Selepas sebulan berlalu, selebriti popular Noor Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19.
Memetik perkongsian wartawan Astro Awani, untuk kesalahan pertama, usahawan itu dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan Sosial ketika majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.
ARTIKEL MENARIK:Tampil Cantik Berniqab, Adira Terima Komen Positif Dan Sokongan Ramai
Kesalahan kedua, Neelofa juga didapati bersalah ingkar tujuan rentas negeri yang dibenarkan. Sementara itu, suami Neelofa iaitu PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pula dikompaun RM10,000 atas kesalahan ingkar kebenaran rentas negeri.
INI REAKSI NEELOFA
“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan
juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian. Terima kasih.”
Terdahulu, Neelofa dan Riz, 26, terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal. Neelofa dan PU Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : ROTIKAYA, FB NEELOFA
Akhirnya Neelofa Dan Keluarga Dikenakan Tindakan. Sekali Ini Jumlah Kompaun Yang Dia Kena Bayar. Bukan Biasa Biasa Jumlah Dia Perlu Bayar Tu.
Usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000.00 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19. Ketua polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata usahawan itu dikmpaun kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.
Neelofa juga didapati bersalah ingkar tujuan rentas negeri yang dibenarkan. Gambar kontroversi Neelofa dan suami bercuti di Langkawi ketika sekatan rentas negeri dilaksana. Tiada diskaun dibenarkan untuk menyelesaikan kmpaun itu, kata polis.
Suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail pula dikompaun RM10,000.00 tanpa diskaun, atas kesalahan ingkar kebenaran rentas negeri. Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,5000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.
Mohamad Zainal berkata kesemua kompaun dikeluarkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.00. “Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). “Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Untung Dapat Jadi Pa Neelofa. Jadi Manusia Yang Neelofa Paling Percaya. Rupa Rupanya Dalam Diam Bukan Calang Calang Orang Pa Neelofa Ni.
Sudah menjadi kebiasaan untuk seorang selebriti itu mempunyai Manager atau Personal Assistant(PA) yang tersendiri bagi menguruskan urusan jadual kerjaya. Selalunya PA merupakan orang yang paling rapat serta paling dipercayai oleh seseorang untuk menguruskan hal kerja dalam masa yang sama tahu tentang kisah peribadi seseorang itu.
Bagi usahawan berjaya, Noor Neelofa, beliau menganggap PA yang selama ini sentiasa bersamanya sebagai seseorang yang paling dipercayai olehnya dalam menyimpan segala rahsia tentang kehidupan peribadinya. PA yang selama ini menguruskan hal kerja Neelofa itu dikenali sebagai Nadiah Khairuddin dan difahamkan beliau sudah lama berkhidmat bersama Neelofa.
Dalam masa yang sama, kelihatan adik Neelofa iaitu Ameera Khan turut mengatakan bahawa Nadia juga merupakan secret keeper baginya. Sebelum ini, Nadia ada memuat naik Instagram story mengatakan bahawa beliau sedang mencari PA untuk Neelofa tetapi nampaknya sehingga sekarang Nadia masih kekal sebagai PA merangkap penyimpan rahsia terbesar pengacara tersebut.
Bukan senang sebagai seorang PA untuk mendapatkan kepercayaan majikannya lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan tentang urusan peribadi. Tak mustahil Nadia turut menjadi orang pertama yang Neelofa akan cari sekiranya beliau mempunyai masalah. Apa pun, Happy Birthday in advance buat Neelofa, semoga panjang umur dan murah rezeki ya!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://transformasi.pw/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Keadaan Boleh Dikatakan Tegang Lepas Beberapa Minggu Kahwin. Lama Berdiam Diri Akhirnya Neelofa Dedahkan Apa Yang Berlaku Disebalik Kontroversi Sebelum Ni.
Baru sahaja mendirikan rumah tangga namun satu demi satu kontroversi terpalit, bagaimanapun selebriti popular Noor Neelofa berkata ia tidak menggoyahkan hubungannya dengan suami, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail. Menurut Neelofa, dia dan suami banyak berbincang mengenai jalan penyelesaian yang perlu dilakukan setiap kali berdepan masalah,
“Alhamdulillah, baru saja beberapa minggu berkahwin, walaupun keadaan boleh dikatakan tegang, namun ia tidak memberi kesan kepada kebahagiaan kami. “Kami adalah satu pasukan dan selalu berbincang mengenai apa yang patut dan tidak dilakukan. Untuk bahagian itu, Alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia dan suami ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan merentas negeri ke Langkawi baru-baru ini. “Saya tak nak komen banyak. Suami pesan, janganlah panjang-panjangkan. Dia pun tak ada dengan saya sebab bapa saudaranya pegi menghadap illahi semalam (kemarin),” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Rotikaya
“Saya Sangat Tekankan Keberkatan Dalam Setiap Perkara,” – Pintu Rezeki Makin Bertambah, Neelofa Bersyukur
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin. Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
“Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan. “Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.
“Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah,” katanya kepada MH. Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendkwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.
“InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah). “Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas. “Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.
“Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan ‘free marketing’ dan membuka rezeki kepada saya. “Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan. “Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.
“Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu. “Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah,” akhirinya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingsangat.pw/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kecoh Pasal Majlis Nikah Neelofa Tak Patuh Sop. Lepas Neelofa Dan Suami Rupanya Menteri Agama Pun Dipanggil Untuk Ambil Keterangan Tentang Isu Ini.
MENTERI (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan ingkar prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Zulkifli merupakan antara individu terawal tampil membantu polis berhubung isu berkenaan. “Kita sudah ambil keterangan YB (Yang Berhormat) berkenaan, dia juga hadir sebagai tetamu jemputan.
“Keterangan beliu lebih awal diambil berbanding yang lain kerana kita juga nak pastikan apa yang ditularkan itu betul atau tidak. “Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu kita meneliti lebih dalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan,” katanya dalam pertemuan eksklusif bersama mStar pada Selasa.
Difahamkan Zulkifli dijemput ke majlis berkenaan bagi memberikan khutbah nikah dan tazkirah ringkas. Pada Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil memberi keterangan berhubung siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahannya 27 Mac lalu.
Bagaimanapun menurut polis, pihaknya perlu mendapatkan keterangan beberapa lagi ahli keluarga mereka sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.
Mengulas kebimbangan ramai berhubung wujud isu pilih kasih atau ‘double standard’ terhadap siasatan kes ini kerana ia melibatkan golongan selebriti dan VIP, Mohamad Zainal bagaimanapun menafikannya. SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa.
Jelas Mohamad Zainal, tiada sebab untuk pihaknya melindungi pihak terbabit jika mereka didapati bersalah. “Tiada apa-apa kepentingan untuk kita lindung, tindakan akan diambil. Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar. “Jadi tiada sebab untuk kita tak mahu ambil tindakan,” katanya.
Ujar Mohamad Zainal lagi, siasatan bagi kes yang ditularkan sememangnya memerlukan sedikit masa untuk siasatan berbanding jika pihak berkuasa berada di lokasi pada hari kejadian. “Kalau masa itu (majlis berlangsung) aduan dibuat, saya percaya pada masa itu juga kompaun akan dikeluarkan. “SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa,” katanya.
Warganet kecewa terhadap kenyataan Neelofa – “Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh”
Kehidupan seorang selebriti sudah semestinya tidak akan lari jauh daripada perhatian warganet, lebih-lebih lagi apabila perwatakan dan imej segelintir selebriti tanah air kita sering menjadi tumpuan dan dianggap sebagai idola oleh peminat mereka.
Meskipun gelaran ‘selebriti’ diberikan kepada mereka, namun mereka juga merupakan manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Lumrah menjadi seorang selebriti ini akan sentiasa dikecam lebih-lebih lagi apabila perkara yang dimuat naik oleh mereka sangat terkesan oleh warganet.
Terkini, isu yang masih hangat menjadi perbulan warganet di media sosial mengenai usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mengundang amarah warganet apabila beberapa kenyataannya di sidang akhbar baru-baru ini berbaur seperti angkuh dan riak.
Menerusi sidang akhbar tersebut, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana disebabkan warganet yang membuat ‘free marketing‘ ini, beliau mendapat peluang untuk membuka lebih banyak cawangan air yang berjenama itu.
Menurut warganet di Twitter, perbuatan Neelofa diungkapkan seperti menyiram bara api yang sedang hangat membara dek kerana isu ini masih belum diselesaikan. Meninjau di Twitter, majoriti daripada warganet meluahkan perasaan kecewa dengan kenyataan Neelofa yang dianggap bongkak serta tidak menyangka beliau akan berkata seperti itu.
Kenyataan Neelofa yang dikatakan berbaur seperti angkuh ini telah membuatkan sesetengah warganet untuk tidak menyokong produk-produk Neelofa lagi. Bagaimanapun, dalam sidang akhbar tersebut, Neelofa meminta ruang privasi untuk beliau menyelesaikan kemelut ini bersama pihak atasan.
Apa-apa pun, kita mengharapkan ada penjelasan di atas setiap perkara berlaku. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Neelofa dan pihak berkuasa untuk isu ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Koolfm
Post a Comment