Beria sangat nak kahwin dulu tanpa periksa latar belakang bakal suami. Sekali dah kahwin isteri terkedu bila dapat tahu siapa suami sebenarnya.

Beria sangat nak kahwin dulu tanpa periksa latar belakang bakal suami. Sekali dah kahwin isteri terkedu bila dapat tahu siapa suami sebenarnya.

Assalammualaikum, mintak admin hide kan saya punya profile ye. Terima kasih. Saya terpanggil untuk bercerita tentang kisah rumah tangga saya sebab dah tak tahan dengan perangai suami saya.

Beria sangat nak kahwin dulu tanpa periksa latar belakang bakal suami. Sekali dah kahwin isteri terkedu bila dapat tahu siapa suami sebenarnya.



Awal bulan julai nanti akan masuk tahun ke-6 perkahwinan saya dan suami.Masa mula-mula saya kenal suami, saya tak selidik sangat latar belakang dia sebab tengah angau kan. Setahun perkenalan kami bertunang.

ARTIKEL MENARIK:Rumah dan kereta isteri yang beli. Tapi adik ipar suka bertenggek lama dekat rumah sampai buat macam rumah sendiri. Terkedu bila mengadu dekat suami sampai macam ni suami buat pada isteri.


Sebelum bertunang cuma sekali dia bawak saya jumpa keluarga dia. Saya tengok keluarga dia tak sesenang mana cuma boleh lah untuk hidup. Sebulan menghampiri tarikh perkahwinan, saya mintak sijil spm dia untuk tolong dia dapatkan pekerjaan sebab lepas kahwin kami akan berpindah ke rumah keluarga saya di selatan.

Dan keluarga dia diutara. Dia cuma cakap okay dan akan suruh adik dia pos sijil spm tu. Last2 saya call adik dia untuk tanya dah pos ke belum sijil abg dia. Rupa2nya adik dia bagitau yang abang dia sekolah tak habis jadi mana datangnya sijil spm. Saya mengamuk jugak sebab dia tipu saya. Tapi saya terpaksa mengalah sebab tarikh perkahwinan dah dekat. Mulanya saya redha mungkin ini nasib saya.

Lepas kami kahwin, saya baru tau yang salah seorang abangnya pergi menghadap illahi sebab isp ddh.Saya cuma berharap yang suami saya takkan mengisap. Setahun perkahwinan, alhamdulillah takde masalah, dah ade anak sorang pun hubungan kami masih okay. Cuma masa saya mengandungkan anak kedua, abang dia datang dari kampung untuk mencari kerja disini dan nak menumpang dirumah kami.

(Masa tu kami dah duduk rumah sewa sendiri) saya pun okay la sebab niat nak tolong. Masa mula abang dia dapat kerja, saya keluarkan duit saya untuk beli pakaian kerja abang dia sebab gaji suami dah habis bayar hutang. Bila dah lama sangat abang dia tinggal bersama kami saya jadi sakit hati sebab dia dapat gaji langsung tak tolong beli barang dapur ataupun hulur apa.

Dah la baju suka letak atas lantai dalam bilik air, saya yang kutip dan basuh. Makan pun saya masak untuk dia bawak bekal. Bila saya masak untuk makan tengah hari, dia habiskan tanpa fikir yang suami saya belum makan.. Bila saya suarakan pada suami, dia cuma boleh cakap nk buat macam mana tu dah perangai dia dari dulu. Perlahan2 saya mula salahkan didikan emak dan ayah dia..

Last sekali saya terpaksa halau abang dia dari rumah kami sebab abang dia isap gnj dan saya terjumpa perlatan tersebut selain saya terjumpa tab milik saya dalam beg sandang dia. Abang dia kerap kali bawak balik kawan2 yang perangai tak senonoh. Buat macam rumah sendiri tapi tak pernah hulurkan ape. Masa saya bersalin anak kedua mak mertua saya datang dari kampung nak jaga saya dalam pantang.

Saya pun layan baik jelah tapi setiap hari rasa sakit hati sebab bila saya ke dapur, pinggan mangkuk dan peralatan memasak berlonggok dalam singki.. Mula lah saya membebel2.. Suami saya marah jugak sebab saya tak jaga hati mak dia. Dahla saya tensyen dengan abang dia, mak dia pulak macam ni. Bila mak mertua saya nk balik, suami ada hulurkan duit pada maknye dalam rm350.

Saya biar je sebab ingat guna duit dia. Tapi bila check akaun bank saya tinggal seratus lebih je. Bila tanya suami kenapa guna duit saya bagi kt mak dia, dia boleh cakap yang mak dia susah2 datang dari kampung untuk jaga saya, ape salahnya dia bagi. Start dri tu saya mula simpan ddam kt suami.

Masa anak kedua berusia 4bulan, hari tu suami bagitau dia nak keluar dengan kawan sebab nak hantar kereta kawan dia nak jual. Sampai ke maghrib ada orang call bagitau saya yang suami kena tngkap sebab bawak kereta cri dan saya diminta datang kebalai. Saya menangis2 kenapa lah suami tipu saya. Last2 saya pergi jugak kebalai dengan adik saya dan tunang kawan suami tu.

Nasib lah mak saya nak tolong jaga anak2 saya. Hampir 2minggu suami berada dalam pagar besi dan dibebaskan dengan jaminan plis. Saya ingat dia dah serik dan takkan buat hal, rupa2nya lagi teruk, atas pengaruh kawan dia isap bt dan bila saya jumpa dia tak mengaku. Dia bagi alasan tolong simpankan kawan punya. Tapi saya memang dah tak percayakan dia.



Loading...


Kami kerapkali bertukar rumah sewa sebab suami dah tak bekerja dan tak mampu bayar sewa. Pernah sekali bil elektrik dipotong terus sebab dah banyak tertunggak dan akaun tersebut telah ditutup. Tuan rumah halau kami. Kami menumpang dirumah mak saya. Ayah saya mengamuk sebab suami tak kerja dan biarkan saya yang menanggung semua.

Sampai satu saat saya buat keputusan untuk berpisa.. Tapi bila dipujuk mak mertua, hati saya jadi lembut dan saya bagi peluang lagi untuk dia berubah. Mula2 dia okay dan baik sangat. Jaga anak pun okay, tolong saya basuh baju lipat baju, basuh brak anak, jaga anak semua serba serbi baik lah..3bulan lepas tu dia berhenti kerja. Alasannya majikan tak bagi cuti untuk kami balik ke kampung masa buat kenduri aqiqah anak.

Saya pun cakap takpe lah nanti ari kerja lain. Rupa2nya bukan majikan bermasalah tapi dia. Dia berhutang dengan hampir 1 pejabat dan mereka berpakat untuk datang cari saya mintak bayarkan hutang. Untuk kesekian kalinya saya menangis sebab terpaksa tanggung semua, sudah lah rumah, pengasuh, api air dan sekolah anak saya yang tanggung. Dia hanya tau bersenang2 dirumah.

Pejabat saya dekat dengan rumah, dalam 5minit dah sampai. Pernah beberapa kali masa saya balik ada kawan2 dia dirumah dan tanya suami kenapa mereka datang, doa boleh kata saja sembang2. Dah la barang makanan kt dapur habis dijamu kawan2 dia. Bila saya call mak mertua bagitau yang suami tak kerja, saya yang terpaksa menanggung semua, mak mertu cuma diam dan dia tak bagi respon ape2.

Saya dah tak tau nak buat macamana, hari2 kami brblah. Malu pada jiran2 sebab suami tak bekerja tapi taknak jaga anak2, dan anak2 dihantar kerumah pengasuh. Apa keputusan yang patut saya lakukan bila suami tak bertanggungjawab macam ni. Untuk pengetahuan, suami seorang yang tidak suka sembahyang dan keluarganya juga tidak sembahyang kecuali emaknya.. Berharap yang kt luar sana yang nak kawin muda2 tu, selidik lah latar belakang sebelum menyesal tak sudah.

Reaksi warganet.

Diana Nabila – Takyahlah dik. Awak terbela biawak hidup. Bukan sorg tapi dgn suku sakatnya sekali (kecuali maknye). Tak nampak fungsi suami selain buat anak dalam kisah awak ni. Alih2 awak macam berjuang sorang2, awak yg kerja awak yg bela anak. Takde bezanya dgn takde suami. Oh ada beza. Hidup awak akan lebih senang, sekurangnya takyah menanggung masalah yang dia buat sana sini,

xyah berpindah randah, takyah keluar masuk balai plis, boleh hidup tenang. Sekarang pun sama juga awak seorang saja berfungsi. Nak suruh dia jaga anak pun awak yakin ke, dgn duk layan high dia anak entah ke mana nanti. Elok fikir utk kebaikan diri sendiri dan anak2 ajelah dik.

Khai Hansen – Lagi mau tanya ape ptt buat kaaa, bela la laki to,, ssh ape, bg dia btu, bagi kwn2 dia makan sekali, nty mlm2 dpt ehem2, lps to beranak lagi, kemudian ehem2 lps to beranak lagi, sampai la abg jamil mamps. Juliana Al Bakri – Bina hidup baru dik.. awak masih muda.. mak ayah pun ada lagi.. mak mertua memang lah tak nak perpisahan terjadi.. sbb dia pulak nnt terbeban jaga anak lelaki dia.. kalau kita baik.insyaallah akan ada yg terbaik untuk kita.

Vill Love – Yang awak masih nak bodoh sngt simpan laki jenis mcm tu smpi skrng dah kenapa??suka sngt tngung biawak hidup,sudh2 la nak jdi bdoh..jabatan agama d tubuhkan sbb ada fungsi nya sis. So jgn nak jdi bdoh,mcm la awak tak tahu nak mngdu kat mna..pergi jbtan agma,crita smua prmslahan kt situ..boleh tuntut nafkah, sama ada berpisah atu msih dlm ikatan prkwinan boleh sja tuntut apa2 hak kita kat situ..smoga d prmudhkan urusan dn d beri akal fikiran yg waras supya tdk trus jdi hamba abdi jantan dayus yg guna gelaran”suami”…amiiiinnnn.

EmybArie – Ni klau kami bg teguran n pandangan ko nk ikut ke,! takut kami bazir idea ja bg kat ko…..lg2 bila ko berat hati nk tinggal sampah mcm tu ….dik,klau rasa dh tk buleh nk bela…buang ja…tp klau still nk simpan,jgn merungut..jgn cerita pn derita ko kt org ….semak.

Azue Radwan – Nak simpan lagi laki macam ni buat apa?? apa function dia?? duit pun takdak.. eeii geram plak aku.. orang ada laki patut hidup lagi senang ni hang lagi susah baik takdak laki la kak oii eeii benci nya aku laki macam ni. Aiza Nur Hashim – Betul sis, tersalah pilih suami menyesal Tak sudah. Adat orang hisap ddh selalunya mereka tidak suka belajar dan tidak suka bekerja. Dpt kerja asyik culas, malas kerana otak telah dipengaruh oleh ddh.

Apapun keputusan sis, sis solat istikharah minta petunjuk Allah kerana Masa depan sis dan anak2 perlu diutamakan. Org hisap ni susah nak berubah ,sis. Mereka akan suka berjanji janji. Moga2 sis tabah dan dpt membuat keputusan yg tepat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : keluargabahagiafun

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



Kredit - apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post