Sharifah Sakinah sebelum ini raih perhatian warganet selepas ditegur oleh Pencetus Ummah Syed berkaitan cara penampilan pelakon tersebut.
Susulan hal itu, Sharifah Sakinah akui dia sering terima kritikan dan komen negatif daripada warganet berkenaan cara penampilan saya sebagai seorang wanita yang beragama Islam. Sharifah Sakinah juga mendedahkan kakaknya, Sharifah Haslinda juga terkena tempias berkaitan hal itu.
ARTIKEL MENARIK:Perasan Kak Lina asyik pegang perut ketika mengacara. Kali ni warganet teka Kak Lina pom pom hamil. Sampai macam ni sekali warganet perasan masa Kak Lina tengah mengacara tu.
Sharifah Haslinda yang terkini dilihat tampil mengenakan hijab dan berniqab.“Itulah nama keluarga, ada yang berpurdah ada yang okey ada yang tidak. Kita menerima masing-masing punya karakter dengan hati yang terbuka dan tidak mengkritik antara satu sama lain. Jelas Sharifah Sakinah,“Macam bila semua orang dah berubah dan saya masih belum ke arah itu, kakak saya nak buang saya daripada keluarga? Tidak ada sama sekali.“Bagi saya, hati itu yang penting sebab kalau hati kita bersih dan terima orang lain seadanya, tidak menghukum hidup kita akan tenang,”
Sharifah Sakinah juga menjelaskan terdahuku kakaknya juga belum memakai tudung dan tak lama kemudian ambil keputusan untuk berhijrah.“Kakak saya dulu pun tak bertudung dan bukannya dia mula bertudung dari umur dia 2 bulan. Jadi, pada saya perubahan itu semua memerlukan masa, pengalaman dan doa. Kalau kita doa betul-betul apa yang kita nak dalam hidup, apa yang kita nak ubah kena berdoa padaNya,”
Semalam Tular PU Syed Tampil Beri Nasihat Kat Sharifah Sakinah. Ternyata Ini Respon Sharifah Sakinah Tentang Isu Tersebut
Baru baru ini lagi, PU Syed tampil menegur cara penampilan Sharifah Sakinah. Selepas memuat naik gambar yang kurang sopan sampaikan dikritik warganet, Sharifah Sakinah ditegur secara baik oleh Pencetus Ummah Syed yang meminta pelakon itu menjaga adab dalam berpakaian.
Ulas Syed Mohd Bakri Al Yahya atau lebih gemar depanggil PU Syed, berdasarka surat terbuka menasihatkan Sharifah Sakinah agar tak mempengaruhi pengikut untuk berpakaian sedemikian. Ujat PU Syed “Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin ambil tahu.
“Saya ingin tegur perbuatan puan, sekaligus dapat menegur pengikut puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.”Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta tak dipatuhi,” katanya.
Berdasarkan kiriman surat terbuka itu juga, PU Syed turut berkata, teguran itu adalah untuk menyelamatkan aktres tersebut daripada terus hanyut dengan ujian dunia.”Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan yang mulia, daripada nasab yang mulia.
“Maka perlu saya menegur untuk puan kembali ke atas jalan yang sebenarnya.”Inilah cara kita sesama saudara untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi,” katanya.
Manakala Sakinah menyambut baik teguran PU Syed dengan memuat naik semula surat teguran itu di laman Instagramnya pada Isnin.Menerusi posting itu, Sakinah memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.”Saya minta maaf, doakan yang baik-baik,” katanya.
Peminat Bagi Nasihat Pun Tak Nak Dengar. PU Syed Pula Tampil Beri Nasihat Kepada Sharifah Sakinah Hingga Meraih Perhatian Ramai
Sebelum ini, ramai juga warganet bertindak untuk menegur penampilan Sharifah Sakinah. Terbaru, PU Syed yang merupakan pendakwah bebas telah membuat perkongsian sehingga meraih perhatian ramai.
” Assalamualaikum, maaf jika saya menegur. Kita keturunan yang mulia, dari nasab sebaik-baik nasab. Alangkah sedihnya datuk kita melihat anak cucu berpakaian seperti ini.” Jelas juara program Pencetus Ummah musim ke 3 secara terbuka memberi teguran kepada Sharifah Sakinah supaya menjaga adab dalam berpakaian.
Jelas PU Syed” Mohon sangat-sangat jaga adab dalam berpkaian. Jika ada pengikut seperti yang ditunjukkan, pasti dosa akan mengalir masuk dalam buku catatan kita. Mohon dibaca nasihat ini dengan mata hati.” tulis PU Syed.
Seterusnya, PU Syed turut mengatakan sebelum ini dia pernah menegur Sakinah dengan menghantar mesej secara peribadi namun tiada respon dari pelakon itu.Umum mengetahui Sakinah agak berpakaian kurang sopan dalam berpakaian dan sering kali menjadi bualan di kalangan warganet.
” Bersandarkan mafhum hadis Baginda Rasul, ” Sesiapa yg melihat (tahu) satu kemung.karan, hendaklah dia cegah dgn tangannya (kuasa), jika tak mampu dgn lidahnya dan jika tak mampu dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”” Pada 12 Jan 2019 ambe pernah DM utk menasihati puan dalam isu berpkaian, namun spt mana biasa dlm menegur org yg ada “nama” ni, mereka tak sempat nak baca pun, maka harini ambe tegur sekali lagi dan kali ini secara DM dan juga secara terbuka untuk pedoman bersama
Tambah PU Syed” Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di IG, manakala di sosmed yang lain ambe tak tahu dan tak ingin untuk ambil tahu.” Ambe ingin TEGUR “perbuatan” puan, sekaligus dpt menegur followers puan yg ramai itu kerana pasti akan ada yg terikut dgn gaya hidup puan ini.
” Islam menggariskan adab berpakaian, bagi seorang Muslim dan Muslimah, ini pasti pernah dipelajari semasa belajar dalam subjek pendidikan islam di sekolah rendah dan menengah, namun apa yg puan pertontonkan pada khalayak adalah suatu yg membawa kpd d0sa.
” Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yg tak boleh dilangkaui serta diIanggari.” Biarlah puan naik dan popular dgn disulami adab dan akhlak yg terpuji.” Puan Sharifah Sakinah, ingatlah, Kita dari keturunan yg mulia dari nasab yg mulia, maka perlu ambe menegur utk puan kembali ke atas jalan yg sebenarnya.
” Inilah cara kita sesama saudara utk menyelamatkan saudarnya dari terus hanyut dalam mehnah dan ujian duniawi.” Belum terlambat utk puan tunjuk sesuatu yg mulia kpd followers puan di luar sana. Sekian” akhiri PU Syed.
Manakala menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat dan teguran PU Syed itu.Berdasarkan semakan Asia Kini di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Gelaran ‘syed’ dan ‘syarifah’ diberikan kepada mereka yang mempunyai susur galur atau berketurunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Jadi mungkin ini yang cuba diingatkan oleh PU Syed kepada Sharifah Sakinah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Simplehijab dan Apam Pink Media
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Tular Tentang Sharifah Sakinah Dah Bertunang. Sekali Sharifah Shahira Dedahkan Cara Sharifah Sakinah Bertunang. Rupanya Dia Ikut Budaya Lain.
Sharifah Shahirah merupakan penyampai radio suria fm iaitu kakak kepada Sharifah Sakinah mengesahkan adiknya sudah bertunang dengan jejaka berasal dari Sweden, Michael Hansen. Menurut Sharifah Shahirah atau lebihmesra dipanggil Shiera, majlis pertunangan adiknya itu dilakukan mengikutgaya barat.
“Sakinah dah bertunang dan dia bertunang ikut gaya orang putih. Ikut cara lamaran orang putih, bagi cincin dan tanya ‘will you marry me?’.“Orang putih apabila dah melamar tu kira dah bertunang, jadi kami sekeluarga pun dah bersetuju (mereka bertunang). Tiada majlis-majlis tunang, tak ada pantun semua itu,” katanya kepada mStar.
Sharifah Sakinah berkenalan dengan Michael Hansen di sebuah pusat kecergasan di ibu kota.
Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Sakinah mengakui dia sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak sembilan bulan lalu. Sementara itu, Shiera berkata Sakinah kini sedang merancang majlis perkahwinannya selain menguruskan prosedur Michael untuk memeluk agama Islam.
“Sakinah tengah rancang majlis perkahwinan selain menguruskan hal berkaitan Michael yang akan memelvk agama Islam nanti. “Semua perancangan untuk majlis itu nanti akan diuruskan oleh Sakinah, kami sekeluarga hanya akan mengikut sahaja,” katanya.
Menerusi laporan mStar sebelum ini, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mei ini bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42.
Kredit -
Post a Comment