Warganet ini tampil bersuara susulan Dr Noor Hisham tak ikut SOP yang ditetapkan. Sekali Fedtri Yahya kongsikan sesuatu

Warganet ini tampil bersuara susulan Dr Noor Hisham tak ikut SOP yang ditetapkan. Sekali Fedtri Yahya kongsikan sesuatu

Semua sedia maklum apabila kerajaan mengumumkan kompaun yang mencecah sehingga RM10,000 akan dikenakan kepada individu yang tidak mematuhi SOP bagi pencegahan dan kawalan Covid19.

Warganet ini tampil bersuara susulan Dr Noor Hisham tak ikut SOP yang ditetapkan. Sekali Fedtri Yahya kongsikan sesuatu



Berdasarkan pemerhatian, nampaknya orang ramai mula rasa serik dan ikut arahan tersebut. Ya la, RM10 ribu tu jumlah yang agak banyak dan ia juga jumlah yang amat besar buat golongan kebanyakan.

ARTIKEL MENARIK:Syok rakam video sampai satu masa hampir terkena air kunyit. Wanita ini cerita lebih lanjut kejadian yang dia kena semasa rakam video


Namun begitu, ada juga yang tidak berpuas hati selepas dikenakan kompaun tersebut gara tidak memakai pelitup muka. Nak buat macam mana, arahan pun dah dikeluarkan dan nak tak nak kita kena patuh. Untuk pengetahuan, antara individu yang paling bertanggungjawab terhadap lain pindaan akta bagi membolehkan kadar kompaun RM1,000 dinaikkan kepada RM10,000 terhadap pihak yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dan semalam telah tular bebrapa gambar majlis resepsi perkahwinan anak beliau di Bora Omabak, Putarajaya di media sosial yang menimbulkan pelbagai respon masyarakat terhadap foto itu. Ada juga yang mempertikaikan dan mempersoalkan malah mengatakan Dr Noor Hisham tak mematuhi SOP sebagaimana yang disarankan oleh beliau kepada orang ramai.


Berikut antara dakwaan mereka adalah tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga penjarakan sosial ketika sesi bergambar selain mempertikaikan sebagai orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham tidak sepatutnya tak mematuhi SOP.Namun begitu, mengulas mengenainya isu yang kini hangat dibualkan oleh orang ramai, Dr. Noor Hisham menjelaskan perkara sebenar terhadap situasi yang dilihat oleh orang ramai melalui akaun Twitter miliknya.

Terang Noor Hisham, sesi bergambar di atas pentas bersama pengantin tersebut sebenarnya hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas,” jelasnya ringkas di Twitternya.Sementara itu, pengacara majlis yang dipertanggungjawabkan bertugas pada hari kejadian, Fedtri Yahya juga memuat naik ciapan di Twitter dengan merakamkan rasa penuh kesyukuran kerana dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya selain mengikut SOP yang ditetapkan.


“Alhamdulillah selesai mengacarakan resepsi pernikahan anakanda kepada Tan Sri Dr Noor Hisham dan Puan Sri Suwaida.“Hanya 30 peratus kapasiti dewan dengan SOP yang rapi namun tidak menghalang ia berlangsung tenang dan tertib,” tulis beliau di Instagram.Menerusi posting tersebut, Fedtri juga memuat naik beberapa foto memaparkan gambar kenangannya bersama Dr Noor Hisham dan anak- anaknya ketika majlis tersebut berlangsung.

Ramai Yang Persoalkan Tentang Majlis Kahwin Anak Dr Noor Hisham Tak Patuhi Sop. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Beri Respon Buat Warganet Terkedu.

Pada hari Ahad lepas (21 Mac 2021), anak perempuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah iaitu Khairin Afiqah telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Hazim.Perkahwinan tersebut telah diadakan di BoraOmbak Marina, Putrajaya dan pengacara TV terkenal, Fedtri Yahya juga telah dipangggil untuk mengacarakan majlis tersebut. Wah tahniah DG Hisham dah terima menantu ye! 

“Dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP?” 

Meskipun, Fedtri telah menjelaskan bahawa majlis perkahwinan anak Dr Noor Hisham ini dijalankan dalam suasana penuh SOP dan hanya 30% sahaja tetamu yang dibenarkan masuk ke dalam dewan tersebut, masih ada warganet yang menegur kononnya majlis itu tidak mengikuti SOP yang ditetapkan. Ia berikutan satu gambar di majlis tersebut yang terseb4r di media sosial.


Menurut netizen, gambar tersebut menunjukkan Dr Noor Hisham sekeluarga mengambil gambar dalam jarak dekat dan tidak memakai sebarang pel1tup muka. Malah ada juga yang mengatakan, sebagai seorang Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik dan bukannya bergambar seperti di atas.


“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar” 

Setelah mengetahui isu tersebut mulai tul4r di media sosial, Dr Noor Hisham sendiri telah tinggalkan komen di tweet berkenaan dengan menjelaskan bahawa kesemua di dalam gambar tersebut merupakan ahli keluarganya dan tiada orang luar. Malah mereka juga menanggalkan mask sekejap untuk bergambar seketika di atas pentas.

Pada masa yang sama, pengacara Fedtri Yahya juga tampil menjelaskan keadaan sebenar yang majlis tersebut adalah majlis yang sangat menjaga SOP. 90% tetamu yang hadir juga adalah ahli keluarga DG Hisham sendiri.


Apa-apapun admin ucapkan Selamat Pengantin Baru buat anak DG Hisham. Rasanya dalam minggu ni pun memang ramai dah mula buat majlis kahwin kan… Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Lobakmerah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Menjadi Orang Ketiga Yang Terima Sntikan Vaksin. Dr Noor Hisham Bongkarkan Keadaan Dirinya Setelah Terima Vaksin Itu

Seperti yang kita ketahui,semalam detik bersejarah setelah Pengarah Kesihatan menjadi orang ketiga yang menerima suntikan vaksin Pfizer Biotech bagi melindungi diri daripada wabak Covid19 selepas PM dan seorang petugas barisan hadapan.



Loading...


Terkini,TS Dr Noor Hisham Abdullah sempat berkongsi pengalaman selepas menerima suntikan itu. Setakat ini,dia tampak lebih sihat dan tiada kesan sampingan yang berlaku pada dirinya. Ini kata kata dari Pengarah Kesihatan berkaitan hal itu

“Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini. Tiada gejala demam atau pun rasa sakit di tempat suntikan.”Jumlah larutan vaksin yang digunakan adalah hanya 0.3ml dan jarum yang digunakan adalah jarum yang halus iaitu saiz 25 G.


Maka segeralah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19 yang akan diberikan mengikut fasa kelayakan yang ditetapkan. Vaksin memberi pelindungan diri dan pelindungan imuniti kelompok.Lindung Diri, Lindung Semua…Melihat di ruangan komen laman Facebooknya, rata-rata masyarakat Malaysia sudah mula mendaftar dan tidak sabar untuk menerima suntikan tersebut.

Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Setiap Jenis Mengikut Warna Yang Ada. Ini Makluman Buat Rakyat Malaysia Tentang Vaksin

Akhirnya negara kita,Malaysia telah mencatatkan sejarah baru setelah Program Vaksinasi COvid19 secara rasmi telah bermula pada hari ini. Difahamkan orang ramai akan terima suntikan vaksin mengikut beberapa fasa yang akan dijadual akan berlangsung sehingga Februari 2022

Untuk makluman,sebelum masing masing terima suntikan vaksin, anda mungkin ingin tahu mengenai jarum yang akan digunakan. Berdasarkan tweet DR. ProVaxanna di Twitter,dia berkongsikan tentang beberapa jenis jenis jarum yang akan digunakan untuk suntik vaksin

Semakin Ramai Frontliner Yang Tampil Kongsikan Kisah Soal Vaksin. Kini Doktor Gigi Warga Malaysia Pula Tampil Kongsi Pengalamannya Terima Vaksin Di India.

Ketibaan vaksin Covid-19 pertama di Malaysia pada 21 Febuari lalu sememangnya telah memberi semangat baru setelah lebih setahun ‘berperang’ dengan wabak tersebut. Namun, masih ada juga segelintir individu yang tidak mahu menerima suntikan vaksin kerana menganggap ianya hanya proganda sahaja. Justeru itu, menerusi platform di Twitter, seorang gadis bernama Syazwani telah berkongsi pengalaman menerima suntikan vaksin di negara India.

Kongsi pengalaman terima vaksin

Menerusi perkongsian itu, gadis tersebut bekerja sebagai doktor gigi dan mengambil keputusan untuk menerima suntikan kerana dirinya sering terdedah berjumpa ramai orang.

Kesan sampingan

Tambahnya lagi, sejurus sahaja menerima suntikan hanya ada beberapa kesan sampingan yang dapat dirasai iaitu pening kepala, keletihan dan rasa tidak sedap badan.


Walau bagaimanapun, Syazwani juga memberi tips agar untuk sentiasa berehat dan tidur secukupnya untuk memastikan kesan sampingan yang dirasa itu tidak berlarutan mahupun berpanjangan. Dia juga berharap agar orang ramai tidak takut dan memomokan keburukan vaksin yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan demi kesejahteraan bersama.

Jangan takut terima suntikan vaksin


Terima kasih sudi berkongsi

Perkongsian tersebut telah pastinya menerima respon baik daripada warganet yang rata-rata menzahirkan rasa bersyukur dengan penjelasan diberikan. Mereka juga berharap agar penjelasan tersebut mampu mengubah pemikiran golongan yang tidak menolak suntikan vaksin Covid-19.

Bagus rakyat tak cemas!


Boleh kongsi cerita dekat keluarga


Perkongsian yang sangat bagus! Lagi ramai kongsi pengalaman, lagi ramai jugalah yang akan menerima suntikan vaksin ini. Semoga keadaan kembali pulih seperti sebelum ini. Sumber: Twitter Syazwanimd

Isu Vaksin Buat Ibu Mengandung Dan Yang Susukan Anak. Prof Madya Dr Niazlin Tampil Perjelaskan Hal Tersebut

Dikhabarkan buat wanita mengandung serta yang menyusukan anak disarankan untuk tangguh pengambilan vaksin Covid19 Pfizer BioNTech bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud. Jelas Prof Madya Dr Niazlin yang merupakan pensyarah perubatan mikrobiologi ,buat masa ini masih belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin untuk golongan berkenaan.

Tambahnya lagi, “Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.

“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini, hari ini.
Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata, orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin tersebut.

Jelasnya , vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.“PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit

“Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan-alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin tersebut,” katanya.
Niazlin berkata, bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan tersebut dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemsan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan

Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kim0terapi, dikecualikan daripada mengambil vaksin berkenaan. 

Bakal Terima Suntikan Vaksin Covid19 Pada Hari Pertama. Perdana Menteri Malaysia Dedahkan Akan Terima Pada 26 Februari

Dikhabarkan pada hari Ahad depan,vaksin Covid19 jenis Pzifer BioNTech akan tiba di negara kita manakala pelaksanaan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan perdana menteri kita akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama dengan petugas barisan hadapan.

Semasa melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, perdana menteri berkata fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Manakala fasa ketiga pula akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.Menurut Muhyiddin, program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 sekali gus diharap dapat menamatkan pandemik COVID-19.

“Ringkasnya, vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya.

Kata Perdana Menteri berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif termasuk membolehkan sektor ekonomi dan pelancongan kembali dibuka.Beliau juga menyatakan begitu juga dengan aktiviti ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan kembali boleh dilakukan, namun masih terikat dengan amalan norma baharu.

“Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihati semua rakyat supaya jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin dan hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk menerima dos pertama dan dos kedua.Sementara itu, Muhyddin berkata Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan hari ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi.

“Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam kita menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di negara kita.Buku panduan itu boleh dimuat turun menerusi laman web www.VaksinCovid.gov.my yang turut dilancarkan hari ini.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post