Berniaga sebab dah tak laku menyanyi. Mila Jirin terguris bila dapat mesej dari warganet macam ni. Tak boleh berdiam sekali ini komen Mila buat ramai yang sebak.

Berniaga sebab dah tak laku menyanyi. Mila Jirin terguris bila dapat mesej dari warganet macam ni. Tak boleh berdiam sekali ini komen Mila buat ramai yang sebak.

Penyanyi dan bekas Pelajar Akademi Fantasia, Mila Jirin, 34, membalas komen biadp seorang individu yang tidak dikenali di Direct Massage(DM) di laman sosial Instagram. DM jelik itu menyatakan bahawa Mila Jirin sudah tidak laku dalam bidang nyanyian dan menjual nasi arab.

Berniaga sebab dah tak laku menyanyi. Mila Jirin terguris bila dapat mesej dari warganet macam ni. Tak boleh berdiam sekali ini komen Mila buat ramai yang sebak.



Norsyarmilla Jirin iaitu nama sebenarnya, mengakui dia kini mÉ›mberi fokus kepada perniagaan serta berkongsi rezeki dengan kakitangannya selepas mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya nyanyian. “Kenapa ada juga manusia yang suka berkata-kata tidak baik pada sesama manusia? Apa salah saya jual nasi Arab? Saya ikhlas berniaga kerana Allah.

ARTIKEL MENARIK:Teruk dikritik oleh warganet gara gara lawat hospital ramai ramai sampai dah padam video. Sekali ini respon dari anak tiri Tokti buat warganet terkedu.


“Ini iktihar yang dilakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan pekerja kekal punya pekerjaan dan gaji. Saya memang sudah lama tak menyanyi. “Bukan sebab tak laku tapi sebab Allah tak izinkan. Fahami konsep sesuatu berlaku atas keizinan Allah, bukan atas kita manusia. Hatta, awak sendiri pun tak ada kuasa nak tentuká¼€n apa jua rezeki awak hari ini,” katanya.



Penyanyi Aku Lebih Tahu itu juga percaya rezekinya dalam bidang perniagaan ada hikmah tersendiri iaitu untuk membantu orang lain meskipun sudah kurang menyanyi. “Jadi manusia penuh dengan kasih sayang bantu-membantu sesama kita. Tak boleh bantu sahabat-sahabat kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat. Andai kudrat pun tak mampu, bantu secara sokongan m0ral.


“Saya bersyukur walaupun tak laku dalam dunia seni, saya yakin perancangan Allah maha hebat. Ada sebab musabab ia berlaku. Hampir setahun Allah menguji kami insan-insan yang berniaga. Tapi kami tak akan pernah putus harap,” katanya.

Sejak tahun lalu, Mila terpaksa mencari jalan lain untuk menampung pendapatan syarikat untuk menggaji pekerjanya termasuk menjual durian. Dia iktiharkan pelbagai inisiatif selepas pɛrniagaan pɛrkahwinan miliknya tergendala kerana pandemik Covid.

Perniagaan katering dan wedding planner antara salah satu perniagaan yang terjejas tɛruk akibἀt daripada C0v1d-19 yang melanda di seluruh dunia. Banyak perniagaan sebegini gulung tikar tetapi perniagaan usahawan, Mila Jirin ini masih bertahan sehingga ke hari ini. Satu kejayaan yang boleh dijadikan contoh untuk semua peniaga di luar sana.

Setiap cabaran dan halangan yang datang bukanlah satu penamat buat perniagaan tetapi itu adalah cara untuk membuatkan usahawa menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam perniagaan. Apa-apa pun kami mendoakan supaya perniagaan Mila Jirin terus maju dan berjaya suatu hari nanti. Insyaallah…Amin….

Sumber : https://www.ohinfokini.com/ko-dah-tak-laku-nyanyi-ko-juai-nasi-arab-pulak/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber : http://www.videoviral.co/ko-juai-hati-sape-tak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Menggigil Bila Tengok Nonny Nadirah Muat Naik Foto Tak Butang Baju. Sekali Mila Jirin Tampil Bersuara Titipkan Nukilan Untuk Nonny Nadirah Buat Warganet Sebak.

Umum sedia maklum hubungan cinta Nonny Nadirah dan pelakon, Niezam Zaidi berakhir di tengah jalan apabila pasangan itu mengambil keputusan tidak meneruskan majlis perkahwinan yang telah dirancang. Namun nama Nonny Nadirah tiba-tiba menjadi bualan hangaat pengguna media sosial pagi ini apabila penampilan seorang wanita berbaju putih dengan stokin jaring dimuat naik olehnya menerusi sebuah video di laman Instagram. Timbul tanda tanya dalam kalangan peminat, adakah itu Nonny?

Penampilan baru. Hantaran itu juga disertakan dengan kapsyen ‘It’s good to be back’ yang bermaksud ‘bagus untuk kembali’. Tidak dapat dipastikan apa yang cuba disampaikan oleh Nonny namun berkemungkinan dia bakal kembali dengan penampilan terbaru.

Di Instagram story, Nonny turut berkongsi video yang sama beserta lagu. Tinjaun Ohbulan juga mendapati semua gambar lama Nonny telah dipadam. Nonny sebelum ini berpisah dengan suaminya pada 2019 sambil menyifatkan ianya jalan yang terbaik buat mereka berdua.

Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik. ‘Aku Menggigil Tengok IG Kau!’ – Mila Minta Nonny Nadirah Terus Istiqamah, Lwan ‘Godaan’

Perkongsian terbaru Nonny Nadirah di akaun Instagram miliknya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat. Mana tidaknya, dia yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung tiba-tiba berkongsi gambar wanita ‘free hair’ dan berpakaian kurang sopan.

Namun tidak dapat dipastikan jika benar itu Nonny. Rakan baik Nonny, Mila Jirin menerusi satu perkongsian di Instagram mengakui terkejut sambil menitipkan beberapa pesanan kepada Nonny.

Mila terkejut

Menurut Mila, dia sempat menelefon Nonny sejurus melihat IG rakannya itu bagi mendapatkan kepastian. Akui terkilan, Mila meminta Nonny untuk terus istiqamah dan tetap dengan pendirian untuk berhijab sebelum ini. Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG kau. Aku call kau, Alhamdulillah dapat bercakap dengan kau sekejap, aku sangat sedih, sedih kenapa aku tak boleh ada tepi kau untuk dengar semua keluh kesah kau.

Non, aku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah. Jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah. Lwn godaan syaitan! Ramai sayang kau non! Menerusi hantaran itu juga, Mila turut berkongsi momen ketika dia bersama Nonny berada di kota suci Mekah dan Madinah suatu ketika dahulu.

Kau peluk aku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah. kau peluk aku kuat kuat dan nangis sambil kau ucapkan terima kasih bawa ke tanah suci. Dekat atas bukit Marwah tu aku cakap pada kau, Allah yang jemput kau kesini, terima kasih pada Allah.

Aku puji kau nampak cantik bertudung, aku mohon pada Allah disitu juga agar kau kekal bertudung. Alhamdulillah bila kau buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah aku antara hamba Allah yang paling seronok. Di akhir hantaran itu, Mila mengingatkan Nonny supaya mencari rezeki yang mendapat keberkatan dan meninggalkan perkara yang sia-sia.


Nonny Nadirah, ingat tak waktu kita di Makkah dan Madinah??? Nurkilan buat sahabatku NONNY NADIRAH. Non, mu adalah seorang yang sangat baik! Bila berpeluang rapat dengan mu (sangat sangat rapat) hingga kita ke Makkah Madinah sama sama tunaikan umrah.

Mu peluk ku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah. Mu peluk aku kuat kuat dan nangis sambil mu ucapkan terima kasih bawa mu ke tanah suci.. Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu, Allah yang jemput mu kesini, terima kasih pada Allah…Ku puji mu nampak cantik bertudung, ku mohon pada Allah disitu juga agar mu kekal bertudung…

Alhamdulillah bila mu buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah ku antara hamba Allah yang palinghg seronok… Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG mu…Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non…. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu

Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah.. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah..Non ku mohon, lwn godaan syaitan! Ramai sayang mu non! Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call ku, kami berdua sangat sedih non! jika mu sangat sayang persahabatan kita, non tolong! ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu

Non semalam, tatkala @bismie_amer whatsapp dan screenshort posting IG mu yang terbaru, ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku..IG mu kena hack ni…tapi non…LULUH HATI KU NON…Sedih sangat sedih…Ku rasa macam nak ke sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!

non ku tau mu pasti baca posting ku ini… non ingat REZEKI MILIK ALLAH. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, plese kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan.

terakhir kali, ku mohon non…dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia… Ramai yang sayang mu non…Allah sayang mu… Ikhlas, Sahabat mu 

Sumber: Berita Harian



Loading...


Tak Jadi Kahwin Gara Gara Status Nonny Nadirah. Akhirnya Niezam Zaidi Tampil Bersuara Lantang Beri Penjelasan Buat Warganet Tergamam.

Kuala Lumpur : Pelakon, Niezam Zaidi menafikan status janda penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menjadi punca pembatalan perkahwinan mereka yang sudah dirancang. Niezam berkata, majlis pernikahan mereka sepatutnya berlangsung Isnin lalu iaitu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

“Sebenarnya tidak ada kaitan dengan status dia pun. Seperti dikatakan sebelum ini, mungkin saya belum bersedia untuk menjadi pemimpin yang bagus dalam sebuah keluarga. Selain dari itu memang tidak ada apa-apa pun. Mungkin saya ada masalah dengan diri sendiri. Itu saja,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Niezam menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan menganggap tidak ada jodoh antara mereka. “Pembatalan ini dibuat atas keputusan kedua belah pihak, antara saya dan Nonny. Disebabkan itu tidak jadi. Sepatutnya majlis dibuat pada hari jadi saya tempoh hari,” katanya.

Dalam laporan Harian Metro, semalam, Nonny berkata, keputusan membatalkan majlis perkahwinan yang sudah dirancang itu sudah dibuat lama iaitu selepas mereka menghadiri kursus kahwin pada September lalu. Terdahulu, Nonny mengumumkan membatalkan majlis perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram sempena hari jadi Niezam.

Harap Nanti Cari di Padang Mahsyar. Jangan Kacau Orang, Orang Tak Kacau Kau Kan – Niezam Zaidi

” Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah.” Itu kata penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah mengenai keputusannya membatalkan perkahwinan bersama pelakon, Niezam Zaidi pada Isnin lalu.

Nonny, 31, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkata, dia dan Niezam sudah lama membuat keputusan itu iaitu selepas mereka mengikuti kursus kahwin pada September lalu. ” Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan.

” Takkan saya perlu melalui fasa perpisahan sekali lagi. Jadi, saya reda dengan ketentuan ini. ” Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma, saya tidak mahu kongsikan. ” Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi, saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.

” Apa yang penting, buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tidak ada istilah serik, cuma apa dirasakan sekarang adalah, solo lagi bagus,” katanya. Ditanya mengenai reaksi ibunya, Nonny berkata ibunya sentiasa menghormati keputusan yang dibuat.

” Mak saya boleh cakap, santai saja di posisi. Sebab dia pun cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan. Dia hanya mahu tengok saya bahagia dan tak lagi saya bersedih. Dia selalu sokong apa saya buat. ” Kalau selepas berpisah dulu saya memang meratap. Tapi, untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira.

” Bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting, kena sabar dengan ketentuan diberikan,” katanya. Terdahulu, Nonny mengumumkan pembatalan perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram yang turut mengucapkan hari jadi kepada Niezam.

Ini kata-kata Niezam

Sementara itu, Niezam Zaidi reda kisah cintanya bersama Nonny Nadirah berakhir namun tidak menyangka timbul pelbagai spekulasi sehingga ada yang mendakwa putusnya hubungan ini ada kaitan dengan unsur mistik. Ujar Niezam atau nama sebenar Mohd Niezam Mohd Zaidi, 28, jika benar wujud unsur berkenaan, berharap individu tersebut menerima balasannya di kemudian hari.

” Kalau betul isu ini… siapa yang buat, siapa yang ganggu Nonny harap nanti cari dia di Padang Mahsyar. ” Jangan kacau orang… orang tak kacau kau kan! ” Nonny seorang insan yang hebat, Alhamdulillah saya dipertemukan dengan dia, ” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Niezam berkata dia agak terkejut apabila Nonny bertindak mengumumkan berita perpisahan mereka pada hari ulang tahun kelahirannya 26 Oktober. ” Kami ada borak tentang isu ini, tetapi saya tidak jangka dapat tahu tentang berita sedemikian pada hari jadi saya. ” Pada mulanya kami tidak tahu bagaimana nak beritahu pihak media dan masyarakat, tapi keputusan sudah dibuat dan saya hormat keputusan dia.” akhiri Niezam.

Sudah Mengesahkan Hubungan Percintaan Mereka Sudah Terlerai. Nonny Nadhirah Dan Niezam Zaidi Akhirnya Dedah Sebab Mereka Batalkan Perkahwinan Baru Baru Ini

Nonny, dia dan Niezam sepakat untuk membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan dalam masa terdekat.”Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.

“Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.”Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang,” tulisnya.Pendedahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada awal pagi tadi.

Tambah pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin, buat masa sekarang dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.”Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua.”Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham,” tulisnya lagi.Dalam pada itu, pelakon drama Melankolia ini menitipkan ucapan dan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran Niezam yang ke-28 hari ini.

“Selamat hari lahir sahabat. semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.”Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! Amin,” tulis Nonny. Terdahulu, Nonny mengakui tidak menolak jika Niezam jodohnya dan mereka dilihat sudah selesai menjalani kursus kahwin bersama-sama.Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan hanya bertahan setahun dan bercerai pada tahun lalu.

Mula Pakai Hijab Sejak Tahun Lepas. Nonny Dedahkan Ada Pengarah Yang Mahu Dia Buka Tudung Untuk Satu Babak Dalam Rumah Dan Ini Jawapan Padu Dari NOnny Sendiri

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menepis dkwaan mahu berhenti bergelar seorang artis.Ini berikutan ada yang menyangka wanita kelahiran Sabah itu enggan bergiat aktif dalam bidang seni berikutan perkongsian yang dimuat naik menerusi entri Instagram (IG) mengenai hasrat untuk lari daripada ‘spotlight’ dan menjalani kehidupan seperti orang biasa, baru-baru ini.

Menjelaskan spekulasi itu, Nonny berkata, dia memang berhasrat untuk menjadikan kerjaya seni sebagai pekerjaan sambilan, namun belum terfikir untuk tinggalkan punca rezekinya sejak 13 tahun lalu.”Tak mungkin saya tinggalkan kerjaya seni kerana ini adalah periuk nasi saya selama ini. Bagaimanapun, saya berkemungkinan memperlahankan rentak dan menjadikan bidang lakonan sebagai kerja sambilan.

“Sebenarnya, ia adalah atas permintaan ibu yang pernah meluahkan hasrat supaya saya mencuba bidang lain. Bagaimanapun, itu bukan bermakna ibu minta saya bersara, sebaliknya dia hanya prihatin dan mahu saya memperbaiki diri sebagai bekalan akhirat.”Namun, semakin banyak pula tawaran lakonan yang diterima setiap kali terbit perasaan mahu memperlahankan kerjaya seni. Ada masa, saya bertanya dalam hati, adakah ini rezeki atau ujian?,” katanya kepada BH Online.

Bukan mahu berlagak baik, sebaliknya wanita berusia 31 tahun itu hanya ingin memperbaiki diri yang sering terleka.Bagaimanapun, Nonny berkata, dia enggan terbvru-bvru memperbaiki diri, sebaliknya mahu melakukannya secara peringkat bermula dengan mengenakan hijab pada tahun lalu.Meskipun sudah mengenakan hijab, Nonny mendedahkan, ada sesetengah pengarah tidak sensitif dengan imejnya apabila memintanya menanggalkan tudung atas atasan ia babak dalam rumah.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak akan sesekali tewas dengan permintaan pengarah, malah sanggup melepaskan watak yang memerlukannya membuka tudung demi mempertahankan pendiriannya.”Antara ramai pengarah, saya sangat menghormati pengarah drama Luka Di Hati Diya, Eyra Rahman. Dia menghormati saya sebagai pelakon berhijab dan melrang membuka tudung kerana tidak mahu menanggung dosa.

“Sejujurnya, saya terkejut apabila ada pengarah tidak menghormati pelakon bertudung. Ada yang minta pakai rambut palsu jika tidak mahu membuka aurat. Peliknya, kenapa mereka tidak ambil pelakon yang tidak bertudung, bukankah ia lebih mudah?”Saya bukan mahu berlagak baik, tetapi saya sedang dalam fasa memperbaiki diri. Saya banyak kekhilafan pada awal pembabitan dahulu, jadi saya tak mahu mengulangi kesilapan sama. Selain itu, saya mahu rezeki yang dicari untuk keluarga lebih berkat,” katanya.

Bagi merealisasikan permintaan ibunya yang mahu melihatnya mencuba bidang lain, Nonny berkata, dia kini berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan apabila bakal mengeluarkan produk, tidak lama lagi.Belum mahu berkongsi perniagaan yang diusahakan, katanya, ia berkaitan dengan bidang kecantikan dan kesihatan.Selain itu, Nonny berkata, niatnya memperlahankan kerjaya seni ada kena mengena dengan hasrat mahu menamatkan zaman solo bersama pelakon, Niezam Zaidi.

“Insya-Allah, doakan niat kami dipermudahkan. Jika boleh, saya dan Niezam mahu segera disatukan. Bagaimanapun, kami terpaksa memilih tarikh bersesuaian kerana keluarga saya di Sabah, Niezam pula di Perak.”Diakui, perbezaan negeri juga perlu diambil kira. Apa yang merisaukan, keluarga Niezam perlu datang ke Sabah dan situasi COVID-19 pula masih belum reda.”Apapun semuanya masih dalam pertimbangan. Insya-Allah, saya takkan lupa berkongsi apabila semuanya pasti,” kata Nonny.-bh

Cuba Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa. Nak Jadikan Artis Sebagai Kerja Sambilan. Rupa Rupanya Ini Punca Nonny Nadirah Jadi Macam Ni.

Pelakon Nonny Nadirah memberitahu bahawa dia kini cuba untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa tanpa menjadi tumpuan ramai sebagai seorang artis. Menurut Nonny, dia juga mahu menjadikan pekerjaan sebagai artis yang menjadi periuk nasinya selama ini hanya sekadar kerjaya sambilan sahaja.

“Orang sibuk terkejar mengejar nak jadi artis, aku sibuk nak ubah balik kehidupan aku tanpa spotlight tu. “Nak jalani kehidupan macam orang biasa balik dan menjadikan pekerjaan tetap artis itu sebagai sambilan,” katanya.Perkara itu dikongsikan Nonny menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Begitupun, katanya, dia tidak pernah akan terus tinggalkan minatnya dalam bidang seni. “Aku minat dalam bidang muzik, serius wey minat ya amat. Sama dalam lakonan juga, cuma sudah bukan menjadi matlamat utama aku, tapi ya, aku masih ada dalam bidang ni,” katanya.

Menurut Nonny lagi, sebolehnya, dia cuba mahu mengajak pengikutnya di media sosial menuju ke arah kebaikan. “Cukup-cukuplah aku tarik korang berTikTok dengan aku dulu. Sekarang aku sendiri yang nak ubah dan nak didik pengikut aku untuk pilih mana yang baik untuk korang ikut.“Sekurang-kurangnya nanti bila disoal di sana, ada jawapan ini ‘Ya, si polan ada tolong ingatkan kami tentang hal itu, tentang hal ini’,” coretnya. Sebelum ini, Nonny jadi tumpuan ramai dengan kisah penghijrahannya selepas pulang dari Tanah Suci pada tahun lalu

Niezam cintakan Nonny kerana Allah…

PELAKON Niezam Zaidi, 28, merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah, 30, sebelum hujung tahun ini. Niezam berkata, dia sudah memikirkan perkara itu namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terbabit dengan penggambaran drama.Malah, menurut Niezam dia juga mahu terus bernikah tanpa mengikat Nonny sebagai kekasih dalam tempoh yang lama. “Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan. Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya sehingga Ogos depan.

“Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu. Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan. “Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi. “Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja. Saya juga ada bercakap dengan keluarga soal ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya kepada Harian Metro. Niezam yang juga pelakon filem M4M4 berkata, dia merancang untuk berjumpa keluarga Nonny di Sabah bagi mendapatkan restu.

“Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny lagi. Sebelum ini hanya menerusi panggilan video saja.  “Insya Allah, selepas penggambaran selesai bolehlah saya pergi berjumpa secara teratur. Saya uruskan satu persatu. Saya percaya niat baik ini akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.Mengulas mengenai perhubungan yang berlangsung sejak setahun lalu itu, Niezam menyifatkan kehadiran Nonny adalah kiriman Allah untuk dirinya, begitu juga sebaliknya. “Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3. Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan.

“Selepas Nonny berpisah barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka. Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat. “Status Nonny yang pernah berkahwin dan berpisah bukan halangan untuk saya berkawan dengannya. Dia seorang yang baik. Apa saya tahu, ketika dia tengah dalam kesulitan, saya ada. Saya ada dengan dia saat susah dan senang. “Semasa dia tengah ‘down’, dia tidak ada sesiapa. Jadi, saya minta dia kongsi. Saya tenangkan dia dan pendek kata, sering jadi perantara untuk dia. “Apapun, jalinan perhubungan saya dengan dia kini kerana Allah,” katanya.



Kredit - apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post