar. Alhamdulillah, ada orang bijak yang komen tentang isu ini. Terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik-baik. Doakan kakak ya,” jawab Fasha pada salah satu komen yang ditulis pengikut.Video tarian TikTok yang dimuat naik Fasha itu menerima lebih 600,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengikut.

Salah satu komen yang diutarakan warganet ialah mengenai penampilan Fasha yang dilihat tidak bertudung.”Setahu saya Fasha Sandha tak pernah cakap pun dia bertudung, pada pandangan saya Fasha hanya menghormati keluarga mentua dia sahaja, saya berharap Fasha akan bertudung. Betul tak pendapat saya Fasha?” komen salah seorang peminat.

Fasha dan Aidil bersama pengurus mereka Kam teruja sambut kelahiran Aisha.Sebelum ini, pelakon drama Semua Salahku ini mengakui selesa mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadan dan berkata dirinya masih dalam proses pembelajaran.Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac 2019 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata bernama Aisha Amaira yang kini baru berusia dua bulan.Fasha turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Mengejutkan Fasha Sandha Update Sesuatu Di Laman Ig Nya. Apa Yg Dia Update Sangat Mengejutkan Warganet. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Yg Berlaku.

Buruk baik, susah senang adalah antara satu tahap sesebuah pasangan itu diuji. Terbaru, ramai yang sebak melihat  perkongsian video perkawhinan yang lain dari lain oleh Fasha Sanda. Pasangan selebriti yang bahagia Fasha Sandha dan Aidil Aziz ketika ini begitu serasi dan terutama Fasha walaupun bergelar selebriti terkenal namun mempunyai sifat rendah diri dan prihatin pada sesuatu hal.

Ini dibuktikan perasaan Fasha begitu terharu melihat sepasang pengantin yang melansungkan perkahwinan walaupun si suami kurang upaya demi cinta sejati si isteri membawa suaminya dengan berkerusi roda. Akhirnya Fasha tidak dapat menahan rasa terharu dan berguguran air mata.

Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Gugur juga air mata melihat pengantin ni. Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami, yang tiba2 kena stroke 3 kali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kuatnya Dan tabahnya Yin.

Tahniah diatas perkahwinan Dan kami doakan agar Perkahwinan ini kekal ke akhir hayat Dan semoga Alif cepat sembuh. Alif ni salah seorang kawan rapat dengan suami saya. Tahniah Alif & Yin. Rata-rata warganet mendoakan pengantin lelaki ini cepat sembuh dan kebahagian perkahwinan ini hingga ke akhir hayat.

bidadari_istana Ya Allah semoga cepat sembuh.. Begitu juga dgn saya. Sakit berpuluh tahun sukar utk di ubati. Suami kahwini saya dan jaga siang malam. Menerima apa adanya saya. Allah berikan kita pasangan hidup pasti ada hikmahnya. Tahniah atas perkahwinan sahabat awak. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat.

alhaalfa alhamdulillahhhh jodoh rahsia allah bagusnya pengantin perempuan tu.. dayahbakar Cinta tanpa syarat.. inahedward Ayaq mata kami jatuh juga..bukti cinta sejati kan..semoga mereka kekal hingga ke syurga..aminnnn.. mid_73  Sedihnya..sy pun baru lps kena minor stroke tgn kiri..melihat suami menangis saat diserang stroke sy tau dia takkan tgglkan saya walau sy mungkin x lg sempurna.. sha.kda Dia perempuan yg hebat..

Sumber : Ig Fasha Sandha via newscoviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Artikel lain : “Eh hello, bukan artis saja nak berpisah!” – Fasha Sandha ‘sekolahkan’ warganet label selebriti suka kahwin lepastu berpisah.

KISAH perpisahan selebriti sentiasa mendapat perhatian warganet hingga ada segelintir pihak menganggap golongan terkenal itu lebih cenderung memilih jalan perpisahan berbanding berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka. Justeru itu, pelakon Fasha Sandha terpanggil untuk mengubah persepsi masyarakat memandangkan dia juga pernah berhadapan situasi sama suatu ketika dahulu.

“Ada juga orang kata, eh artis ni suka berpisah ke? Eh hello, bukan artis saja nak kahwin lepastu berpisah, orang bukan artis lagi banyak berpisah cuma tak masuk surat khabar saja. Sebab orang tak peduli. Artis juga selalu cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan tapi apabila tak berjaya, itu adalah takdir.

“Sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Menjadi single lebih baik berbanding bersama pasangan yang salah,” katanya menerusi Instagram pada Khamis. Sebelum ini, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 35, pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan berpisah pada 20 Januari 2016.

Selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak, Fasha bertemu jodoh dengan pelakon Aidil Aziz dan pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu. Dalam pada itu, pelakon drama Semua Salahku ini mengakui dia berasa bangga dengan gelaran janda yang dipegangnya selama tiga tahun sebelum berkahwin semula.

Fasha kini bahagia disamping suaminya.

Kata Fasha, dia juga tidak pernah berasa malu dengan gelaran tersebut kerana ketika itu dia mampu menyara kehidupannya bersama anak-anak dengan hasil kerja keras sendiri. “Saya seorang janda sebelum ini dan saya sangat berbangga dengan gelaran itu. Sebab apa? Sebab saya janda yang berkerjaya, cari duit untuk keluarga, tak meraih simpati dan kuat.

“Tak ada apa nak malu pun dengan gelaran janda itu. Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan baru. Ini pun pinjaman daripada Allah, cuma apa yang saya buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat,” ujarnya. Fasha juga memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada semua peminat serta saudara perempuannya agar membuat simpanan kewangan untuk persediaan di masa hadapan.

SUMBER : Mstar

Kagum dengan Sugu Pavithra. Akhirnya terdedah jua faktor utama yang membuatkan Fasha Sandha terharu dengan Sugu Pavithra.

PERKONGSIAN YouTuber sensasi S. Pavithra di sebuah portal lifestyle Pepatung yang meluahkan rasa teruja dapat berborak menerusi panggilan video dengan selebriti kegemarannya iaitu pelakon Fasha Sandha menarik perhatian umum. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, berkata dia berasa terkejut apabila penulis portal tersebut menghubungi dan memberitahu Pavithra sangat meminati serta sering mengikuti drama lakonannya.

Malah apa yang membuatkan Fasha lebih terkejut apabila melihat wajah Pavithra yang cukup berbeza selepas mendapat sentuhan magis oleh jurusolek selebriti iaitu Razzi Musa. Foto Pavithra yang mendapat solekan Razzi Musa menjadi tular. Sejujurnya saya terkejut apabila penulis menghubungi dan beritahu bahawa Sugu Pavithra yang terkenal di YouTube amat meminati saya serta mengikuti drama lakonan saya. Malah dia turut menangis apabila menonton babak saya menangis

“Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya. Masa mula-mula Pavithra hubungi saya agak terkejut sebab muka dia tak sama macam saya tengok dalam berita, rupa-rupanya dah disolek dengan begitu cantik sekali. “Pavithra ada beritahu bahawa dia dan keluarga meminati saya dan saya berterima kasih serta turut memberitahu bahawa saya sentiasa doakan dia terus berjaya di saluran YouTube,” kata Fasha kepada mStar. Menerusi artikel di portal tersebut, Pavithra mendedahkan dia meminati subjek bahasa Melayu di sekolah dan banyak belajar kemahiran bahasa kebangsaan itu dengan menonton drama-drama Melayu.

Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya.

Ketika ditanya selebriti berbangsa Melayu yang paling diminati, Pavithra terus menyebut nama pelakon Fasha Sandha dan mereka dapat bersua menerusi panggilan video. Pavithra dan suaminya mula mengambil hati rakyat Malaysia di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra menerusi video memasak menggunakan bahasa Melayu.

Sehingga kini, saluran YouTube pasangan itu sudah mencecah 716,000 pengikut. Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi perkembangan terkini yang sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata pertamanya dengan pelakon Aidil Aziz. Fasha bersama suami dan anak-anaknya.

“Alhamdulillah saya dalam keadaan sihat… InsyaAllah akan bersalin hujung bulan depan. Saya masih fobia memandangkan dua kali kehilangan kandungan sebelum ini. “Tapi Alhamdulillah kandungan dah lebih lapan bulan. Sekarang ini, hari-hari saya luangkan masa bersama Aidil dan dua orang anak saya.

Selain itu, saya fokus masa dengan komitmen saya sebagai duta produk,” ujarnya. Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan sebelum ini dia pernah mengalami kehilangan kandungan sebanyak dua kali. Dia mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6 hasil perkahwinan terdahulu dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli.-mstar

Baby Shower Fasha Sandha Jadi Perhatian Warganet. Fasha Luah Rasa Tidak Percaya Dengan Apa Yang Berlaku Dan Satu Kejutan Ini Luar Di Jangkaannya

Pelakon yang cukup berbakat, siapa sahaja yang tidak kenal dengan Fasha Sandha yang popular bukan kerana paras rupa malah bakatnya dalam bidang lakonan tidak dinafikan sentiasa memberikan kesan terhadap penonton sekali gus mendapat sambutan baik peminat drama tempatan. Walau bagaimanapun, Fasha Sandha kini dilihat sangat bahagia berada disisi suami, Aidil Aziz dan dua orang anaknya. Apatah lagi, keluarga selebriti ini bakal menerima kehadiran baru apabila Fasha kini sedang sarat hamil cahaya matanya.

Mendedahkan berita kehamilannya pada awal tahun ini, ternyata Fasha Sandha sudah tidak lama lagi bakal bersalin namun apa yang menjadi perhatian dilaman Instagram miliknya apabila dia berkongsikan saat-saat manis diberikan kejutan oleh insan-insan tersayang bagi majlis baby shower. Meluahkan rasa tidak percaya dan bersyukur serta berterima kasih kepada keluarga dan rakan terdekat kerana majlis berkenaan, Fasha turut memuat naik beberapa keping foto.

Majlis baby shower pelakon ini kelihatan sangat menarik dengan warna pink dan Fasha pula mengayakan busana yang simple namun tetap berseri dan meraih ribuan tanda suka daripada warganet.“I can’t believe all of you made all that effort to throw me a surprise baby shower party. It must have been a ton of work and I can never thank you enough. “Please know that I am grateful beyond words. Thank you dear family and close friends.” Ujar Fasha.-hcl

Nama Membawa Maksud Bahagia Dan Cantik Selamanya. Akhirnya Fasha Sandha Dedahkan Nama Anak Yang Sebelum Ini Dipanggil Baby A

SELEPAS lima hari menimang cahaya mata ketiga, pelakon Fasha Sandha pada Selasa berkongsi nama anak perempuannya iaitu Aishah Amaira Mohd Aidil. Fasha berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksud yang bahagia dan cantik selamanya.

Isteri kepada pelakon Mohd Aidil Abdul Aziz ini berkata, bayi itu merupakan anak kelima aktres berkenaan selepas mengalami dua kali kehilangan kandungan. “Nama saya Aishah Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik. Fasha selamat melahirkan anak ketiga pada Jumaat lalu.

“Aishah anak kelima ibu tau, lagi dua anak ibu dan ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah dua kali kehilangan kandungan sebelum dapat Aisha. “Ibu dan ayah tak putus asa dan tak putus doa,” ujarnya. Sementara itu, Fasha mengucapkan terima kasih kepada pengikut Instagram yang kini mencecah 5 juta.

“Pengikut ibu naik ke lima juta hari Aishah dilahirkan, ramai yang sayang. Alhamdulillah terima kasih kepada pengikut yang mendoakan baik-baik untuk ibu. Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasha. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.-mstar



Kredit -

apampink




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post