Siapa sangka dengan hasil berniaga tempoyak, wanita yang bernama Azie ini menghadiahkan sebuah trak pikap buat suaminya pada bulan 2 lalu. Ternyata PKP yang bermula tahun lalu memberi kesan besar buat pasangan suami isteri yang merupakan peniaga pasar malam.
Mereka yang enggan terus bersedih dengan nasib mereka, akhirnya pasangan suami isteri ini tampil dengan idea yang luar biasa dan kreatif.
ARTIKEL MENARIK:Anak sanggup pesan kat mak ayah pakai baju sama seperti 5 tahun yang lalu. Tak sangka perkongsian yang dibuat raih perhatian ramai
Hampir bertahun lamanya mereka beriaga air balang di pasar malam, tahun lepas pasangan ini memulakan perniagaan tempoyak secara atas talian. Alhamdulillah, rezeki ternyata menyebelahi pasangan dari Terengganu itu sehingga si isteri mampu menghadiahkan sebuah trak pikap Ford Ranger kepada suaminya pada Februari lalu.Azie yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata yang mesra disapa Azie ini sempat memperincikan semula kisah perjalanan suka-duka mereka selama ini.
Ulasnya,”Kami dah 12 tahun berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan berusia 11 tahun. Dulu saya pernah kerja sebagai kerani, kemudiannya saya berniaga di pasar malam.”Saya dan suami sama-sama berniaga air balang. Kami juga pernah berniaga pakaian wanita. Kemudian kami tak boleh berniaga disebabkan PKP, jadi saya dapat idea untuk berniaga secara dalam talian.
“Masa PKP saya berniaga pelitup muka, cecair sanitasi makanan, ambil upah jadi runner, ambil upah jual laksa. Kemudian kami jual tempoyak yang ada empat perisa dengan sambal bilis petai secara dalam talian,” ujarnya.Menurut Azie, hasil perniagaan tempoyak membolehkan dia membeli sebuah kereta Toyota Vellfire baru-baru ini sebelum membeli sebuah lagi trak pikap buat suaminya.
“Mula-mula kahwin kami naik motor. Kemudian beli Perodua Kancil. Ada duit sikit, kami beli Perodua Myvi.”Ford Ranger tu memang idaman suami. Saya beli dengan duit hasil jual tempoyak sejak tahun lalu. Ia juga memudahkan urusan kami untuk berniaga.”Sebelum itu saya ada beli Vellfire untuk keselesaan keluarga dan ibu bapa saya,” dedahnya lagi.Kata Azie, dia juga pernah dipandang rendah kerana berniaga pasar malam dan menaiki kenderaan biasa-biasa sahaja, suatu masa lalu.
“Masa naik Kancil dulu saya pernah dihina. Perjalanan saya memang jauh. Pernah juga dipandang rendah kerana berniaga pasar malam.”Saya tak pernah malu berniaga pasar malam. Ia periuk nasi saya. Kini, kami juga membuka peluang kepada warganet yang nak jana pendapatan sampingan, boleh sertai kami untuk berniaga tempoyak,” ujarnya.
Selain dijual di seluruh Malaysia, tempoyak keluaran pasangan itu turut dihantar ke Perancis, Jepun dan Itali.”Sekarang dah masuk pasaran Singapura. Ada rakyat Malaysia yang beli dari Itali, Jepun dan Perancis. Siap ada yang ambil gambar tempoyak kami dengan salji.”Askr-askr Malaysia yang pergi ke Lubnan pun ada beli dengan kami,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, video Azie yang menghadiahkan Ford Ranger buat suaminya turut tular.Ia sehingga kini meraih lebih 55,000 tontonan di TikTok.
Tinggalkan Rumah Dengan Berbekalkan RM1.30 Telah Membina Kehidupan Baru. Mengagumkan Sekali Pengutip Sampah Ini Mampu Jadi Jutawan
Sesungguhnya nikmat kekayaan sebenarnya adalah ujian sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan atau kekayaan itu menjadikan kita lalai. Kemiskinan bukan bermakna kita terlepas daripada ujian Allah SWT kerana ia juga ujian terhadap kesabaran atau menyebabkan kita mengeluh.
Bak kata ikon usahawan muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali,32, terbaru kisah hidupnya dibukukan dengan tajuk Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan“Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti.”
Beliau yang merupakan peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu turut meluahkan rasa syukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin namun kini bergelar jutawan dan mampu menjadi inspirasi kepada orang lain.
Jelasnya,“Kita perlu sedar keberkatan, kesmpitan atau kemurahan rezeki bergantung kepada hubungan kita dengan ALLAH. Jika kita ada masalah hubungan dengan ALLAH, rezeki sempit.“Sebagai manusia, kita tidak pernah sunyi daripada kesilapan dan kelemahan, namun ALLAH melihat bagaimana kita mengubah kesilapan dan mengatasi kelemahan itu dengan bertindak untuk menjadi lebih baik dan memperbaiki kekurangan itu agar lebih cemerlang,”
Beliau juga berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu melalui fasa kehidupan yang sukar adalah apabila beliau menjadi pengutip sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan selama 6 bulan di Kem TUDM Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada 2005.
Mohamad Azlan juga berkongsi rezeki dengan menaja pembinaan madrasah dan surau tahfiz. Kisahnya “Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga. Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh.
“Dari situ, saya tekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya. Emak menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar.“Saya menghargai jasa emak, Siti Aishah Ismail, 57, dan ayah, Abdullah @ Ali Ahmad, 73 yang membesarkan kami 16 beradik dan memberikan pendidikan walaupun serba kekurangan,” ujarnya.
Dia mengambil keputusan untuk tinggalkan rumah dengan berbekalkan RM1.30 telah membina kehidupan baru dan pertemuan dengan Cikgu Halim Md Saman dan Cikgu Ramli Hassan telah membuka jalan rezeki Mohamad Azlan dalam bidang hartanah.
“Saya percaya kepada pemikiran positif akan menghasilkan tindakan positif, seterusnya membawa kejayaan. Bila dan di mana, saya tidak tahu. Apa yang pasti kejayaan akan hadir apabila saya berusaha dengan betul,” katanya.
Beliau yang dilahirkan di Besut, Terengganu ini akan menjadi tetamu istimewa pada Sesi Bersama Tokoh dalam program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 bertajuk ‘Rezeki: Keluh kesah bila sikit, bakhil bila banyak’ pada jam 6.30 pagi, 28 September ini.
Dimaklumkan Mohamad Azlan memberi sumbangan 10,000 beg kepada pelajar kurang berkemampuan di Terengganu dan Kelantan.Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, RICH di bawah kempen My Family #QuranHour dianjurkan oleh WUIF dan Rumah Ngaji sejak 2014.
“Ia merupakan program pengisian rohani seawal jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi. Aktiviti yang diadakan berinteraksi dengan al-Quran, bertadabbur surah pilihan, solat Tahajud, solat Subuh dan resolusi untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita. Spiritual yang dibawa ini selari dengan saranan hadis,” katanya.
Daripada Abdullah bin Sallam RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berilah makanan, sambung tali silaturrahim, dan solat ketika orang ramai tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.” (Riwayat Imam Tarmidzi)
Marhaini menambah, dengan mengikuti panduan Rasulullah SAW, kita dapat membina kekuatan dalaman diri untuk berjuang perkara benar. Kualiti tersebut diharap ada dalam kalangan Sahabah al-Quran, ejen perubahan kepada masyarakat.
“Sempena 1441H, RICH tahun keenam ini memberi panduan bagaimana memperoleh rezeki yang luas sebagaimana dijanjikan oleh ALLAH untuk membina keluarga dan masyarakat hingga ke Jannah. Sebelum ini, RICH memfokuskan tema “Masuk syurga sekeluarga”.
Marhaini berkata, RICH diadakan pada setiap Sabtu jam 4.30 pagi selama 12 minggu bermula 21 Muharram 1441H bersamaan 21 September lalu.”Lebih istimewa, orang ramai boleh menyertai RICH secara offline dan online.“Saya berharap RICH dapat menjadi ;keystone habit’ kepada umat Islam dengan al-Quran, Solat dan Infaq (QSI). Kita sudah mulakan tabung infaq atau Tabung Quran di penghujung program RICH,” katanya.
Ramai Peniaga Terpaksa Gulung Tikar. Namun Begitu Lain Pula Nasib 4 Individu Ini Sehinggakan Dikatakan Sebagai Jutawan Hasil Pelaksanaan PKP
Seperti yang kita tahu kebanyakan usahawan dan peniaga bukan saja terpaksa mengikat perut malah ada yang terpaksa gulung tikar akibat kesan daripada pandemik COVID19. Namun begitu,situasi berbeza berlaku kepada beberapa individu ini kerana dikurniakn rezeki berlipat ganda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil PKP dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac dulu.
Tambahan pula,golongan ini dikatakan mampu menjana jualan sehingga jutaan ringgit malah ada yang mencecah tujuh angka. Namun begitu,kejayaan itu bukan datang bergolek sebaliknya dengan kesungguhan,pengrbnn dan komitmen tinggi selain bijak gunakan peluang yang ada bagi menjayakan perniagaan hingga bergelar jutawan yang berjaya.
Berikut merupakan temubual mengenai kisah empat usahawan yang sudah bergelar jutawan hasil pelaksanaan PKP hanya disebabkan virus COVID19 supaya menjadi inspirasi keoada seluruh rakyat Malaysia. Ayuh ikuti perkongsian ini dan kita mulakan dengan Pengasas Madam Printing & Packaging,Siti Mariam Abd Rauf.33. “Minggu pertama PKP, saya dan rakan kongsi berjaya jana jualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebanyak RM400,000.
“Kejayaan itu disusuli dengan membekalkan lebih tiga juta botol (cecair) pembasmi kuman,” katanya yang lebih gemar dipanggil sebagai Mar.Mar berkata, idea untuk mencari kilang pelitup muka dan cecair pembasmi kuman hadir ketika dalam perjalanannya dari Kedah ke Johor.”Syukur, saya dan rakan kongsi segera bertindak dan membekalkan pelitup muka dan pembasmi kuman ke seluruh Malaysia. Minggu pertama PKP kami berjaya jana jualan RM400,000 dan selepas itu terus menjual keperluan orang ramai berkaitan PKP,” katanya yang turut mengeluarkan set lengkap terdiri daripada sarung tangan, pelitup muka dan pembasmi kuman.
Menurutnya, dia sebelum ini terbabit dalam perniagaan percetakan di Kedah, namun disebabkan terkena dengan pelanggan, perniagaannya terjejas teruk sehingga terpaksa memberhentikan 14 pekerja.Mar berkata, selepas masuk dalam perniagaan penjualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman itu, dia kemudian mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk kesihatan untuk meningkatkan sistem imun badan di bawah jenama M’Care Mixberry.
“Dari situ, jualan berjaya mencapai tujuh angka dan saya membeli semula aset seperti rumah, kedai dan kereta yang saya terpaksa jual sebelum ini.”Inilah rezeki ‘corona’ saya dan kalau bukan sebab PKP, saya tidak tahu apa nasib saya dan anak,” katanya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Reka Bentuk Industri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.
Diminta berkongsi kenapa perniagaan percetakannya terjejas, Mar berkata, pelanggan menempah sehingga 80,000 cetakan sampul raya namun apabila siap dia tidak bayar.”Saya dikejar pelabur hingga akhirnya terpaksa melepaskan aset peribadi bagi melunaskan pembayaran kepada mereka (pelabur),” katanya mengakui, ia adalah asam garam bergelar usahawan.
Seterusnya, Pengasas Erni House Sdn Bhd, Ernie Uzliana Mohamed Yatim, 34.Sejak PKP, jualan kek dan kuih ‘melet0p’ hingga mampu menjana pendapatan tujuh angka berbanding kebiasaannya hanya lima angka. Itulah kisah dikongsikan Ernie yang mampu mencatat jualan kek dan kuih Mamasab Bakery sebanyak RM5.23 juta terutama ketika PKP dikuatkuasakan.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dari UiTM Shah Alam itu berkata, selepas menamatkan pengajian dia gagal mendapatkan pekerjaan sebelum menjadi suri rumah.Ernie berkata, dia kemudian berjinak-jinak dalam perniagaan online sebagai ejen Mamasab Bakery atas saranan rakan.Katanya, bermula dengan jualan RM100 dia kini mempunyai 1,000 dropship, ejen dan lima Master Stokis yang berjaya dilahirkan berkat ilmu perniagaan dikongsi pengasas Mamasab Bakery, malah jualan juga berganda ketika PKP.
“Sejak PKP rezeki datang tanpa disangka-sangka dan jualan turut meningkat naik hingga tujuh angka,” katanya.Ernie berkata, impiannya adalah untuk membantu seramai mungkin suri rumah atau sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan lumayan walaupun bukan melalui produk sendiri.”Sedangkan saya yang serba kekurangan ini boleh membuat jualan sehingga tujuh angka, saya pasti orang lain juga mampu. Saya hanyalah suri rumah sebelum ini boleh berjaya dengan usaha dan komitmen tinggi,” katanya lagi.
Kita teruskan lagi dengan Pengasas Cik Mi International Sdn Bhd, Nursyamimi Ramli, 32.Tinggalkan kerjaya sebagai pegawai bank adalah langkah terbesar dilakukan Nursyamimi bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan sampingan dilakukannya.Siapa sangka, atas dasar sekadar mencuba perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi pengedar Mamasab Bakery, dia akhirnya membulatkan tekad melepaskan kerjaya yang menjamin pendapatan tetap setiap bulan sebelum melakukan jualan sehingga RM7.29 juta.
“Saya menyertai Mamasab Bakery secara sambilan dengan tujuan utama untuk menambah simpanan anak-anak.”Sudah dua tahun saya menjual produk Mamasab Bakery dan tidak terfikir untuk mengeluarkan produk sendiri kerana sistem yang ada sekarang mudah apabila saya bermula tanpa modal dengan menjadi dropship.
“Sehingga sekarang saya menjadi Master Stokis dan mempunyai pasukan jualan sendiri di bawah Cik Mi Squad (kira-kira 7,000 dropship, ejen, stokis di bawahnya).”Secara rasmi, saya meletakkan jawatan (pegawai bank) pada Mac lalu dan terus konsisten membantu mengembangkan pasukan yang kini sudah terdapat 57 leader yang saya lahirkan berjaya membuat jualan lima ke tujuh angka.
“Biarpun tanpa produk sendiri, saya mampu menjana pendapatan melebihi gaji yang diterima sebelum ini dan platform Mamasab Bakery banyak membantu saya mencapai impian,” katanya.Katanya, selain doa keluarga terutama suami, hikmah pelaksanaan PKP membuka peluang buatnya untuk berjaya sekali gus bergelar jutawan.
“Dengan (pelaksanaan) PKP, saya mampu menjana jualan tujuh angka dan sasaran tahun ini adalah untuk membantu 1,000 ahli pasukan membuat jualan minimum enam angka,” katanya.Untuk rekod, Nursyamimi berjaya menjadi Master Stokis Mamasab Bakery yang meraih jualan tertinggi, RM7.29 juta bagi Januari hingga Mei lalu dan peningkatan jualannya paling banyak disumbangkan sepanjang tempoh PKP.
Akhir sekali, Pengasas dan Pengarah Khayr Biz Group, Muhamad Khair Sulam, 37.“Alhamdulillah, ketika pelaksanaan PKP saya dan rakan kongsi terima tender kerajaan dengan memasang karpet di beberapa unit bangunan.”Tender bernilai tujuh angka itu banyak membantu saya dan boleh dikatakan sebagai penyelamat kami,” katanya yang menjana jualan kira-kira RM1.5 juta sepanjang PKP.
Muhamad Khair juga berkata, dia sememangnya memberi fokus dan melakukan pemasaran secara online terutama bagi syarikatnya, Hobby Shack yang menjual koleksi permainan kanak-kanak dari luar negara.”Bisnes memang seronok sebenarnya walaupun cabarannya besar.”Namun saya akui, kejayaan yang saya capai sekarang ini adalah disebabkan doa seorang ibu.
“Oleh itu, bagi yang mempunyai orang tua dapatkan doa dan restu mereka,” katanya.Pemegang Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia masuk ke dunia perniagaan secara tidak sengaja.Katanya, dia memiliki tujuh anak syarikat di bawah Khayr Biz Group dengan pelbagai segmen perniagaan antaranya, Hobby Shack dan tiga syarikat utama iaitu Khair Inspirasi, Khair Carpet Centre (KCC) dan Caffe Don Cortez.
Menurutnya, kejayaan dikecapinya sekarang tidak datang bergolek sebaliknya pernah dua kali diuji menjadi homeless.”Saya pernah mengalami kerugian sebelum ini kerana membuka perniagaan francais dan saya bangkit mencari kelebihan diri yang saya mempunyai kelebihan sebagai master planner dan dalam pemasaran.”Saya mula menjalin kerjasama dengan beberapa rakan yang saya lihat mempunyai potensi tersendiri.”Disebabkan itu, setiap syarikat saya mempunyai rakan kongsi yang berbeza dengan kepakaran masing-masing,” katanya yang dilahirkan daripada keluarga pendidik.
Duduk Di Asrama Tapi Mampu Raih RM19000 Di Asrama. Anak Muda Ini Cerita Pengalaman Mereka Buat Bisnes
Bak kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Demikianlah yang dapat dilihat pada semangat dua sahabat ini. Difahamkan mereka berdua kekal berada di asrama ketika berlangsungnya PKP<siapa sangka mereka berdua mampu menjana pendapatan ribuan ringgit.
Pemuda berusia 19 tahun itu berkata, ia dilakukan di asrama ketika cuti pendek selama lima hari selepas tidak pulang ke rumah berikutan sekatan merentas negeri ketika PKP.”Kami pilih bisnes ni untuk kolej sebab para pelajar sukakan baju mengikut trend, dan pakai secara berkumpulan. Jadi, kami mudahkan mereka dengan membuat tempahan baju.
“Dalam masa lima hari tu, kami buat secara habis-habisan dari promosi hingga buka tempahan baju menerusi grup WhatsApp dan Facebook,” katanya. Lebih gemar disapa Amzar, katanya, pada hari kelima, dia bersama Aiman bergiat lebih aktif dengan pergi dari pintu ke pintu bilik salah satu blok asrama lelaki sebelum menutup tempahan.
“Lima hari kami buat all out, kami dapat 500 tempahan baju membabitkan pelajar kolej lelaki dan perempuan. Keseluruhan jualan kami peroleh sebanyak RM19,000.”Pada asalnya kami sasarkan hanya 300 tempahan. Tapi risau ada pelajar-pelajar yang terlepas pandang tentang baju ni, jadi kami gerak dari pintu ke pintu pula… tak sangka masuk hari kelima dapat cecah kira-kira 500 tempahan,” kata anak kelahiran Bachok, Kelantan itu.
Sejujurnya mereka baru mengenali sejak semester lalu bagi mengikuti jurusan yang sama iaitu perakaunan, kedua-dua anak muda ini sebenarnya mempunyai minat dalam perniagaan.Amzar berkata, dia sebelum ini mengusahakan bisnes minuman yogurt, manakala Aiman yang berasal dari Bangi, Selangor terlibat dalam perusahaan kek.
Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, mereka turut menerima tempahan daripada beberapa kolej matrikulasi seperti Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.”Syukur, Alhamdulillah. Berkat usaha kami bertungkus-lumus untuk buka tempahan baju selama lima hari sampai tak cukup tidur kira order.
“Lepas Subuh baru nak tidur setakat tiga hingga empat jam sehari,” katanya sambil menambah mereka berurusan dengan sebuah kilang baju di Selangor.Dalam pada itu, Amzar turut berkongsi pengalaman mereka yang berdepan cabaran berniaga terutama pada hari terakhir tempahan baju dibuka kepada pelajar-pelajar kolej.
“Malam terakhir tu, kami tebalkan muka pergi ketuk pintu ke pintu bilik di satu blok asrama. Kami semua ada di asrama sebab cuti pendek dan PKP, jadi mereka ada kat bilik je.”Bila ketuk pintu beberapa bilik, ada yang tak sahut sedangkan banyak selipar kat luar pintu. Ada juga yang sekadar gelak-gelak dari dalam bilik tanpa buka pintu… tak apalah, lepas beri salam tiga kali, kami bergerak ke bilik lain pula.
“Ada antara mereka yang beria-ia nak beli, siap kasi nombor telefon. Bila kami hubungi untuk sahkan tempahan, terus block (sekat) nombor kami. Memang sakit hati kena tipu.”Dalam bisnes ada yang suka dan tak suka. Ada ramai-ramai gelak, block nombor telefon tu perkara biasa yang kami anggap sebagai dugaan berniaga,” katanya.
3 Beradik Ini Sanggup Berpanas Tepi Jalan Hanya Untuk Lakukan Bisnes Hariannya Sambil Tiktok. Rupanya Dia Juga Lakukan Kerja Ini Sebagai Sambilan.
Tiga beradik ini memulakan perniagaan sejak PKP pada Mac tahun lalu. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu, ramai yang mengambil peluang untuk membuka perniagaan berasaskan makanan. Begitu juga dengan tiga beradik ini apabila mereka memperkenalkan popia bergedil, ‘lari’ daripada kebiasaan ramai yang sering tampil dengan menu tauhu bergedil.
Menurut Afiera Riana Agoes Riauwaldy, 29, dia secara spontan tampil dengan idea itu sebelum dua adiknya, Afiefi Riani, 26, dan Ahmad Amin, 21, turut bersetuju untuk menjadi rakan perniagaan.
“Kami tiga beradik mula berniaga masa awal PKP. Bermula secara online, bila dah stabil kami buka pula gerai pada hujung tahun 2020. Masa tu saya terfikir, nak buat apa masa PKP? Biasa orang buat tauhu bergedil, tapi saya kata why not buat popia bergedil? Idea sendiri, tak sangka pula dapat sambutan. Gerai pertama kami di Prima Saujana, Kajang. Alhamdulillah sekarang kami buka gerai kedua di Ampang,” ujarnya yang mesra disapa Afiera.
Afiera tidak kisah jika ada yang pandang rendah terhadap dirinya.
Dia yang juga seorang pelakon secara sambilan mengakui tidak kisah jika ada yang memandang rendah apa yang sedang diusahakannya pada masa ini. Malah, dia percaya pada konsep rezeki dan tidak pernah berasa malu untuk bekerja dalam suasana panas di gerai tepi jalan.
Kami tak kisah menari kat gerai, orang tepi jalan pandang, tak peduli.
“Saya minat berlakon, tapi saya tak jadikan ia sebagai kerjaya utama. Secara sambilan je. Last drama pun tahun lepas. Saya tak kisah orang pandang rendah kami berniaga tepi jalan. Nampak senang tapi susah sebenarnya. Kalau tauhu boleh sumbat, popia nak kena gulung. Tapi kadang-kadang orang pandang rendah, berniaga tepi jalan tak ada kelas… kami pun bukannya ada kedai, setakat gerai je. Saya teruskan atas sokongan mak ayah. Saya juga pernah nak putus asa sebab terlalu ramai yang jual makanan. Tapi Alhamdulillah, sekarang bisnes makin OK,” ujarnya lagi.
Popia bergedil yang menjadi sumber rezeki tiga beradik itu.
Dalam pada itu, Afiera mengakui majoriti pelanggannya merupakan pengikut di TikTok yang sering menonton video dia dan adik beradiknya.
“Saya rajin buat video kat gerai, ada yang komen negatif termasuk pertikai mengenai aurat. Saya tak kisah menari kat gerai, orang tepi jalan pandang, tak peduli, yang penting kami gembira buat kerja dan tak kacau orang.
Mereka kini memiliki dua gerai di Kajang dan Ampang.
“Biarlah apa orang nak cakap. Penangan TikTok memang power. Rezeki kami kebanyakannya dari TikTok. Bila datang gerai, mereka kata kenal dari TikTok. Sanggup datang jauh-jauh. Terima kasih kepada semua yang berikan sokongan,” ujarnya lagi. Kata Afiera, dia juga ada perancangan untuk kembangkan perniagaan itu sehingga ke Brunei dan Singapura selepas PKP berakhir kelak.
Satu Keluarga Menjual Nasi Kukus Perniagaan Turun Temurun Dari Bapanya. Sekali Tak Sangka Pula Dulu Bapa Pergi Sebab Ini Tapi Kali Ini Ibu Pula.
Bapa Bella yang pergi pada tahun 2015 bersama ibunya yang kini terlantar sakit, dipercayai akibat terkena buatan orang. “Jangan malu nak mengaku kita susah.”
Itulah kata-kata yang menjadi pegangan Nur Salshabila Muhammad Rufdi, 21, sejak kematian bapanya pada tahun 2015. Terbaharu, kisah gadis itu serta perniagaan nasi kukus keluarganya yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas menjadi tular di laman Twitter.
Menurut gadis yang mesra disapa Bella itu, kedai nasi kukus mereka di Uptown Shah Alam, Selangor terpaksa dihentikan operasi dan ‘direhatkan’ sepanjang tahun lalu. Baru-baru ini, dia serta adik-beradik yang lain tampil dengan alternatif baharu dengan membuka gerai nasi kukus di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam. Kata Bella yang juga anak kelima daripada enam beradik, dugaan itu cukup berat memandangkan dia dan adik beradiknya yang lain sama-sama mencari rezeki dengan perniagaan itu sejak sekian lama.
Bella bersyukur menerima sokongan ramai di Twitter.
“Kami berniaga di Uptown sejak tahun 2005. Jadi sekarang terpaksa cari alternatif lain, kami buka gerai. Kami bahagikan tugas, ada abang dan kakak uruskan gerai, saya dan kakak yang lain uruskan proses penyediaan di rumah. Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung. Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami. Tahun ni baru je bisnes nak elok, PKP lagi sekali,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.
Kredit -
Post a Comment