Kehilangan insan tercinta memang memberi tamparan yang hebat kepada mereka yang mengalaminya.Tambahan lagi jika seseorang itu ialah ahli keluarga yang memang rapat seperti ibu dan bapa.
Baru sahaja melalui perkara tersebut, penyanyi, pelakon dan pelawak Achey Bocey telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya pada 22 Mac 2021.
ARTIKEL MENARIK:Ada warganet berpendapat Ruhainies hamil dalam satu gambar. Sekali ini respon padu dari Risteena
Melalui caption:-“Pesanan… yang masih ada… jaga sebaik mungkin… berbakti sebanyak mungkin…cipta memori bersamanya sepadat mungkin.. Percayalah kesannya bukan mungkin tetapi PASTI… AL FATIHAH (HAMZAH BIN SALAM). Video yang dikongsikan tersebut menunjukkan detik-detik Achey bersama bapanya di dalam kereta.
Mereka berbual tentang lagu kegemaran dan Achey dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar bapanya menyanyi. Berdasarkan hantaran berkenaan, Achey menitip pesan buat orang ramai supaya menjaga, berbakti, serta mencipta memori sebanyak mungkin dengan insan tersayang.
Ini kerana kita tidak dapat mengundur kembali masa, hanya kenangan yang boleh dikenang sentiasa. Semoga kita menghargai insan tersayang yang masih ada bersama.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Hotfm
Genap Setahun Pemergian Abam Tiba Tia Isteri Achey Tampil Bersuara Dedahkan Kisah Disebalik Persahabat Bocey. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Persahabatan Mereka.
Genap setahun pemergian Abam Bocey, iaitu pelawak terkenal dari kumpulan Bocey pergi tinggalkan kita semua pada tanggal 10 Februari 2020. Mengingati momen bersama Abam, isteri kepada Achey, iaitu Anne baru-baru ini mendedahkan kisah disebalik persahabatan tiga sekawan itu iaitu Achey, Fad dan Abam menerusi laman Instagram miliknya.
Menulis kapsyen panjang di Instagram @anne_achey : “al fatihah bam.. jarang aku mengarang cerita… nak di cerita perjalanan bocey… aku salah seorang saksi kepayahan, cabaran, liku2 perjuangan serta persahabatan mereka…
ingat lagi awal kemunculan diorang berangan angan nak berada di hati peminat.. syukurnya fad dan abam dapat terima achey walaupun statusnya sudah berkahwin… yela keselesaan diorang masa tu mungkin berkawan dgn yang bujang… aku silap bila sillaturrahim Allah wujudkan dalam hati diorang sangat kuat..
diorang berdua layan aku mcm adik beradik diorang.. maharaja lawak mega pertama minggu yang pertama.. aku ingat lagi… menggigilnya diorang nak berada di pentas besar… masa tu aku ngan @aliputeh_official @angah_rosdi je penyokong diorang…
aku ngan ali redahhh je untuk menjadi penyokong diorang walaupun kerusi penyokong bocey bnyak yang kosong!..kami tak peduli pun .. aku ngan ali akan menjerit tak tentu hala untuk semangat mereka… tapi aku silap… setiap lmparan komedi mereka pada malam itu menjadi air mata gembira buat aku… sbb setiap punch line diorang bergemuruhhhh satu MBSA !!… semua orang suka bocey… sehingga lah penuhhh sekarang orang nak menyaksikan mereka.
dari situ aku mula nampak yang mereka meletakkan sillaturrahim yang hebat antara mereka untuk bersama di mana sahaja.. dengan membawa semangat mencari rezeki di paras yang tertinggi mereka mahukan.. aku kadang2 sebagai isteri achey CEMBURU tgk rapatnyaa diorang ni… tapi aku tau mereka ni bukan sayang antara mereka.. tapi mereka sayang seluruhnya yang berkaitan dengan mereka.. Terima kasih #bocey .. #bertigasementaraboceyselamanya #kitabaikramaisayang”
Anne berkongsi mengenai kisah di awal perkenalan mereka, di mana dia bersyukur kerana Fad dan Abam sanggup menerima suaminya Achey di dalam kumpulan mereka walaupun statusnya sudah berkahwin. “ingat lagi awal kemunculan diorang berangan angan nak berada di hati peminat..
syukurnya fad dan abam dapat terima achey walaupun statusnya sudah berkahwin… yela keselesaan diorang masa tu mungkin berkawan dgn yang bujang… aku silap bila sillaturrahim Allah wujudkan dalam hati diorang sangat kuat..”
Dalam pada itu, Anne turut menceritakan bahawa di awal kemunculan mereka sebagai kumpulan Bocey, hanya dirinya, Ali Puteh dan Angah Rosdi yang menjadi penyokong setia kumpulan berkenaan kerana masih belum ada yang mengenali mereka.
“maharaja lawak mega pertama minggu yang pertama.. aku ingat lagi… menggigilnya diorang nak berada di pentas besar… masa tu aku ngan @aliputeh_official @angah_rosdi je penyokong diorang… aku ngan ali redahhh je untuk menjadi penyokong diorang walaupun kerusi penyokong bocey bnyak yang kosong!..kami tak peduli pun .. aku ngan ali akan menjerit tak tentu hala untuk semangat mereka…
tapi aku silap… setiap lemparan komedi mereka pada malam itu menjadi air mata gembira buat aku… sbb setiap punch line diorang bergemuruhhhh satu MBSA !!… semua orang suka bocey… sehingga lah penuhhh sekarang orang nak menyaksikan mereka”
Sanggup redah menjadi penyokong tetapi nampaknya perkara itu tidak sia-sia kerana kumpulan Bocey kini telah berjaya menempah nama di hati peminat mereka. Sudah bertahun melihat susah senang, suka dan duka kumpulan Bocey, Anne kagum dan cembru melihat persahabatan yang dibina mereka bersama.
“dari situ aku mula nampak yang mereka meletakkan sillaturrahim yang hebat antara mereka untuk bersama di mana sahaja.. dengan membawa semangat mencari rezeki di paras yang tertinggi mereka mahukan. aku kadang2 sebagai isteri achey CEMBURU tgk rapatnyaa diorang ni… tapi aku tau mereka ni bukan sayang antara mereka.. tapi mereka sayang seluruhnya yang berkaitan dengan mereka..”
Kami juga turut merindui keletah Abam. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Instagram Anne Achey
Sumber : https://www.hotfm.com.my/
Genap Setahun Pemergian Abam Bocey. Mengejutkan Ini Yang Hidayah Lakukan Buat Ramai Yang Tak Sangka.
Kuala Lumpur: Balu Abam Bocey, Nurhidayah Mohd Ali akan sedekahkan mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai HidayahAbamHamzah miliknya di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jalan Tebedu, Sabak Bernam esok bagi memenuhi niat dibuat ke atas suaminya yang pergi menghadap illahi pada 10 Februari, tahun lalu.
Nurhidayah ketika dihubungi berkata, disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tidak dapat membuat majlis tahlil buat suaminya itu.
“Esok, genap setahun Abam pergi tinggalkan kami. Memandangkan penularan C0vid-19 dan masih PKP, saya tak boleh buat majlis tahlil untuknya. Jadi, saya ada tempah mi kari dan bihun sup daripada adik, Mohammad Zainuddin Mohd Ali dan adik ipar, Nor Farhana Nordin untuk sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya esok.
“Saya sudah niatkan untuk suami, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan serta abang-ababg saya iaitu Rosli, Azmi dan Ismail Mohd Ali. Semoga mereka di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Sabak Bernam.
Nurhidayah mengakui, banyak liku dan cabaran hidup harus dilaluinya selepas Abam tiada, namun dia bersyukur Allah membantu mempermudahkan segala urusannya. “Alhamdulillah, Allah ada. Walaupun terlalu banyak liku dan cabaran hidup saya sepanjang setahun selepas ketiadaan Abam, semuanya Allah permudahkan. Terima kasih kepada mak, abah dan keluarga.
“Selain itu, pada semua yang sentiasa menyokong saya, memberi kata-kata semangat, selalu mendoakan yang baik-baik untuk saya dan anak, termasuk buat suami. Semoga segala doa yang baik-baik daripada kamu semua, berbalik pada kalian semua juga,’ katanya.
Abam pergi menghadap illahi di rumahnya, tahun lalu selepas dua hari mengalami d.emam. Abam tinggalkan balu dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, kini berusia setahun tujuh bulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: mykmu
Tak Ziarah Tak Bermakna Dia Lupa. Lama Menyepi Tiba Tiba Noor Hidayah Tampil Buka Mulut Luahkan Sesuatu Sempena Hari Lahir Abam. Apa Yang Diluakan Buat Ramai Yang Sayu.
KEHILANGAN suami tersayang hampir setahun lalu tidak mematahkan semangat balu Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 29, yang terus berjuang membesarkan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah al-Juffrey.
Hidayah berkata, biarpun kini bersendirian, dia tetap ditemani semangat Abam dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukannya. “Kekuatannya, keberaniannya dan semangatnya ku pinjam… Ku akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayatku masih ada dan menjadi bidadarimu hingga ke akhirnya,” katanya.
Hidayah meluahkan perasaanya sempena hari jadi ke-33 Abam pada Selasa. Sementara itu, Hidayah berkata, dia sentiasa mengirimkan doa dan tidak pernah sesekali melupakan biarpun tidak mengunjungi pusara suaminya itu.
“Tidak semestinya tidak pergi ke tempatmu, ku lupakan mu… Tidak, setiap masa, setiap saat dan setiap detik tidak pernah ku lupa. “Akan ku selitkan namamu dalam doaku dan setiap sujudku. Al-Fatihah untukmu imamku, Syed Umar Mokhtar,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hidayah yang kini mengusahakan kedai makanan di Sabak Bernam, Selangor juga berjanji untuk menjaga dan membimbing anak mereka menjadi anak soleh yang akan sentiasa mendoakan bapanya.
“Syed Uthman Hamzah, harta yang tidak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh. “Bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayahmu… “Ku akan terus kuat dan teuskan perjuangan untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama,” katanya.
Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pergi menghadap illahi akibat demam panas pada 10 Februari tahun lalu di kediamannya di Gombak, Selangor. Abam tinggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun.
Lepas Achey Kali Ni Ali Puteh Pula Tampil Bersuara Dedahkan Rutin Keluarga Kalau Hari Lahir Abam. Rupanya Ini Yang Selalu Keluarga Buat Kalau Hari Lahir Abam.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Allahyrham Abam Bocey yang ke-33, pelawak Ali Puteh menitipkan ucapan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya. “Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, menyatakan sudah menjadi rutin keluarganya untuk keluar makan bersama di sebuah restoran mamak.
Walaubagaimanapun, momen itu tinggal kenangan kerana kini dia hanya mampu sedekahkan doa “Jika kamu masih ada Genap harini umur kamu 33 tahun insan yang bergelar abang. “Setiap kali hari lahir sapa-sapa ja adik beradik kita mesti open table kedai mamak ja satu keluarga.. cara kita.
“Tapi sekarang semua hanya kenangan abang. Kau dah takda di dunia ni hanya doa yang mampu kami kirim buat mu abang. “Esok lusa kami pula menyusul kamu di sana. Semoga tenang di alam sana abang,” tulisnya. Dalam pada itu, akui Ali, abangnya seorang insan yang sangat baik, justeru ramai orang turut sama berduka saat mengetahui berita pemergiannya pada 10 Februari tahun lalu.
“Kau orang yang baik dan tersangat baik pada semua orang. Pemergian kau semua orang tangisi.’ “Setiap perbuatan orang pada kau Allah akan balas nanti abang.. Cukup lah hanya kami yang tahu apa yang terjadi pada kau. “Allah Maha Adil dan Maha Kaya.. Cukup Allah membalasnya nanti. Selamat hari jadi abang. Doa ku kirim buat mu, berjumpa kita suatu hari nanti,” tulisnya lagi.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan pergi menghadap illahi akibat demam panas di kediamannya di Gombak, Selangor. Abam tinggalkan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali, 29, dan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tujuh bulan.
Sumber: GEMPAK
Genap Usia Abam 33 Tahun. Sekali Achey Tampil Buka Mulut Luahkan Sesuatu Pasal Abam Buat Ramai Yang Sebak.
Tanggal 10 Februari 2020 merupakan tarikh yang sangat mengejutkan buat peminat dunia hiburan apabila pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan telah pergi menghadap illahi di usia 32 tahun.
Pemergian Abam telah tinggalkan kesan yang sangat besar kepada ahli keluarga serta ahli kumpulannya iaitu Bocey yang terdiri daripada Achey serta Fad. Bersempena dengan ulang tahun Abam yang jatuh pada 19 Januari, sebagai sahabat baik, Achey telah memuat naik sekeping gambar Abam berserta caption yang menyayat hati.
Achey telah menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang sedang terjadi di sini yang mana kita semua sedang menentang virus Covid-19. “Rumah’ kau makin cantik… Haritu aku dengan Fad dan Sya dapat laa singgah jap… Sebelum PKP balik.. Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda.. Mesti borak pasal kau..” Dalam masa yang sama, Achey turut mengatakan bahawa semua orang masih lagi mengirim doa kepada Abam walaupun kini kita semua berada dalam keadaan yang sangat genting.
Ruangan komen laman Instagram Achey dihujani dengan kata-kata semangat daripada ramai peminat Abam. Semoga Abam dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Selamat Hari Lahir yang ke-33, Abam! ‘Gemok is awesome!’
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: HOTFM
Muat Naik Gambar Bersama Ibu Dan Abam. Sekali Ada Warganet Yang Komen Negatif. Mengejutkan Selamba Je Ali Respon Dengan Komen Tu Buat Warganet Terkedu.
”Rindu saat ni…mak masih di hspital sekarang ni dan masih belum sedar dari tidur…doakan semoga mak sembuh ye,” Demikian perkongsian pelakon dan pelawak Ali Puteh, 31, yang meluahkan rasa rindu terhadap dua insan tersayangnya iaitu ibu, Sabariah Arshad dan abangnya, Abam Bocey.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan sudah lima hari dia tidak bertemu ibunya yang kini dirawat di hospital. ” Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh. Tak ada apa yang mampu, selain doa untuk mak kembali pulih.
” Lima hari dah mak di hospital dan kami belum dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dah abang pergi. Tengok gambar ini, terasa macam baru semalam kami semua bersama,” tulisnya. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, pergi menghadap illahi pada 10 Februari lalu di kedimannya di Gombak, Selangor.
Menurut Ali lagi, begitu kuat ujian Allah SWT buat dia dan keluarga. Ujarnya, dia tetap percaya Allah uji tanda sayang dan terus istiqomah kepada-Nya. ”Kuat ujian Allah pada kami. Tapi, saya percaya Allah uji tanda sayang. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye,” katanya.
Terdahulu, Ali juga membuat perkongsian di Instagram memaklumkan ibunya, Sabariah, 63, dikejarkan ke bahagian kecmasan Hopital Selayang disebabkan sakit as-ma sejak Khamis lalu. Ali berkata ibunya masih ‘ditidurkan’ kerana perlu berehat berikutan mengalami as-ma yang ter-uk dan menggunakan alat bantuan pern4fasan.
Warganet dakwa Ali Puteh ‘crop’ gambar Hidayah
Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, Ali yang memuatnaik gambar dia bersama isteri, ibunya dan Abam, segelintir warganet telah mempersoalkan gmbar tersebut. Berdasarlan laporan Cari Forum, Ali difahamkan telah meng’crop’ gambar asal tersebut yang sepatutnya ada Hidayah bersama.
Ia terbukti apabila foto asal yang jelas kelihatan wajah Hidayah terpapar di sebelah Abam Bocey. Susulan dari itu, ada beberapa warganet yang menulis komen berkenaan perkara itu.
Ali ‘bertek4k dengan warganet
Namun sesetengah komen dijawab semula Ali dan timbul ‘perdebtan’ yang tidak dijangka antara Ali dengan individu terbabit. ”Saje mengundang.. macam la takde gambar ampa 1 family yang lain.. kebudak-budakan la,” tulis Eyka.
Namun komen itu menimbulkan rasa kurang senang Ali apabila dia memberi respon mngejutkan pengikut-pengikutnya. ” Pegi pikir anak tu dah lah..kang kebulur tak mkn plak dri menyibuk hal org…bod#h. ” B#ngang kau ni menyibuk hal org…kalau aku jadi laki kau sekarang aku lepaskan orang bod#h macam kau ni… keje menyibuk hal org…” balas Ali.
” Cakap baik pon bukan elok kan..meh cakap kasar…kau jela boleh cakap kasar aku tak boleh??” balas Ali lagi. Disebabkan komen balas Ali itu, beberapa warganet lain menasihati Ali supaya bersabar dan tidak memberi reaksi terhadap warganet.
Namun ada juga warganet membalas semula dan sengaja menimbulkan provkasi. Susulan itu, Ali meminta individu terbabit agar tidak sewenang-wenangnya mengkritik beliau sekiranya tidak mahu dikec4m balik. Dalam pada itu, menerusi perkongsian sama, beberapa rakan artis mendoakan ibu Ali agar segera sembuh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://limauais.pw/2020/12/23/ali-beri-respon-kepada-pengikut/
Ramai Yang Tak Suka. Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Isteri Ali Puteh Tampil Bersuara Bongkarkan Perangai Ali Yang Ramai Tak Tahu. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Perangai Dia
JIKA dilihat menerusi cara penulisannya membalas komen warganet di laman sosial, pasti ramai yang menyangkakan pelawak Ali Puteh seorang yang bersikap garng dan tegas. Berkongsi mengenai karakter sebenar Ali, isteri iaitu Melati Fitri mendedahkan suaminya itu seorang lelaki yang berprinsip dalam kehidupan dan tidak mudah berputus asa mengejar impian.
“Awak rasa dia macam mana? Ramai yang kata dia garang tapi tak la sangat sebenarnya. Dia mengurat saya masa sekolah-sekolah dahulu. “Dia punya prinsip… selagi dia tak dapat selagi itulah dia akan try! Akhirnya Alhamdulillah sampai sekarang diberikan amanah dari-Nya yang tiada nilainya iaitu si tanje, adik Ainul dan adik Syed buat masa ini,” tulisnya.
Melati berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram.
Melati jawab pertanyaan seorang peminat di Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, individu itu ingin mengetahui perangai sebenar adik kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan cara Ali memikat hati isterinya masa awal perkenalan. “Ali tu seorang yang kelakar atau serius di luar? Macam mana dia mengurat sis?,” tanya individu berkenaan. Sebelum ini, Ali terpalit dengan pelbagai kontrversi membabitkan dirinya dan dia juga dilihat lantang bersuara di media sosial.
Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun. Pada 25 September lalu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata ketiga yang diberi nama Syed Umar Iskandar.
Tahun lalu, anak kedua mereka iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan pergi menghadap illahi akibat komplikasi jantung. Manakala, Abam pergi menghadap illahi di rumahnya di Gombak pada Februari lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
Muat Naik Foto Dengan Nak Tapi Ada Komen Individu Ini Harapkan Ank Ali Jangan Ikut Perangai Dia. Sekali Ali Puteh Balas Balik Buat Warganet Terkedu.
Tetapi kesan yang ditinggalkan sebelum itu masih kekal. Jika anda lihat ramai yang menyokong Ali Puteh tetapi tidak kurang ramai juga yang membenci Ali Puteh. Di dalam akaun instagram Ali Puteh sendiri sudah biasa dia menerima kritikan atau komen yang bukan bukan setiap kali Ali Puteh memuat naik sesuatu.
Baru baru ini Ali Puteh telah memuat naik satu gambar bersama anak dia yang masih bayi. “My king… syed umar iskandar…” itu lah kapsyen yang digunakan oleh Ali Puteh. Seperti biasa pasti ada warganet yang akan tinggalkan komen negatif tetapi komen kali ini melampau kerana ia menyebut nama anak Ali Puteh.
“Hope dia tak ikut perangai ali. Ali tidak berdiam diri dan dia memberi respond dan mengikut nada komen Ali sememangnya dalam keadaan marah dan tidak puas hati kepada individu tersebut. “mulut jage sikit…jgn main bangst kat sini…anak aku kau kate tu…ingt ehhh jangan bangst kat sini…aku pesan lagi skali..anak aku kau kate tu…kau bgus sgt ke??esok ank kau tu pulak…jgn main bangst eh melayuu” – Ali Puteh
Ali juga membalas satu komen @umie846 dimana dia telah menulis “kemana tumpah nye kuah” “Dah tua2 mulut jage sikit makcik..makan penampr mulut tu pecah nnti…jgn kate anak aku makcik…esok makan penmpar lurus mulut tu makcik…g sembahyang doa panjang umur..esok2 nk mti dah..g jge amal lagi baik dri mengata sane sini makcik…ingt ehh mulut jage makcik…mau aku sental ngn cili api nnti” Bapa mana yang tak marah bila anak sendiri dicakap bukan bukan. Sebelum tulis tu fikir la dulu.
Artikel By: AwatttSyeikhh Network
Sumber via Transformasi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Genap 9 Bulan Abam Pergi Menghadap Illahi Ali Puteh Dedahkan Abam Muncul Dalam Mimpinya. Mengejutkan Abam Datang Dalam Mimpi Dalam Keadaan Macam Ni.
GENAP sembilan bulan berlalu, adik kepada pelawak Abam Bocey iaitu Ali Puteh berkata masih ramai yang datang menziarahi abangnya. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berkata, kasih sayang terhadap abangnya itu masih kuat biarpun dia terpaksa menerima pelbagai kritikan dan hinaan sejak pemergian Abam.
“Hari ini 10 hari bulan… genap sembilan bulan pemergianmu abang… kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. “Biar apa orang kata… orang hina pekakkan telinga kerana apa pun terjadi kita tetap adik-beradik. Mereka tidak tahu apa-apa perihal kita.
“Hanya kita sekeluarga yang tahu. Maafkan sajalah mereka semua yang hina kita,” kata Ali. Pelawak berusia 31 tahun itu memuat naik foto kenangan Abam dipeluk erat oleh ibunya iaitu Rosbiah Arshad di Instagram. Sebelum ini, Ali terpalit dengan kontroversi melibatkan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah selepas Abam pergi menghadap illahi pada Februari lalu.
Semenjak konflik antara mereka menjadi perhatian, Ali yang juga seorang pelawak terpaksa berdepan dengan kritikan dan hinaan daripada warganet di laman sosial. Menerusi laporan mStar pada 28 Februari lalu, Ali mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej kritikan gara-gara kontroversi tersebut.
Dalam pada itu, anggota kumpulan lawak Puteh ini memberitahu dia didatangi Abam dalam mimpinya pada malam Isnin lalu. Dia juga meitipkan doa kepada Abam agar ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami… senyum saja kau. Semoga tenang di sana ya bang. Mak sihat Alhamdulillah dan semua sihat. “Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ya kat sana,” ujarnya. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed pergi menghadap illahi akibat demam panas pada 10 Februari lalu.
9 Bulan Dah Abam Pergi Menghadap Illahi. Ali Muat Naik Foto Pergi Melawat Psara Abam. Tiba Tiba Ada Individu Tanya Pasal Balu Abam. Mengejutkan Ali Selamba Je Boleh Jawap Macam Ni.
Hampir genap sembilan bulan pemergian pelawak popular Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey yang pergi menghadap illahi di kediamannya di Gombak pada 10 Januari lalu. Berita tersebut telah mengejutkan seluruh industri hiburan tanah air di mana Abam ketika itu dikatakan berada pada kemuncak kariernya.
Adik Abam , Ali Puteh adalah individu terawal yang berkongsi berita tentang pemergian abangnya itu. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika itu mengesahkan abang tercinta pergi mngadap Ilahi kerana dmam panas.
Suasana sedih dan sayu mengiringi pemergian Abam di Sungai Pusu, Gombak pada petang hari yang sama. Dianggarkan kira-kira 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Abam yang selesai diuruskan kira-kira pukul 7.30 malam. Sejak itu juga orang ramai tidak putus-putus menziarahi Abam yang dikatakan sering membantu golongan kurang bernasib baik sewaktu hayatnya.
Ali luah rindu pada Abam Bocey
Ali Puteh sendiri sering berkongsi luahannya di Instagram merindu abangnya itu. Dalam perkongsian terbaru, Ali memuatnaik gambar Abam sewaktu berkunjung dan menjenguk Abam. ”Tadi sempat melawat kau abang. 9 bulan dah kau pergi… rindu teramat sangat pada kau..dapat jenguk kau tadi…
” Mak sihat alhamdulillah..semua sihat…tenang disana ye bang…pergi itu benar…akhirat itu benar., berjumpa kite suatu hari nanti,” tulis Ali Perkongsian Ali mendapat reaksi warganet yang turut merindui Abam dan turut sama menitipkan doa buat Abam.
Warganet tanya soalan ‘panas’, kaitkan dengan Hidayah?
Namun dalam ramai-ramai memberi komen murni, terselit satu komen seorang individu yang sengaja bertanyakan soalan ‘panas’ kepada Ali. ”Minah tu ada datang tak ? Ke datang sebab harta ja” tulis individu terbabit yang dipercayai merujuk kepada Hidayah, balu Allahyrham Abam.
Soalan individu terbabit telah dijawab oleh warganet lain yang memintanya agar tidak masuk campur hal keluarga orang lain. ” Dah memang hak isteri..harta tu…apesal pulak dah”, balas seorang warganet. Namun apa yang jadi tumpuan, soalan itu mendapat reaksi balas dari Ali Puteh sendiri. ” Tak pernah jenguk pon…harta dia tau lah,” balas Ali ringkas.
Ali turut membalas komen warganet lain yang dilihat cuba membela Hidayah dengan mengatakan Hidayah mempunyai hak ke atas harta Abam. ” Tak baik gitu…kalau rasa macam takde benda penting nak cakap tak payah komen…sebab anda bukan dalam ahli keluarga kami jadi anda tak mengetahui apa terjadi… jadi lebih baik jangan ambil tau takut jatoh ftnh nanti,” tulis Ali lagi.
Isu membabitkan Ali Puteh dan balu Abam, Nor Hidayah sememangnya hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu. Pihak admin berharap suatu hari nanti Ali dan Hidayah dapat melupakan segala perbezaan pendapat antara mereka dan semoga hubungan mereka kembali jernih.
Sumber: IG Ali Puteh via limauais
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Letak Nama Ank Sama Macam Nama Abam. Sampai Macam Ni Sekali Respon Mak Ali Puteh Bila Cucu Nama Seakan Nama Abam.
Awal pagi ini, pelawak Ali Puteh berkongsi berita gembira dan mengucapkan rasa syukur tidak terhingga selepas isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka. Isteri Ali, Melati selamat bayi lelaki seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.42 pagi tadi (Jumaat) di sebuah hospital bersalin swasta di Ampang. Selain memuatnaik hantaran di Instagram, Ali turut berkongsi berita tersebut kepada Gempak dan memberitahu, bayi lelaki dan ibu berada dalam keadaan sihat.
Diberi nama sempena nama Abam
”Alhamdulillah, Melati selamat lahirkan bayi ketiga kami. Bayi dilahirkan secara normal dan berada dalam keadaan sihat bersama ibunya. ”Saya bersyukur urusan dipermudahkan dan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan Melati dan anak,” katanya.
Ali turut menjelaskan dia dan isteri sudah memiliki nama buat putera mereka itu dan memilih untuk menamakannya sebagai Syed Umar Iskandar.” Memang dari awal saya nak nama Abam ada. Jadi saya ambil Umar itu. Ingatan kami terhadap Abam tidak pernah pudar. Umum mengetahui nama sebenar Abam adalah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.
Emak Ali tidak berhenti menangis selepas dapat berita kelahiran Umar
”Sebaik sahaja Umar Iskandar dilahirkan, saya sebak…Emak juga tidak berhenti menangis sejak saya kongsikan berita kelahiran Umar. ”Pastinya Abam orang yang paling sibuk saat ini kalau dia ada…Sebab sebelum ini pun memang begitu, teringat pula keletah teruja Abam saat ini,” katanya sebak.
Ali memberitahu dia membawa isteri ke hospital petang semalam selepas Melati mengadu sakit, namun pulang semula ke rumah kerana bukaan rahim baru 2cm. Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 malam Ali kembali ke hospital kerana isterinya mengadu rasa saakit datang dengan lebih kerap.
Pelawak yang juga adik kepada Abam itu kemudiannya menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp kepada gempak pada jam 4.48 pagi, berkongsi tentang bayi lelakinya itu. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati Fitri Abdullah berkahwin pada Mei 2016.
Hasil daripada perkahwinan tersebut Ali dan Melati dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang pergi menghadap illahi selepas tiga bulan dilahirkan. Sharifah Nur Ainul Mardhiah, menghembuskan nafas terakhir akibat kmpilasi jntung, kira-kira jam 11.30 pagi, 25 November 2019.
Difahamkan anak perempuan Ali yang dilahirkan pada 6 Ogos 2019 itu dikesan berdepan masalah sakit jntung terbalik dan jntung berlbang. Kelahiran Umar ini adalah genap selepas 10 bulan pemergian Ainul Mardhiah.
Sumber asiakini via apampink
Post a Comment