Peringatan buat individu yang tak pakai mask tak scan MySejahtera. Denda RM1500 dan dapat diskaun kalau bayar awal

Peringatan buat individu yang tak pakai mask tak scan MySejahtera. Denda RM1500 dan dapat diskaun kalau bayar awal

Semenjak kompaun untuk individu yang tidak mematuhi SOP sepanjang PKP dinaikkan dari Rm1,000 ke RM10,000, ramai telah meluahkan rasa kecewa dengan jumlah yang diberikan lebih lebih lagi pelajar dan orang yang tidak berkemampuan.

Peringatan buat individu yang tak pakai mask tak scan MySejahtera. Denda RM1500 dan dapat diskaun kalau bayar awal



Mereka agak mustahil untuk membayar jumlah yang agak banyak. Oleh itu, Menteri Parlimen dan Undang Undang telah memperincikan jumalh kompaun untuk kesalahan SOP iaitu

ARTIKEL MENARIK:Muhyiddin Yassin umumkan bantuan terbaru sebanyak Rm500 untuk rakyat. Rupa rupanya bantuan tersebut untuk golongan ini.


  • Kesalahan gagal pakai pelitup muka bagi individu dan kesalahan pertama – RM1,500
  • Kesalahan tidak daftar diri atau guna aplikasi MySejahtera – RM1,500
  • Tidak mematuhi penjarakan fizikal – RM1,500

Tambahan pula Takiyuddin Hassan juga mengumumkan, kompaun yang dibayar dalam tempoh seminggu boleh mendapat potongan diskaun sebanyak 50% manakala yang membayar sebelum 14 hari pula akan menerima potongan sebanyak 25%.Manakala untuk kompaun yang dah dikeluarkan sejak 11 Mac lalu, jumlah kompaun ini akan ditetapkan mengikut nilai RM1,500 yang ditetapkan hari ini.Untuk pengetahuan korang, jumlah kompaun RM1,500 tersebut merupakan dari jumlah maksimum RM10,000 yang diluluskan di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.

Individu Ini Tampil Berani Tanya Kenapa DG Hisham Tak Pakai Mask. Sempoi Sahaja DG Hisham Balas Sehingga Buat Ramai Warganet Terhibur

Sedar tak sedar, hampir setahun dunia hidup Covid19 dan pelbagai cerita dan ragam yang kita dapat lihat sepanjang Covid19 mula menguasai. Kita juga telah melalui norma baru di mana penjarakkan sosial, cucian tangan dan pelitup muka perlu dipakai sekiranya berada di khalayak yang ramai.

Berdasarkan jumlah kes yang agak tinggi di Malaysia, rakyat negara kita telah menghadap 2 kali PKP di mana pergerakan amatlah terbatas. Terbaru, bulan Mac ini kita baru diberikan kelonggaran tetapi untuk rentas negeri atau ke luar negra masih tak dibenarkan melainkan ada suart kebenaran.

Baru baru ini, warganet ini tampil memberi teguran selepas mendapati Dr Noor Hisham tak memakai mask di dalam sebuah gambar. Individu ini menegur kerana elihatan gambar itu DG Noor Hisham tak memakai pelitup muka dan mulut ketika berada di Hospital dan di dikelilingi orang ramai.

Gambar DG Noor Hisham di Facebook telah dikomen oleh seorang individu dimana DG Noor Hisham telah ditegur kerana tidak memakai pelitup hidung dan mulut ketika berada di Hospital dan ketika itu orang ramai.Walaupun rupa DG Noor Hisham nampak sangat serius tapi jawapan beliau kepada individu ini sangat sempoi.

Percaya atau tidak gambar yang dikomen adalah diambil pada tahun 2018 dan waktu itu tiada seorang pun dalam dunia ini kenal dengan C0Vid19.Rata rata warganet memuji cara DG Noor Hisham menjawab komen walaupun ramai yang berpendapat tidak perlu pun. Sampaikan ada warganet mengatakan individu tersebut terlalu cepat mencari salah orang sehingga tidak selidik atau siasat dahulu.

Berikut antara komen warganet

“Rajinnya cari salah orang . Pdhl covid pun belum wujud tahun 2018”“Bila hati nak cari kesalahan org lain sekali uturn plk kena diri sendiri hahaha”Apa pun kita sangka baik mungkin dia tak perasaan pada tarikh dan dia cuma niat untuk menegur DG Noor Hisham selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk pakai topeng muka.

Terkini Kerajaan Umukan Keputusan Pkp Tidak Akan Disambung Lepas 4 Feb Ini. Sekali Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Jelaskan Sebabnya Buat Warganet Terkedu.

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.

Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa. “Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang. “Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

PKP Perlu Imbangi  Ekonomi Dan Kesihatan

Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dengan memberi kelonggaran tertentu, terutama bagi sektor ekonomi, adalah sesuatu yang sukar tetapi perlu dibuat untuk mengimbangi aspek kesihatan rakyat dan ekonomi.

Bagi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP kali ini melihat kepada kepentingan ekonomi tidak kira melalui syarikat gergasi mahupun peniaga kecil-kecilan, dan pada masa sama perlu menumpukan kesihatan rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat pergi menghadap illahi akibat COVID-19, dan kita juga tidak mahu mereka pergi menghadap illahi kerana tidak makan,” katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini. Beliau berkata, ada pihak mempertikaikan pelaksanaan PKP kali kedua yang dikatakan lebih longgar, namun dari konteks lebih luas, negara boleh muflis kalau PKP dilaksanakan bertahun-tahun.

Syor PKP dilonggar untuk beberapa sektor. “Ketika PKP dulu, negara rugi RM2.4 bilion setiap hari. Kerajaan juga perlu memfokus rakyat yang bergantung pada pendapatan harian bagi menampung hidup. “Oleh itu pada PKP kali ini, kita membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi untuk beroperasi. Kita fikir kebajikan rakyat dan keselamatan mereka juga sama penting,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan, biarpun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat, kerajaan tidak boleh memberi bantuan selama-lamanya dengan mengambil kira kesan jangka panjang. “Bantuan one-off (sekali bayar) diberikan hanya RM3,000 bagi perusahaan kecil dan sederhana.

Dengan membenarkan sesetengah sektor beroperasi, sebagai contoh, peniaga kecil-kecilan yang ada gerai tepi jalan juga boleh berniaga bagi menampung keperluan harian,” katanya. Beliau menegaskan, sektor perkilangan pula dibuka bukan untuk menjaga hati ‘tauke besar’, namun kerana rantaian ekonomi yang membabitkan operasi syarikat dan nasib pekerja harus diutamakan.

“Warganet kata kita jaga tauke besar, namun ia adalah berkaitan pekerja mereka. Kalau tauke besar rugi akibat kilangnya tidak beroperasi, akhirnya sasaran ialah pekerja yang bergantung pada pendapatan itu,” katanya. Hari ini, genaplah setahun negara dibadai pandemik COVID-19, apabila kes pertama membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura, dilaporkan pada 25 Januari 2020.

Ketika gelombang pertama, ia membabitkan majoriti kes import dan bukan rakyat Malaysia, manakala gelombang kedua jangkitan pula membabitkan penularan tempatan, dengan kes pertama COVID-19 dilaporkan pada 4 Februari 2020.

Susulan gelombang kedua, kerajaan telah melaksanakan PKP sejak 18 Mac tahun lalu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Apabila jangkitan menunjukkan penurunan selepas beberapa bulan, kerajaan mula melonggarkan sedikit SOP dengan pengenalan PKP Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei, diikuti lebih banyak kelonggaran melalui PKP Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun.

Ketika gelombang ketiga melanda, kerajaan terpaksa melaksanakan PKPB di kebanyakan negeri mulai Oktober. Apabila kes semakin meningkat pada tahun ini, kerajaan terpaksa melaksanakan semula PKP bermula dengan enam negeri dan kemudian di seluruh negara, kecuali Sarawak.

Ketika ditanya sama ada Malaysia akan berjaya melandaikan keluk COVID-19 selepas PKP ini, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, jumlah kes akan menurun tetapi mengambil sedikit masa. “Cara terbaik untuk memutuskan rantaian COVID-19 ialah dengan tiada pergerakan langsung tetapi buat masa ini, ia (pergerakan orang ramai) masih berlaku.

“Sektor penting diberi kebenaran untuk beroperasi atas dasar kepentingan ekonomi. Walaupun PKP ini tidak ‘lockdown’ sepenuhnya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah percaya (kes) akan berkurangan tetapi mengambil masa sedikit,” katanya.

Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata, negara memerlukan sekurang-kurang empat minggu untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 kepada antara 500 hingga 1,000 kes sehari. Dr Noor Hisham memaklumkan, usaha melandaikan semula lengkungan graf jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka berhasil pada Mei atau Jun depan dan pada masa sama, PKP tidak boleh terlalu lama kerana memberi impak negatif terhadap ekonomi negara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menolak dakwaan wujud dwistandard antara ahli politik dengan rakyat biasa dalam tindakan penguatkuasaan SOP PKP, contohnya dalam isu pergerakan secara bebas seperti rentas negeri. “Bagi kerja ahli politik atau Ahli Parlimen, kita ada kawasan masing-masing. Apabila rakyat ditimpa bncna, wakil rakyat perlu menjalankan tanggungjawab kepada mereka.

“Sama seperti perkhidmatan kerajaan, sektor swasta, iaitu khidmat diberikan kepada orang lain. Tugas ahli politik ialah berjumpa dengan rakyat. “Kalau seseorang wakil rakyat tiada di lapangan ketika rakyat susah, maka ahli politik itu gagal melaksanakan tugasnya,” katanya. – BERNAMA

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Pkp Akan Dilaksanakan Selama 4 Minggu Je Kalau Rakyat Terus Buat Benda Ni. Rupanya Tak Susah Pun Syarat Yang Ditetapkan.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu yang bermula hari ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya empat minggu. Beliau berkata, kerajaan sedar kesan ekonomi susulan pelaksanaan kawalan pergerakan itu namun penularan virus berkenaan hanya dapat dikawal jika semua individu kekal di rumah untuk tempoh dua minggu PKP.

“Kita sudah laksanakan PKP bersyarat bermula 14 Okt hingga kini tetapi kita rasa ia tidak sesuai dan perlu gunakan kaedah yang lebih drastik. “Oleh itu, kita nasihatkan untuk laksanakan PKP bagi tempoh dua minggu atau jika perlu selama empat minggu,” katanya pada sidang media

Penguatkuasaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Januari ini, Susulan peningkatan kes positif setiap hari terutama di enam negeri PKP, beliau berkata,

KKM kini sedang dalam perbincangan dengan pihak hospital swasta untuk bekerjasama membendung penularan Covid-19 menerusi penggunaan kapasiti dan kemudahan hospital berkenaan sebagai usaha menampung kekurangan petugas kesihatan dan kemudahan di hospital kerajaan.

“Penggunaan unit rawatan rapi dan ventilator kini dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Kita juga kekurangan petugas untuk menjaga wad unit rawatan rapi yang semakin hari bertambah jumlah pesakit,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan PKP diharap mampu menurunkan kes positif harian kurang dari 500 dalam tempoh empat hingga lima minggu dari sekarang.

“Berdasarkan unjuran KKM, kita boleh landaikan kes Covid-19 seawal Mei ini jika semua rakyat patuh SOP dan duduk di rumah selama dua minggu ini,” katanya. Mengimbas permulaan gelombang ketiga hujung Sept lalu, Hisham berkata, jangkitan tinggi ketika itu melibatkan 63% warga asing manakala hanya 37% dikesan dalam kalangan warganegara.

“Namun, sekarang sudah berubah apabila 71% warganegara dijangklti virus itu manakala bakinya adalah warga asing,” katanya sambil menambah program saringan bersasar yang giat dijalankan terhadap pekerja warga asing antara penyumbang utama penurunan penularandalam kalangan mereka.

Sehingga kini, seramai 142,009 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu hanya 2,086 kes positif. “Angka itu menunjukkan hanya 2% mereka yang dijangkiti dan jangkitan dalam kalangan mereka masih terkawal,” katanya. – FMT

SUMBER/KREDIT:Tun Carlos/jirancakap



Loading...


PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum tinggalkan komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Wanita Terbang Dari Johor Dikenalpasti Sebagai Super Spreader Lepas Menjangkiti 37 Orang Dikesan Positif Covid 19 Di Rumah Panjang Di Sibu. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

SEBANYAK 37 kes baharu positif Covid-19 dikesan di sebuah rumah panjang di Sibu, Sarawak selepas seorang wanita pulang dari Johor untuk menghadiri pengkbmn bapanya di Pasai Siong dan menjadi ‘super spreader’ dalam kalangan penghuni di penempatan berkenaan.

“Mereka dikesan melalui hasil saringan ke atas kes seorang wanita yang kembali dari Johor (kes 1,175) pada 29 Disember 2020. Kes tersebut telah diumumkan oleh JPBNS pada 7 Januari 2021 melalui Kenyataan Media pada 7 Januari 2021,” katanya.

Siaw berkata wanita itu kini dirawat di Hospital Sibu. Menurutnya, wanita itu berlepas dari Johor Bahru melalui Kuala Lumpur dengan penerbangan Firefly FY1335 pada pukul 8 pagi. Dia kemudian mengambil penerbangan transit Malaysia Airlines MH2536 dari Kuala Lumpur ke Kuching pada pukul 1.35 petang pada hari yang sama.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dia telah menjalani ujian calitan (swab) pertama kali dan hasilnya negatif. “Dia kemudian berlepas ke Sibu dengan penerbangan AirAsia AK6466 dari Kuching dan tiba pada pukul 8.50 malam. Dia diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah panjangnya, Rumah Langi di Pasai Siong.

“Dia kemudian menghadiri pemkman bapanya di sebuah perkbran kira-kira 15km dari simpang Jalan Teku Pasai Siong,”katanya. Tambahnya, wanita itu kemudian menjalani ujian calitan kedua pada 5 Januari di Klinik Kesihatan Jalan Lanang dan disahkan positif pada 6 Januari.

Siaw berkata, keesokannya Kementerian Kesihatan menyaring 74 penduduk Rumah Langi dan keputusan pada 8 Januari mendapati seramai 37 individu dikesan positif Covid-19. Ujian saringan akan dilakukan di tujuh lagi rumah panjang lain di Pasai Siong pada Sabtu dan Ahad.

Ujarnya, polis telah membuat sekatan di simpang jalan masuk ke Rumah Langi, Pasai Siong, mulai jam 11.30 malam pada 8 Januari, dan kesemua penghuni lapan rumah panjang itu kini dikuarantin dan tidak dibenarkan keluar.

“Kemudahan makanan dan kesihatan akan diberikan kepada penduduk rumah panjang yang terjejas,” katanya lagi. Rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Langi Ambau, Rumah Jelian Nayor, Rumah Ringgit Unchu, Rumah Pom Maja, Rumah Jeram Empin, Rumah Kely Chundau dan Rumah Nyambong Ajon.

Siaw juga menggesa sesiapa yang telah menghadiri upacara itu di Rumah Langi, Pasai Siong pada 29 Disember hingga 31 Disember untuk tampil membuat pemeriksaan dan saringan di Klinik Kesihatan Jalan Lanang atau Klinik Kesihatan Sibu Jaya. – THE STAR

Kes Naik Mendadak. Terkini Kkm Sarankan Pergerakan Rentas Daerah Dan Negeri Akan Diperketatkan Kalau Kes Covid 19 Terus Meningkat.

JOHOR BAHRU, 9 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyarankan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperketat kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri, sekiranya kes COVID-19 dalam negara terus meningkat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah itu perlu berikutan peningkatan kes COVID-19 akhir-akhir ini dipercayai berpunca daripada kebenaran merentas daerah dan negeri sejak Disember lepas. Selain itu, beliau berkata peningkatan kes turut disebabkan tindakan aktif untuk melaksanakan ujian saringan kesihatan ke atas semua pekerja asing di sektor perkilangan dan pembinaan bermula Januari.

“Sejak 1 Jan lepas, kerajaan telah mewajibkan majikan di sektor industri dan pembinaan membuat saringan kepada warga asing. Jadi, apabila banyak ujian dibuat maksudnya kita akan mendapat banyak kes positif tetapi kita tidak sangka peningkatan kes yang mendadak ini berlaku begitu pantas.

“Ia terjadi kerana kita dapati ada unsur ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan semasa pembukaan semula sektor ekonomi,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pusat Pengumpulan Darah Fasa Dua di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tenggara itu berkata kes positif COVID-19 yang direkodkan ketika ini membabitkan kes sporadik (kes berlaku dalam komuniti) dan kes bukan warganegara. “Nisbah peratusan antara kedua-dua kes ini adalah 50-50. Kes sporadik dijangkiti melalui  pergerakan rentas negeri dan juga kerana tindakan berkumpul atau berhimpun di sesuatu tempat,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media memberitahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tindakan bakal dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan akhir-akhir ini.

Ismail berkata  kerajaan juga sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan dan risiko penularan COVID-19.

Kes Naik Kepada 3k Sehari. Dr Noor Hisham Nak Lakukan Pkp Semula Tapi Dengan Cari Lain. Mengejutkan Ini Cara Yang Dimaksudkan Oleh Dr Noor Hisham.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersasar bagi mengatasi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara kini berdepan dengan situasi yang sukar dan memerlukan solusi ‘pemutus litar’ dalam menurunkan jumlah kes Covid-19.

Menurutnya, perancangan tersebut perlu dilaksana mengikut keadaan dan situasi di sesetengah kawasan. “Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah, kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan. “Perbincangan sedang berlangsung dan mungkin kita akan membuat beberapa keputusan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata, sistem penjagaan kesihatan kini berada di tahap genting dan berhadapan dengan penambahan jumlah pesakit yang tinggi. “(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

Selain itu, Noor Hisham menjelaskan strategi baharu itu melibatkan peraturan berbeza untuk setiap negeri.

“Kami sedang melihat keadaan di negeri hijau dan kuning untuk melihat bagaimana kami dapat melindungi mereka dan mengawal kes daripada meningkat. Ini sangat penting.

“Bagi negeri zon merah, tindakan lebih drastik akan diambil. Kita mungkin melaksanakan tindakan yang lebih disasarkan di negeri-negeri tersebut dengan melihat kluster-kluster di negeri itu.

“Kami juga akan memperketat kawalan sempadan dengan mel.arang orang melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan (kes) terbaharu,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: sinar harian via rentasasia

Gelombang Ketiga Pandemik Covid 19 Ni Membuatkan Jangkitan Positif Dalam Kalangan Petugas Kesihatan Naik Mendadak. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu.

Ketua Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook memaklumkan jangkitan positif Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan yang telah berjuang untuk memutuskan rantaian virus itu. Terdapat sebanyak 1,771 kes positif dalam kalangan petugas kesihatan yang

sah dijngkiti penyakit itu sepanjang mereka melaksanakan tanggungjawab. Tambah Dr Hisham, menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP sepertimana ditetapkan sebelum ini dan menghadkan Iawatan orang ramai ke hospital yang berisiko tinggi dijngkiti virus berkenaan.

Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga 18 Disember 2020, secara kumulatif terdapat 1,771 kes jangkitan C0VID-19 dalam kalangan petugas kesihatan. Sebanyak 1,359 (76.7 peratus) kes-kes tersebut berIaku semasa geIombang ketiga pandemik C0VID-19, termasuk 43 kes baharu yang dilap0rkan pada hari ini.

Berikut adalah lima kumpulan petugas kesihatan yang melap0rkan kes jangkitan C0VID-19 tertinggi sejak bermulanya pandemik C0VID-19 di negara kita. Jururawat 690 ks, Pgawai Perubatan 211 k3s, Pembantu Perawatan Kesihatan 146 k3s, Pembantu Pgawai Perubatan 144 k3s dan Pgawai Perubatan Siswazah sebanyak 84 k3s.

Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan sebanyak 587 (33.1%) petugas mendapat jangkitan dari komuniti, 565 (31.9%) berlaku di antara petugas-petugas kesihatan, 152 (8.6%) jangkitan berkaitan dengan pesakit-pesakit yang masih belum disahkan mendapat jangk!tan C0VID-19, sebanyak 58 (3.3%) tidak diketahui pvnca dan 409 (23.1%) lagi pvnca jangk!tan masih dalam sias@tan.

Peningkatan kes mendadak.

Pada 18 Disember 2020, seramai 280 petugas sedang menerima rawatan di h0spital dan berada dalam keadaan stabiI dengan kadar sembuh sebanyak 84.2%. Manakala seramai 1,697 petugas kesihatan di seluruh negara sedang menjalani Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (Home Surveillance Order – HSO) sama ada di tempat kediaman atau di stesen kuar@ntin.

HospitaI-hospitaI di Lembah Klang yang melap0rkan kes jangkitan COVlD-19 tertinggi adalah daripada HospitaI Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (54 k3s), HospitaI Serdang (29 k3s), H0spital Sungai Buloh (15 k3s), HospitaI Kuala Lumpur (10 k3s), H0spital Ampang (5 k3s) dan H0spital Selayang (4 k3s).

Peningkatan kes yang mendadak dalam kalangan petugas kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang adalah dipercayai berkait rapat dengan peningkatan kes dalam kalangan komuniti. Situasi seumpama ini, iaitu peningkatan kes COVlD-19 dalam kalangan petugas kesihatan pernah diaIami oleh negeri Sabah ketika peningkatan penuIaran jangkitan COVlD-19 dalam kalangan komuniti berIaku di sana. Walau bagaimanapun, kes-kes di kesemua hospitaI yang terlibat masih dalam keadaan terkawal dan perkhidmatan kesihatan masih lagi diteruskan.

Kredit -  apampink




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post