Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang sudi membaca luahan aku. Tapi sebelum tu, aku nak pesan jangan kritik aku.
Aku dah berumur 27 tahun dan baru memasuki fasa andartu atau orang kata anak dara tua. Ikutkan bab jodoh ni aku tak ada la nak kisah sangat. Namun apa yang membuatkan aku terfikir bila ada orang di sekeliling aku yang sudah hembuskan nafas bujang bila dah tua, tak ada orang nak jaga dan uruskan. Belum lagi bab siapa yang nak tolong kita beramal dengan kita bila dah tak ada kelak.
ARTIKEL MENARIK:Isteri nak beli barang tak sampai RM5 tapi suami tak izinkan. Bila ulangtahun isteri pula ini jawapan suami lepas isteri sengaja tanya pasal hadiah
Bak kata orang waktu yang sesuai untuk cari jodoh adalah masa belajar. Jadi masa dah kerja persekitaran kita semua orang dah kahwin. Nak dijadikan cerita ada lah sangkut dengan seseorang masa tahun akhir dan pada waktu yang sama ada la juga kawan kawan dengan orang lain. Al maklum, jodoh tak panjang . Bercinta dengan kawan baik ni tak seindah mana sebab bila kau dah putus hubungan, kau dah tak boleh kembali macam dulu.
Lepas daripada tu, alhamdulillah rezeki kerja aku tak pernah culas lepas habis belajar. Aku memang banyak pergi travel sbb kerja stress, itu je laa cara untuk release. Dan bila orang tanya bila nak kawen, aku boleh jawab tak puas lagi nak travel. Padahal dalam hati ada jugak rasa jeles tgk kawan-kawan ada yang kawen awal lepas belajar.Aku nih dah umur mcm dorang masih sibuk nak travel sana sini, dorang dah anak, laki die dah boleh jaga dah. Tapi lain pulak kawan-kawan aku yg kawin awal, dorang yg jeles dengan aku sbb aku boleh pegi travel dan buat ape yang aku suka. Biasalah manusia mana pernah puas kan.
Dan masa umur 25, ada sorang kawan aku nih tetibe contact dengan aku, ajak aku kahwin. Padahal aku dah sedia maklum dengan perangai dia yang suka play around. Tp things happen kan, dia buat sampai aku suka dgn dia dan ada harapan untuk kawin semua, tetiba dia ckp aku gurau jee, aku dah nak tunang dan kawen.Masa tu sumpah aku rasa down sangat, dah laa berbunga orang ajak kawin tetiba kene game pulak. Ape salah aku sampai org buat mcm ni, aku tak kacau orang pon weyh. Masa tu aku memang istiqamah solat istikharah, tahajud semua untuk hilangkan rasa loser dan mintak Allah temukan orang yg jauh lagi baik dari budak tu.
Lepas tu, Allah temukan someone thru online. Tak tau laa tak pernah kenal, tp aku tertarik dengan dia. Kenal sekejap pastu terus cakap pasal kawin. Excited lagi ! Tapi tu laa again jodoh tak panjang, die ada masalah besar yang die kene tanggung dan kitorang decide untuk tak teruskan relationship ni.Plus family aku pon tak setuju sbb entah dengan sapa-sapa je laa aku nak kawin. Berpisah cara baik kadang-kadang memang ambil masa untuk move on.
Kadang-kadang aku pikir bukan takda orang yang nak, tapi ada masa aku belom bersedia, ada yang aku taknak rosakkan hubungan persahabatan, ada yang tak menepati ciri-ciri, ada yang mmg hati aku cakap tak nak. So, buat apa aku nak lukakan orang lain kan kalau aku sendiri tak ikhlas berkawin. Bila dah umur 27 nih aku giatkan usaha aku sebab orang dah mula cakap aku nih memilih laa, bakal permpas suami orang laa(nih terpengaruh drama), tak berusaha cari jodoh laa. Skrg jodoh pon dah limited, kena kenal baik-baik. At least kalau umur 27 tahun kenal, 28 plan kawen, 29 baru boleh dirikan rumah tangga.
Tapi nih kalau aku kenal umur 27, kalau umur 30 baru jumpa yang sesuai, lambat lagi la prosesnya. Step by step sbb orang skrg bukan boleh dipercayai sangat, ada yg laki orang, ade yg gy, perangai entah apa2 lepas kawin.Perangai aku pon dah tak se pemalu dan se ego dulu, sekarang kalau aku suka aku yang akan approach lelaki tu. Kalau suka terus cakap. Aku ada jugak buat amalan permudahkan jodoh mcm bila orang pergi umrah semua aku mintak doakan permudah jodoh, solat istikharah kadang-kadang, menderma, belanja kawan-kawan mintak dorang doakan, join mcm baitulmuslim dan tilljannah.
Tapi tu laa jodoh belom sampai kan, bukan tak berusaha. Orang pon jangan lah cakap macam-macam, family dan kawan-kawan aku ramai je senasib macam aku, jadi janganlah pandang kiteorang nih mcm tak nak amalkan sunnah nabi.Banyak lagi bende yang kita boleh aim dalam hidup nih(ayat sedapkan hati), kadang-kadang parents kita nih tak puas lagi kita jaga dorang, so beramallah selagi boleh.
Banyak je yg kawen muda nih gagal, dan ramai je yg survive. Yang penting buat ape yang kita suka dan jangan menyesal. The best thing bila kau bujang nih kan, ramai je yang nak tolong masa kau susah berbanding kalau kau dah kawen, so appreciate this time guys.Jadi, aku doakan semoga orang-orang yang belom berkahwin nih akan jumpa jodoh yang baik-baik. Allah save us for the best, ingat tu. Makcik dan pakcik bawang zaman sekarang pon kene lah paham ea, Allah bagi rezeki lain-lain.
Dah 10 Tahun Kenal Tapi Tak Pernah Jumpa. Hari Paling Bahagia Bertukar Kepada Hari Yang Tak Diduga Lepas Gadis Ini Hembuskan Nafas Semasa Tidur
Sebak sungguh kisah gadis ini. Tak sangka di hari bahagia, gadis yang diberi nama Izyan Qurratu Aini untuk ik4t tali pertunangan berakhir dengan hembusan nafas terakhir di kediamannya di Pahang. Ternyata kisah Izyan dikongsi oleh seorang sahabatnya iaitu Anis Nafisa di IG dengan memuat naik beberapa perkongsian sepanjang proses persemadian Izyan.
Dalam perkongsian tersebut,ini ayat yang luahan dari kawannya. 28 Februari merupakan hari paling kau tunggu iaitu hari pertunangan kau. Antara pasangan dan panggilan, dia pergi kepada panggilan dulu,” Dan difahamkan Izyan hembuskan nafas terakhir dalam tidur seperti didedahkan oleh sahabatnya menerusi komen sebuah posting di aplikasi TikTok.
Jika dilihatiperkongsian lain, Anis turut berkongsi beberapa paparan skrin luahan hati kekasih Izyan yang sebak mengenangkan pemergian gadis tersebut selain turut mengiringi jnzah ke tempat persemadian.“Hari ini kita bertunang, tapi hari ini awak yang pergi menghadap ilahi. Patutnya waktu ni saya dah datang bawa cincin awak. Tapi saya datang tengok jnzah awak je,” luah lelaki tersebut.
DAn lebih menyedihkan apabila melihat busana pertunangan berwarna putih milik Izyan yang sudah siap digantvng untuk dipakai pada majlis tersebut, tetapi tidak kesampaian.Benarlah manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Semoga rohnya dicucur1 rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah!
Isteri Punyalah Call Banyak Kali Bila Rumah Mereka Dijilat Api. Lepas Selidik Baru Tahu Ini Kerja Suami Dia Selama Ini Dan Mengejutkan Sekali Bila Doa Isterinya Termakbul
Buat pengetahuan semua saya sudah 16 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak. Saya dengan suami sebaya dan berkahwin di usia muda sekitar umur 21 tahun. Habis je SPM,saya terus sambung belajar,manakala suami terus bekerja. Mak mentua semua yang beria mahu kami kahwin awal. Maklumlah benda baik kena percepatkan. Belum lagi habis belajar,saya dah kahwin. Masa awal perkahwinan itu kami berdua PJJ selama setahun.
Selepas tamat pengajian,alhamdulillah saya berjaya melahirkan anak sulung. Syukur Allah permudahkan urusan saya. Usai saja berpantang,saya ditawarkan pula kerja di bandar yang tidak jauh dari kampung. Alhamdulilah rezeki anak.Ketika itu,kami hanya menyewa sebuah rumah kampung sahaja. Tak lama lepastu,ujian pertama dalam perkahwinan, suami dah pandai balik lewat setiap hari. Dalam hati ni dah syak macam macam.Makin lama biar,makin teruk jadinya
Yang paling membuatkan saya rasa geram, rumah saya dijilat api dan puas saya menelefon dia, tak dijawab. Mujurlah pada waktu itu ada jiran-jiran yang baik membantu. Dah tengah malam, barulah dia pulang. Masa itu dia memang menyesal sebab tak jawab panggilan saya (waktu itu saya guna telefon jiran, telefon bimbit tak ada line dan tak dapat nak hantar SMS).
Selepas kejadian itu, saya terpaksa menumpang di rumah mak saya. Tetapi suami masih lagi buat perangai. Jam 2-3 pagi baru pulang ke rumah. Saya malu dengan keluarga saya sebab mereka sudah mula ‘bersuara’ Akhirnya saya tak tahan dan berdoa. “Ya Allah, kalaulah suami aku kh1anati aku, menduakan aku, biarlah malam ini dia terlibat kejadian yang tidak diingini”
Masa itu saya dah geram sangat dan mendoakan suami ditimpa kejadian yang tidak diingini. Selepas tersedar, saya istighfar semula. Mungkin doa saya, doa hamba yang teran1aya agaknya, Allah makbulkan doa saya. Dalam jam 5 pagi, saya terdengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok suami dengan kesan dan luka sepanjang satu inci di kepala. Katanya terlibat kejadian yang tidak diingini lnggar bab1.
Mengucap saya pada waktu itu dan terdetik dalam hati, “Allah perkenakan doa aku?”, menjadikan hati saya kuat mengatakan dia memang ada melakukan sesuatu di belakang saya. Tetapi saya bersabar dan tidak mahu berbalah di rumah mak saya.Tidak lama selepas itu, kami berpindah ke rumah lain. Masa itu saya mula siasat. Saya perasan dia selalu menyorokkan telefon bimbitnya. Suatu pagi, sewaktu dia sedang mandi, saya mencari telefonnya.
Bila terjumpa, saya terus buka telefon itu dan mendapati ada mesej dari perempuan yang ‘ber’abang-abang’ dengannya. Saya tunggu dia di pintu bilik. Selesai saja dia mandi, saya tanya dia siapa perempuan yang dia sms itu? Dia diam. Saya lmpar telefon itu ke dinding, hncur! Sebelum itu saya dah salin siap-siap nombor telefon perempuan itu. Suami saya merayu-rayu dan menangis takkan buat lagi. Dia merayu agar saya tidak tinggalkan dia.
Saya pergi kerja seperti biasa.Sampai di pejabat, saya menghubungi perempuan itu dan ceritakan hal sebenar dan ajak dia berjumpa. Perempuan itu kata, dia tidak tahu yang suami saya sudah berkahwin.Suami saya selalu balik lambat sebab keluar dengan dia sehingga larut malam. Perempuan itu berjanji yang dia tidak akan kacau suami saya lagi.
Tetapi saya tak bod0h.Keesokannya saya pergi mengintip dia di tempat kerja dan ternyata mereka masih berjumpa lagi. Masa itu saya tak ada kereta dan saya mengekori mereka menggunakan teksi.Rupa-rupanya mereka pergi makan tengah hari bersama. Memang saya geram pada waktu itu dan trjah mereka yang sedang makan. Air sirap di atas meja, saya simbh atas muka suami dan perempuan itu.
Dengan nada lembut dan manja, saya kata, “Abang, sila pilih saya atau perempuan ini?”Suami bangun dan kata pilih saya.“Kenapa ganggu suami saya lagi?” soal saya pada perempuan itu.“Sebab tak boleh nak lupakan dia,” jawabnya.“Lepas ni kau jaga, aku akan upah seorang perempuan untuk kacau ayah kau. Aku tak boleh buat engkau, aku akan buat pada keluarga engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau (sedangkan saya tak tahu apa-apa pun, grtak saja lebih),” kata saya sebelum beredar dari situ dan suami mengekori dari belakang.
Selepas kejadian itu, suami saya jadi lelaki mithali untuk beberapa bulan. Saya pula mengandung anak kedua dengan harapan bila bertambah anak, suami akan lebih bertanggungjawab.Lahir saya anak kedua, sekali lagi suami buat perangai dengan budak perempuan berhampiran dengan rumah sewa kami. Suami siap hantar dia pergi kerja bagai.
Sekali lagi saya kumpul bukti dan bila bukti sudah mencukupi, terus pergi s3rang. Kali ini saya b elasah kedua-duanya sekali.Perempuan itu tahu suami saya sudah berkahwin dan ada anak, tetapi gatal juga nak melayan. Hati saya sudah mula tawar, tetapi masa itu saya muda dan takut kalau berpisah, mesti keluarga akan salahkan saya.Tetapi hati saya berdndam dengan suami dan mulai dari hari itu, saya tidak bertolak ansur dah dengan suami. Gaji saya, saya gunakan sepenuhnya untuk saya.
Saya tak bayar ansuran kereta sebab kereta atas nama dia. Saya beli makanan untuk saya dan anak-anak sahaja. Gaji saya dij0li bersama dengan anak-anak. Akhirnya kereta dia ditarik, saya buat tak tahu saja.Maka dia pun pergi kerja jalan kaki. Kawan-kawan dulu semua menghilangkan diri. Keperluan anak, 100% saya minta dari dia. Susu anak tak ada, saya minta dia pergi belikan.
“Nak pergi dengan apa? Kereta tak ada. Tunggu balik kerja esok, saya belikan,” katanya.“Pergilah jalan kaki! Anak nak susu, tak boleh tunggu esok!” balas saya.Tidak lama selepas itu, suami naik pangkat dan gaji pun naik.Suami sambung bayar kereta kawan dia, Proton Iswara. Bila dah ada kereta, dia beli pula telefon baru. Dia terlupa yang dia masih dalam pemerhatian saya lagi.
Dan sekali lagi dia buat perangai. suami saya yang gatal sebenarnya, sibuk bermesej dengan perempuan lain.Bila dia kantoi, sekali lagi telefonnya menjadi sasaran,pcah telefon itu saya kerjakan.“Siapa perempuan itu?!” soal saya tanpa dijawabnya.Memang masa itu saya naik angin dan saya kejar dia dengan p1sau pemotong daging. Mujur dia sempat masuk bilik dan kunci pintu.
Selepas peristiwa itu, saya memang berdndam dengan dia.Hidup dia pun kucar-kacir sampai kena buang kerja sebab selalu datang lambat. Sejak kes itu, saya memang abaikan dia walaupun serumah.Saya siap pergi kerja, di saya tak pedulikan langsung. Anak-anak saya tinggalkan dengan dia. Pandai-pandailah dia nak uruskan. Sebab itu dia selalu lambat pergi kerja.
Selepas dia dibuang kerja, kereta tak mampu bayar dan diambil oleh kawannya semula.Saya memang tak tolong. Masa itu saya tak ada kerja lagi, saya pergi kerja naik bas atau teksi. Saya rela susah naik bas dari beli kereta sebab saya tahu kalau saya beli kereta, mesti dia yang akan tumpang senang.
Setiap malam saya akan terbayangkan suami menduakan saya. Hati rasa macam terbakr. Waktu itu saya tak boleh tengok muka dia, geram sangat. Saya nak dia rasa macam mana saya rasa. Keesokkannya sebelum balik kerja, saya pergi ke bandar belikan sebuah telefon yang paling murah dan kad sim baru.
Saya guna nombor baru itu untuk sms ke nombor saya kononnya ada orang lain yang hantar pada saya. Sengaja saya simpan semua sms cintan-cintun dalam telefon itu. Dua tiga minggu itu saya asyik dengan telefon, tak berenggang dengan telefon. Sebenarnya waktu itu, tak ada apa-apa pun tetapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang dia nampak curiga sebab dia dah mula tegur saya bermesej dengan siapa.
Dah banyak mesej romantik dalam telefon saya dan saya tinggalkan telefon di rumah sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru itu memang ada dengan saya.Tengah hari itu, dia menghubungi nombor baru, saya cuma tersenyum dan biarkan panggilan itu tanpa dijawab. Banyak kali dia menghubungi nombor baru ini, tetapi saya tak jawab sehinggalah dia menghantar sms,
“Kau sape? Kenapa ganggu isteri aku?! Jawab call aku!”Saya rasa puas hati, saya nak dia rasa apa yang saya rasa. Biarpun terpaksa berlakon. Tidak lama selepas itu, dia datang ke pejabat saya dengan kereta kawannya. Dia bawa saya pergi makan dan tanya siapa lelaki yang sms saya itu. Saya hanya ketawa dan tanya dia,
“Pedih tak, bang?”Saya tinggalkan dia dan terus balik ke pejabat.Sejak dari itu suami berubah. Setahun saya ambil masa untuk ikhlaskan hati untuk menerima dia. Tiap-tiap malam saya terbayangkan semua perkara yang dia sudah buat pada saya. Kesusahan dan keperitan saya pada waktu itu sukar saya nak gambarkan dengan perkataan.
Akhirnya saya terima dia, saya mohon ampun pada dia, cium tangan dia.Saya tahu saya pun banyak buat salah dan kadang-kadang tak dapat menahan marah bila tahu dia buat macam tu kat saya. Suami menangis teruk waktu itu, dia beritahu saya yang dia sudah rasa apa yang saya rasa dan dia menyesal. “Ini peluang terakhir saya beri pada abang. Abang berubahlah betul-betul,” kata saya pada dia.
Alhamdulillah, suami pun sudah berubah. Sekarang dia pun sudah berniaga sendiri. Pernah sekali gulung tikar, tiga tahun kemudian kami cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah. Anak pun dah bertambah seorang lagi. Kami pun dah semakin matang, ada berbalah sekali sekali tetapi bukan disebabkan orang ketiga.
Semua perniagaan dia saya yang uruskan.Dia jadikan saya orang terpenting dalam hidup dia dan saya pun jadikan dia orang yang terpenting dalam hidup saya. Apa-apa saja perkara, kami akan maklumkan walaupun perkara kecil.Dugaan semalam walaupun pedih, mengajar kami banyak perkara. Banyak yang kami sudah tempuh. Yang akan datang, kami memohon pada Allah kuatkan hati kami untuk menempuhi segalanya bersama-sama.
Sekarang suami banyak masa di rumah.Cuma saya kadang-kadang bosan bila dia di rumah sebab suami sekarang dah dapat hobi baru, membebel. Meningkat usia ini jadi kaki bebel pula. Tetapi saya terima daripada jadi kaki perempuan.10 kali saya lebih rela suami jadi kaki bebel seperti sekarang.Doakan kami berkekalan ke jannah. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita. InshaAllah kita akan kuat berdepan ujian Allah.
Suami Langsung Tak Hirau Isteri Masa Pantang. Sampaikan Terpaksa Duduk Dengan Makcik Untuk Jaga Baby Masa Berpantang. Tak Lama Kemudian Anak Demam Dan Ini Yang Suami Dia Buat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hm x tau nak luah kat sapa lagi, xda tempat nak meluah. saya & suami saya adalah pasangan muda. ya benar kata ibu saya jgn terlalu berharap. macamni kisah ny, saya & suami x lagi tinggal sebumbung lepas saya bersalin..
asalnya lps bersalin 7 bulan yg lepas, sptutnya saya berpantang di rumah mertua..tetapi ibu sya tlh membawa saya balik atas sebab diri saya yg tgh berpantang x terjaga. masa saya berpantang kat sana, makanan tenghari xda siapa yg sediakan..
baju saya & bby suami langsung x hiraukan..air mandi bby saya yg sediakan dari hari pertama berpantang semua ny a dari z saya lakukan sendiri. suami saya ni baran orgny, masa sy mengandung dulu dia dah buat macam macam kat perut saya yg tgh sarat. dia dra saya dari segi fizikal & mental sjk saya mengandung lagi.
oleh sbb ibu saya x tahan tgk saya x terurus masa pantang, dia bawa saya balik sampaikan mak cik saya sanggup dtg dari jauh & berpisah skjp dgn suami dia untuk menjaga saya & bby dlm pantang..alhamdullilah urusan berpantang terjaga. tapi, hari2 suami saya dok sindir dok kritik saya x nak balik rumah mertua..masalahny sekarang ni suami saya sendiri x nak tidur rumah family saya. saya sedih sangat2 sbb dulu masa syg preggy saya yg bbysit anak buah saya..tpi masa sya pantang, diorang x pedulikan langsung saya & bby.
44 hari pun berlalu & saya serta bby pun balik atas desakan suami saya..nak tau kenapa dia dok desak? sebab dia cuma nak bersama!!!!! Allahu, saya x kuat…4 hari balik rumah mrrtua, saya masatu tgh kemas2 rumah suami saya jaga anak dlm bilik…
kebetulan adik ipar (lelaki) cuti masa tu. nak tau apa jadi masa saya naik atas jengok bby? dia cakap saya menggatal dekat bawah. dia cakap saya jual ttk dgn adik dia. sdgkan saya cuci & sidai baju kmi bertiga, masak & buat air sbagainy..x cukup dgn tu, dia pergi kasari perut saya, sampaikan anak saya yg baru berumur sebulan tgh tidur dia letak dlm bakul pakaian! bila saya nak protect anak saya dia ugut guna p1sau nak kasari saya..
saya jadi takut & saya spk * & saya spk dia…sekarang ni kaami x lagi duduk sebumbung sbb saya dah kerja bbysitter pulak jiran mak saya…dia x nak tidur rumah family saya sbb x selesa rumah ni kecil (flat) lagipun mil saya larang dia tidur rumah saya…kerja rumah dia langsung x nak tlg…
haritu anak saya demam dia x nak bwk pegi klinik sbb dia mngantuk nak tidur..dia langsung xda rasa tanggungjawab.bila saya suruh dia hantar saya ke tmpt kerja, dia bagi alasan letih..sampaikan anak saya xda org jaga masa mak saya tgh driving plg lepas hantr saya kerja..Allahu saya x kuat…saya bertahan selama ni sebab ANAK saya…saya x nak dia x merasa kasih syg seorang ayah, walaupun ayah dia x pernah tanya khanar dia.
GAGALKAH SAYA SEBAGAI SEORANG ISTERI? PATUTKAH SAYA BERTAHAN DEMI ANAK SAYA? selama ni saya & bby saya dh ke tahap berdikari sendiri je..semua ny saya buat sendiri…tanggubgjawab saya dia slalu desak saya, tpi dia x miss bagi nafkah sbb takut mak saya marah kat dia sbb slami ni mak saya yg banyak beli brg bby saya bukan dia & keluarga mertua. bli brg bby pun berkira. sampaikan anak saya masuk emergency gara2 dia x bwk anak saya ke klinik. wahai anak, kaulah kekuatan ku.. IBU BUNTU– KRT
Kredit -
Post a Comment