Foto sekadar hiasan. Kecoh di laman sosial harini, perkongsian dari seorang isteri yang sedang menanti detik pernikahan suaminya dengan bakal madu di negara gajah putih pada hari esok.Lebih mengejutkan, kebiasaannya pasangan yang melangsungkan pernikahan di luar negara adalah kerana untuk menyembunyikan perkahwinan dari isteri pertama. Namun lain pula untuk wanita ini.
Sebaliknya, dialah yang menyiapkan semua kelengkapan si suami sebelum berangkat pergi. Sungguh tabah. Ikuti luahan wanita ini dibawah.Suami bernikah lagi, esok.Saya kini sedang diuji oleh Allah. Suami saya kini berada di negara gajah putih sedang menghitung waktu untuk bernikah dengan isteri kedua esok pagi.
ARTIKEL MENARIK:Dapat suami penoreh getah je isteri pula pegawai gred 41. Isteri luah suami tak mampu nak bagi nafkah lebih sampai make up pun beli kedai 2 ringgit je. Tapi bila suami nak buat benda ni isteri pula tak bagi.
Saya baru 28 tahun masih muda dan cantik. Tapi perlu memilih samada berpisah atau dimadukan.Walau berkali suami mahu berpisah… Tetap saya pertahankan, saya halang mulutnya dari terlafaz.Saya tidak mahu anak saya mempunyai ‘broken family’.Dalam air mata, Saya izinkan suami nikah lagi.
Kurang 24 jam iaitu esok pagi akan rasmi lah saya berkongsi kasih suami. Namun, saya masih bersyukur dan gembira masih bergelar isterinya, masih diberikan peluang berkhidmat sebagai isteri.Saya sendiri yang izinkan suami berkahwin lagi. Entah dari mana kekuatan Allah hadirkan dalam diri. Suami meminta saya menolongnya pack luggage.
Ya, isterinya ini yang seterka baju nikah kami dulu untuk suami pakai menikah sekali lagi esok! Saya siapkan samping songket, lengkap dengan butang baju melayu.Begitu juga baju-baju kemeja dan seluar kerja sebanyak 6 pasang untuk seminggu suami saya akan bermalam di rumah isterinya yang kedua nanti.
Pagi tadi, saya sebagai isteri yang menghitung detik suami menerima akad perempuan lain.Menolong suami sangkut kan baju nikah kami tu di dalam kereta. Ohhh kuatnya hati ini. Tanpa setitis air mata pun jatuh.Saya menghantar suami saya ke kereta dengan senyuman, gurauan, mood dan muka yang ceria.
Suami minta maaf, sebak.Suami yang awalnya saya rasakan tiada perasaan, tidak peduli pun saya ada atau tidak tetiba menangis memelok saya selepas saya salam, ciom dan kucup tangannya dengan begitu lama.Lebih lama kucupan ini dari kucupan semasa pernikahan kami 4 tahun yang lepas. Suami meminta maaf. Saya maafkan, saya minta dia ampunkan segala d0sa saya selama saya ini.
Saya mohon suami doakan saya kuat, kerana saya tahu saya tidak kuat sebenarnya. Tiga hari lepas saya sudah puas menangis hingga kering tiada air mata lagi mahu dititiskan.Saya sedang kuatkan hati dan memikirkan kenapa saya yang terpilih menerima ujian ni. Mungkin Allah nak saya rehat, manjakan diri, ada ‘me time’,
Tabah dengan ujian tuhan.Mungkin Allah rindu pada saya.. Rindu saya sujud padanya merintih dan meluahkan segalanya di atas sejadah.Allah… Al-Quran dirumah pun sudah berhabuk. Manusia yang selepas diuji selalunya menjadi lebih baik dan sentiasa sedar diri.
Saya mohon doakan saya kuat. Kuat berperng dengan em0si sendiri.Saat ini, saya seorang isteri yang sedang diuji dengan tsvnami cmburu yang maha hebat.Doakan ikatan suami isteri kami berdua kuat. Doakan saya dikurnia kesabaran yang tinggi untuk menempuh hari mendatang.
Reaksi warganet.Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Seperti dijangka, isu melibatkan suami kahwin lagi pasti mendapat kritikan dari ramai wanita. Namun ada juga yang sebaliknya. Lihat apa kata mereka.
Nur Lailatul –Terima kasih mengajar wanita lain untuk tabah dan redha serta cekal. Moga Allah menghadiahkan senyuman yang mekar sepanjang bergelar isteri yang pertama.Don Luffy –Kalau isteri mintak berpisah tu normal, tapi bila suami yang dah ringan mulut nak berpisah, maknanya kau dah takde nilai sebenarnya.
Bagi aku laki macam ni tak normal pun. Elok je berpisah.Nur Atiqa –Nafkah diri dan anak jangan sesekali buat pejam mata selepas esok. Awakk bagi greenlight pada suami, bukan makna awak buka ruang pada suami untuk aniaya hak awak dan anak2 juga dan pula lepas ni. Nak jadi baik pun, biar bertempat.
Nur Aini –Suami puan dah cari bahagia dia sendiri dan bahagia dia bukan puan. Saya rasa better puan juga cari bahagia puan.Yang pasti bukan bersama suami puan sekarang. Dengan keadaan sekarang belom tentu anak2 puan akan dapat kasih sayang ayahnya.Ahsana Nadiyya –Klisenya alasan. Sesungguhnya saya bosan mndengar luahan isteri pasrah padahal dia ada pilihan yang lebih baik.
Daripada simpan jantan tu, baik la terbang bebas. Dunia Allah ni luas sis. Explore la bumi ciptaan tuhan ni dengan positif.Naa Hanafi –Situasi ni sebab dia terlalu sayangkn suami dia. Cinta mti dia kat suami dia tapi suami dia tak cinta sangat pun kat dia.So situasi bila kita terlebih sayangkn orang, nak pisah tak leh sedangkn suaminya sanggup je berpisah dengan dia.
So mybe dia cuba kuatkn diri, umpama barang yang tak dihargai tapi try hard untuk jadi barang yang dihargai. Memang payah sangat la.Dia yang memilih untuk hidup dalam airmata, lepas ni bila laki dah kawin lain maka bermacam lah lagi drama dari pihak belah sana dia akan terima.Tapi itula bila dah terlebih sayangkn orang macam ni la. Merugikn diri sndiri, tapi itu pandangn kita. Bagi dia, dia puas dan rasa hebat dapat berjuang untuk terima madu.
So biarlah dia dengan pilihan dia. Hope pilihan dia untuk bertahan dapat tempah tiket ke syurga untuk dia, jangan tergelincir la coz hidup bermadu ni banyak kena sabar lagi2 situasi madu dia yang laki dia lebih sayangkn dari dia. Gudluck.Masrurah Shuhaimie –Saya tak faham, pisah saja kah pilihan yang ada sedangkan dia sendiri pilih untuk dimadukan? Ingat kawan2, berpisah tu perkara halal yang dibenci tuhan.
Kita tak tau pon cerita disebalik cerita ne. Perempuan ne pilih untuk tutup aiib dia suami isteri jangan kita memandai2 mereka cerita..Cakap pandang kiri kanan. Takut yang kita cakap ne berbalik ke diri sendiri.. Been there, tasted my own med1cines..Dia tak mintak apa2. Dia cuma minta doa dari kita.– Mira (Bukan nama sebenar).
Kami doakan supaya Mira tabah dengan ujian yang sedang dihadapi. Moga keputusan yang dipilihnya tepat dan semoga si suami tidak sesekali mengabaikan isteri pertama dan anak selepas sah bernikah dengan isteri baru pada hari esok.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.
Suami Tak Pernah Tinggal Solat Dan Jujur Dia Pernah Buat Sesuatu Yang Negatif. Satu Hari Secara Mengejut Suami Halau Isteri Pergi Dan Ini Sebabnya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Ni kisah benar aku. Usia aku lewat 20an. Bekerja di bahagian pendidikan. Baru tahun lepas (2019) aku dilepaskan atas alasan “Tiada kesefahaman” sedangkan baru 2 hari sebelum tu dia ‘bersama’ aku. Alasan yang aku tak boleh terima langsung tapi aku setuju. Tak nak brbalah di mahkamah pun sebab walaupun aku brbalah, akan datang jadi sama juga.
Aku dan K kenal melalui keluarga. K tua atas aku setahun. Kenal sebab family family yang kenalkan. Singkat je kenal sebab tahu dia baik dari family kan. Tengok family K baik. First jumpa dengan family. Second jumpa lepas 8 bulan masa K ajak bertunang.
Aku terima sebab K anak yang baik. Walaupun kerja dia tak tetap masa tu, aku terima sebab tahu K berusaha jadi lebih baik. Family aku pun terima sebab K cakap elok elok dia nak kukuhkan diri. Walaupun aku jenis perempuan yang jaga maruah diri, aku masih terima walaupun K mengaku dia pernah terlanjur sebelum ni. Cuma bagi aku, tak apa selagi K dah berubah. K kata dia tak pernah tinggal solat. Walaupun lepas terlanjur tu, dia menyesal menangis nangis lepas tu. Kata dia la.
Lepas setahun, kami berkahwin. Aku bahagia. K lelaki yang baik. Solat tak pernah tinggal. Bila ada masa, dia jadi imam aku. Ajak mengaji. Aku tak nampak kurangnya K sikit pun. Cuma sikit sikit K mula ceritakan kehidupan dia.
Pada 3 bulan pertama, aku dapat tahu K pernah ada anak luar nikah tapi dia minta perempuan tu buang anak tu. Aku terkejut. Sebab selama ni K tak pernah cakap. Tapi dalam merajuk aku pun, aku tahu tak patut sebab hal lama.
Tu lama lama tahu perbuatan K pernah bersama bekas bekas dia. Tak pernah miss buat benda tak sennoh kat fon, video bukan bukan. Walaupun dengan bekas yang muda baru lepas SPM dia pernah couple dulu pun, dia pernah buat macam tu. Tapi atas alasan DIA NAK BERUBAH DAN DAH BERUBAH, aku lupakan.
Tapi lama lama aku perasan aku agak insecure sejak tu. Bila aku check history phone K, penuh laman tak senonoh walaupun malam yang sama kami baru bersama. Aku kata kalau tak puas atau apa apa, bagitahu. Tapi alasan K. DIA DAH TERBIASA TENGOK walaupun dia puas. Nanti dia berhenti la tengok.
Sebongok bongok perempuan, tak ada siapa pun rela suami dia tengok badan perempuan lain kan even perempuan tu dia tak kenal. Cuba kalau kita perempuan tengok badan lelaki lain, kalau suami tak jeles memang something wrong la kan.
Dan K masih solat macam biasa. Tak tinggal solat. Sampai 1 tahap aku check mesej mesej lama facebook dia, penuh dengan mesej tak senonoh dekat ramai gadis. Aku mesej sorang sorang pakai facebook aku mintak maaf atas perbuatan dia. Bila aku cakap dekat K, dia kata benda lama. Jangan ungkit. Dan aku pun turut je. Diam. Sikit pun tak pernah bagitahu sesiapa.
Aku mengaku aku betul betul sanggup berkrban jadi isteri solehah. Pindah negeri, habiskan elaun kerja yang lama dekat negeri asal, pindah ikut dia. Bila pindah tak dapat kerja pula. Duduk dengan family dia sedangkan ada je rumah sendiri. Alasan kena temankan family dia sedangkan family dia ramai je kat rumah tu. Jenis family mertua biasa la. Dengan kita cakap elok elok. Kata kita menantu yang baik.
Tapi bila sesama dieorang, ada je benda bukan bukan kita kena. Tapi aku diamkan. Adat menumpang. Busuk ke wangi ke, jadi isu. Aku pun buat macam orang menumpang la. Masakkan untuk dieorang, basuhkan baju walaupun ada je bujang dalam rumah tu, sidaikan baju semua. Kemas rumah. Takpe lah penat sikit.
Sanggup jaga bila suami sakit (dia senang dapat sakit sikit), masakkan dia bila 2 3 pagi dia lapar sedangkan lauk ada je. Dia nak makan meggi ke apa ke. Masakkan la. Keperluan batin dia walaupun benda aku tak pernah cuba, dia ajar bukan bukan. Aku turutkan sebab isteri kan. Ikut je la apa suami nak. Aku bukan mengungkit tau. Cuma rasa sebak bila semua yang aku buat ni nampak tak berbaloi pun bagi dia.
Sampai 1 hari, K kata dia nak keluar kejap dengan family, tinggalkan aku dekat rumah. Bila K balik. Dia kata, kemas baju, balik rumah mak abah awak. Perghh wey. Hahahaha orang yang takda hati dan perasaan je yang tak nangis. Apa salah aku kena tiba tiba ni. Tapi aku terus jadi tawar hati. Aku kemas. K. Kau baik. Sikit pun tak ada salah kau dekat aku. Tapi apa salah aku sebenarnya. Kenapa tak bincang dengan aku dulu.
Aku balik juga sebab orang dah halau kan. Family aku bengang . Aku cakap tak apa. Orang dah taknak. Dia pun tak ada apa apa kan aku. Dia pulangkan aku sempurna tubuh badan. Lepas 1 minggu, aku dapat surat perpisahan atas alasan tiada kesefahaman. Aku call mahkamah. Kata aku jauh. Tak dapat datang tarikh lafaz talak. Jadi aku setuju je dengan semua apa yang diputuskan.
Pegawai tu kata tak nak tuntut apa apa nafkah ke. Aku kata tak ada. Kami tak ada anak dan aku dah dapat kerja aku balik. Lagipun dia dah taknak. Aku taknak paksa. Sekarang pun sejujurnya aku dah move on lepas 2 bulan kami pisah dulu. Cuma aku terfikir, aku terima kesilapan dia dari sebelum kahwin. Aku terima kekurangan dia. Cerita hal dalam kain aku taknak mention sebab aib dia aib aku juga.
Sekarang aku dapat kerja aku semula, aku pun dah move on, ada orang lain terima aku. Cuma tu la. K baik. Solat tak tinggal, semua elok. Tak pernah duakan aku selama mana pengetahuan aku tapi apa salah aku kena halau macam tu je?
Aku tahu adik beradik kau follow page ni (IIUMC). Aku harap mereka baca sebab bila family kau pun tak halang apa apa bila kau halau aku lepas korang keluar sama, maksudnya ada something yang korang sorokkan. Apa apa pun thanks ye K sebab jaga aku setahun lebih dulu. Aku cuma nak tegaskan. Sebaik mana lelaki tu jaga solat, belum tentu dia suami yang baik. Kalau ada salah isteri korang, bincang la. Please bincang okay.
Reaksi warganet
Norlaila Mohd Din – Pernah tak dengar tanda tanda solat tidak diterima ialah apabila pesolat kekal sebagai pendosa. Tidak bertaubat, menganggap kecik dosa yang dibuat.
Nya Ahmad – Kalau solat tak dapat cegah dia dari kemungkaran, maknanya solat dia tak sempurna. Dia kena cek balik kehidupan dia. Mungkin terlalu banyak benda yang tak senonoh yang dia buat. Pastu taubat,p astu still ulang balik benda tu. Tu salah satu tanda hati kotor. Taubat yang sebenar adalah bila kita tak buat dah benda tu dan berubah ke arah yang lebih baik.
Hazirah Hj Hamzah – Sebab ada pengalaman berkorban jiwa dan raga, sanggup berhenti kerja, pindah ikut ex-husband, sanggup terima orang yang lagi rendah level education, nak jadi isteri yang taat solehah. Tapi finally di buat macam sampah. Saya memang nekad takkan korbankan diri saya untuk sesiapa lagi dah!. Apa yang saya buat sekarang semuanya untuk kebahagiaan saya. Saling bekerjasama tak apa. Kalau bekorban untuk pasangan, itu bukan saya.
Deedee Nas – Pilihan keluarga tidak semestinya baik. Parents ni asal nampak baik sikit mula la cop anak org tu baik sangat boleh dibuat suami. Padahal orang tu boleh ja berlakon baik depan orang tua. Sebab tu harus berkawan dulu kenal betul betul sebelum kahwin. Memang betul solat ni cegah diri dari kemungkaran, tapi manusia jenis begini buat main. Lepas buat dosa besar dia solat, lepas solat malam tu juga buat dosa besar.
Dorg buat main dengan agama sendiri, dah mindset dalam otak buat dosa lepas ni boleh solat, atleast solat. Tak sedar diri tu golongan ni perosak agama sendiri. Ada yang ikut “fahaman” kepala otak sendiri. Tapi tak sedar dorang solat untuk apa? niat dorang? hati dorang yang sombong tu ada Allah ka? kalau ada Allah, khusyuk, dorang tak kan dekat kemungkaran.
Che Max Molex – Allah tegaskan dalam AlQuran solat dapat mencegah kemungkaran dan perbuatan keji. Sekiranya tiada efek dari perbuatan solat tak pernah tinggal itu sendiri, barangkali belum sempurna ia (solat) itu sendiri. Takkanlah Tuhan berbohong dalam ayatnya. Manusia yang berbohong dan hanya omong kosong. Oklah sis, tak payah sedih ok. Move on.
Umayraa Hamdan – Kalau ikut pengalaman aku lah. Pengalaman aku dengan jejantanzzz macam ni, diorang selalu fikir bila dah nikah, dapat ‘nikmat’ halal dan perangai lama boleh berubah. But sebenarnya, habit mereka takkan berubah dan dapat pula isteri tak tegas macam u. U ikut je semua yang dia nak, maksudnya tak dapat ubah dia slowly. Jadi memang dia rasa pernikahan tu tak de bawak apa apa erti untuk dia.
Some more, dia tak mampu pun nak bernikah. Mampu dari segi batin je. The rest he is nothing. Dia sendiri sedar diri dia dan lepaskan awak dengan cara elok. Sebelum dia buntingkan awak. Dia sendiri sedar dia tak mampu nak tanggung segala nafkah. Senang kata, pernikahan tu hanya untuk dia test je. Aku boleh berubah ke tak. Dia sendiri taknak berubah, mengharap pasangan untuk ubahkan dia. Anak yang baik kan katanya? Jenis pak turut. Takde pendirian, apa pun tak boleh buat. Better la u dah dilepaskan. Daripada terus menderita.
Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Kredit -
Post a Comment