Noraniza Idris dah jadi nenek, anak sulung timang ‘baby girl’ – “Panggil Umi tau, tak nak nanny la… tua sungguh rasanya”

Noraniza Idris dah jadi nenek, anak sulung timang ‘baby girl’ – “Panggil Umi tau, tak nak nanny la… tua sungguh rasanya”

PENYANYI Noraniza Idris menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Aliff Haiqal sudah menimang cahaya mata perempuan pada Selasa.

Noraniza Idris dah jadi nenek, anak sulung timang ‘baby girl’ – “Panggil Umi tau, tak nak nanny la… tua sungguh rasanya”



Menerusi laman Facebook milik penyanyi berusia 53 tahun itu menganggap kelahiran cucu yang diberi nama Hannah sebagai hari bersejarah apabila menjadikan dirinya seorang nenek.

ARTIKEL MENARIK:Baru Je Kecoh Dikatakan Akan Nikah Minggu Ni, Sekali Neelofa Muatnaik Sesuatu Tarik Perhatian Ramai


“Syukur Alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat. Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila di’watikah’ menjadi nanny hari ini.

“Tahniah Aliff BeeLeaf Active mama… terima kasih bawa Hannah untuk kami hari ini,” tulis Noraniza Idris.

Keterujaan Noraniza menimang cucu pertama.

Ruang di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang juga mendoakan agar segala urusan keluarga Noraniza dipermudahkan.

Lebih menarik, kelahiran cucu perempuan itu jatuh pada hari lahir yang sama dengan Aliff iaitu 23 Mac.


Justeru, penyanyi lagu Dikir Puteri ini juga memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang ke-37 tahun.

“Sempena hari lahir Aliff. Ada satu hadiah paling istimewa. Tak ternilai dengan wang ringgit. Hadiah kehadiran satu lagi nadi kehidupan yang sangat besar ertinya dalam hidup berumah tangga hari ini.

Jangan cemburu jika Aliff beri perhatian pada Hannah tau.

NORANIZA IDRIS

PENYANYI

“InsyaAllah… semoga Allah melindungi kehadirannya ke dunia realistik. Hadiah ini istimewa untuk seluruh seisi keluarga. Buat pertama kali lahir seorang lagi keturunan Noraniza Idris dan Haji Idris.

“Semoga Aliff menjadi daddy yang terbaik buat Hannah dan keluarga… menjadi suami yang penuh dedikasi, menjadi anak lelaki pembimbing syurga mama,” katanya.

Sementara itu, Noraniza juga mengucapkan terima kasih kepada menantunya iaitu Ezza Nafiesha yang telah menghadiahkan anugerah bermakna dalam keluarga mereka.



Loading...


“Terima kasih buat Aliff dan Ezza Nafiesha. Tahniah buat isteri yang sangat memahami anak mama. Hadiahkan sesuatu yang sangat besar dan paling bermakna buat kami membawa status nanny untuk mama buat pertama kalinya.

Noraniza mengucapkan terima kasih kepada anak dan menantu kerana menghadiahkan cucu pertama kepadanya.

“Semoga baby Hannah terus menjadi anak yang sihat dan solehah. Menjadi mommy yang sangat bijak membahagikan masa antara karier dengan keluarga. Penting sekali jaga hati Aliff bila ada Hannah.

 

“Jangan cemburu jika Aliff beri perhatian pada Hannah tau… tak sabar nak tengok wajah cucu pertama Umi. Panggil Umi tau, tak nak nanny la… tua sungguh rasanya,” ujarnya.

Aliff Haiqal berkahwin dengan Ezza Nafiesha Zakaria pada 22 Disember 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Aliff adalah anak Noraniza daripada bekas suami Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 28.

 

Sumber : Mstar




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post