HASRAT dan impian pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor serta Haris Ismail atau dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz untuk mendirikan rumah tangga akhirnya terlaksana pada pagi Sabtu. Diraikan dalam suasana penuh romantis dengan dekorasi bunga putih,
diiringi alunan zikir dan lagu-lagu nasyid, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi. Berkongsi detik perkenalan dan keistimewaan Haris di matanya, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan sikap lemah lembut dan kematangan pendakwah bebas itu telah memikat hatinya.
ARTIKEL MENARIK:Sempat berkongsi detik perkenalan dengan PU Riz. Neelofa tanpa ragu dedah soal anak dan kisah percintaan dengan PU Riz
“Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. Sekitar bulan Jun kalau tak salah. “Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali pertama dengannya untuk sebuah projek. Selepas kolaboratif tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran atau masalah,” katanya. Ditanya soal cahaya mata, Neelofa berkata, mereka tidak menolak untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka. “Harapan kami, semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami,” ujarnya. Usahawan dan pengacara popular itu dan Haris selamat diijabkabul dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pada majlis itu, ijab kabul telah disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor yang juga menjadi wakil wali bapa mereka, Mohd Noor. Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.
Hadir sama pada acara pernikahan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.
Warganet tegur pasal SOP
Dalam pada itu, ada di kalangan netizan menunjukkan beberapa keping gambar yang tiada jarak sosial ketika majlis berlangsung. Berikut beberapa komen dari warganet mengenai SOP majlis terbabit. Pelakon Zul Yahya juga melahirkan perkara yang sama di laman facebook beliau.
Majlis ikut SOP
Dalam pada itu, menyentuh mengenai majlis akad nikah mereka yang diadakan di hotel, Neelofa berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dirancang selamat dilangsungkan. Biarpun terikat dengan kekangan setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0
kembali dilaksanakan bermula 13 Januari lalu, namun bekas pengacara MeleTOP itu bertuah kerana mendapat team yang bagus. “Alhamdulillah majlis yang kami rancang selamat dilangsungkan. Pereka majlis perkahwinan kami iaitu Reka Teemor berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi hanya dalam sekitar sebulan.
“Walaupun ada kekangan berlaku apabila kerajaan mengumumkan PKP2.0 pada awal tahun ini, tetapi saya sangat bersyukur kerana apa yang dirancang, dapat dilaksanakan pada hari ini. “Kami dan Reka Teemor bersetuju untuk menggunakan rona putih sebagai satu-satunya warna dalam majlis ini dan mengambil inspirasi di Jabal Rahmah untuk dekorasi keseluruhan,” katanya.
Berkongsi berkaitan kerjayanya, Neelofa berkata, dia akan meneruskan karier sebagai usahawan biarpun sudah bergelar isteri. “Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung.
“Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan. Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa menguruskan rumah tangga. “Bukan itu sahaja,
saya dan Haris ada berkolaboratif menubuhkan Markaz Tijaari dan kami akan memberi fokus kepada Markaz Tijaari terlebih dahulu. “Bagi pelan jangka masa panjang pula, kami juga merancang memperkenalkan produk-produk lain di bawah jenama tersebut, Insya-ALLAH,” kongsinya.
Corat-coret
1. Kira-kira 150 tetamu telah hadir menyaksikan penyatuan pasangan ini. Mereka yang hadir perlu mematuhi kod pakaian serba putih yang ditetapkan. Manakala wanita yang tidak berhijab, diminta memakai selendang, juga berwarna putih.
2. Jabal Rahmah menjadi tema majlis perkahwinan pasangan ini. 3. Pereka perkahwinan, Reka Teemor menggunakan empat tan bunga segar terdiri daripada bunga ros putih, orkid putih, baby breath dan empat jenis bunga lain sebagai hiasan pelamin.
4. Majlis pernikahan pasangan ini diiringi alunan zikir dan persembahan istimewa daripada kumpulan In Team dan Lah Ahmad. 5. Neelofa menggunakan khidmat Sharman Yee sebagai jurusolek dan busana merupakan hasil rekaan Alia Bastamam.
6. Adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor yang menjadi wali dilihat sebak ketika memulakan upacara pernikahan. Dia mengambil masa kira-kira seminit sebelum memulakan kembali upacara akad nikah. 7. Ketika sesi santapan, ruangan makan beradab pengantin ditutup dengan kain putih bagi memberi ruang privasi kepada Neelofa.
8. Tetamu yang hadir diberikan cenderahati istimewa berupa rantai Swarovski, gincu bibir jenama Lancome dan Dyptique from Kens Apothecary. 9. Pengacara Ahmad Fedtri Yahya menjadi pengacara majlis, manakala antara rakan artis lain yang
hadir adalah Datuk Rizalman, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hannah Delisha, Izara Aishah, Kilafairy dan Shalma Ainaa. 10. Pasangan pengantin baharu, Engku Emran dan Noor Nabila turut menjadi perhatian ramai. Turut hadir sama, si cantik Engku Aleesya yang tampak mesra dengan ahli keluarga Neelofa.
Majlis sosial kini dibenarkan dengan pematuhan SOP
KUALA LUMPUR: Majlis sosial seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa selamat dan majlis hari jadi kini dibenarkan untuk diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata majlis perkahwinan bagi agama lain juga dibenarkan kerajaan.
“Mengenai majlis sosial, semua majlis rasmi dan tidak rasmi seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan, resepsi, akikah, doa selamat, sambutan hari kelahiran, ‘reunion’ dan lain-lain dibenarkan. Ia juga diperluaskan kepada mereka yang beragama lain.
“Kehadiran ke premis pula adalah 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP),” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Ismail Sabri berkata, majlis perkahwinan di luar dewan juga dibenarkan tetapi dengan penjarakan fizikal. Katanya, majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan. “Saya harap semua mematuhi SOP yang ditetapkan, jangan bila kenduri, ada yang bersesak-sesak,” katanya.
Majlis sosial seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa selamat dan majlis hari jadi kini dibenarkan untuk diadakan dengan pematuhan SOP.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber :http://trendingsangat.pw/
Sempat Berkongsi Detik Perkenalan Dengan PU Riz. Neelofa Tanpa Ragu Dedah Soal Anak Dan Kisah Percintaan Dengan PU Riz
Lama juga berteka teki dengan peminat dan akhirnya terjawab semuanya pada hari ini. Neelofa, 31 dan PU Riz, 26 selamat disatukan pada hari Sabtu. Neelofa lafazkan rasa syukur kerana akhirnya majlis pernikahannya yang dirancang selama sebulan sudah direalisasikan. Semasa ditemu bual, Neelofa sempat berkongsi detik detik perkenalannya dengan PU Riz yang bermula pada tahun 2017
Terang Neelofa, dia terpikat dengan sikap PU Riz yang merupakan seorang yang baik hari dan matang serta pendengar yang baik. Bahkan Neelofa juga mendedahkan soal perancangan cahaya mata dan harapannya untuk perkahwinan yang baru dibina. Berikut antara soalan yang diajukan kepada pengantin baru kita, Tak lain dan tak bukan,Neelofa
Soalan pertama. Tahniah Lofa. Boleh ceritakan sikit tentang majlis hari ini? Kenapa memilih tema sebegini dan berapa lama masa diambil untuk merancang keseluruhan acara?Alhamdulillah majlis yang kami rancang selamat dilangsungkan. Pereka majlis untuk majlis perkahwinan saya ini iaitu Reka Teemor berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi untuk hanya dalam sekitar sebulan. Benar, kekangan berlaku apabila kerajaan mengumumkan PKP2.0 sekitar penghujung tahun lalu.Tapi saya sangat bersyukur kerana apa yang dirancang, dapat dilaksanakan pada hari ini.Kamu dan Reka Teemor bersetuju untuk menggunakan rona putih sebagai satu-satunya warna dalam majlis ini.
Kita teruskan dengan soalan nombor dua. Berapakah hantaran yang diterima dan dipulangkan serta mas kahwin yang dihadiahkan daripada pihak lelaki?Hantaran kami memberi hanya yang wajib. Bagaimanapun, untuk mas kahwin, saya menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.3
Ketiga, Peminat memang menantikan hari bahagia Lofa. Boleh kongsikan sikit tentang bagaimana detik perkenalan antara Lofa dengan suami dan bila Lofa mula merasakan Haris adalah orangnya.Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. Sekitar bulan Jun kalau tak salah. Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek.Selepas kolaborasi tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing.Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa. Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran atau masalah.
Soalan seterusnya, Selepas mendirikan masjid, bagaimanakah dengan karier Lofa sebagai usahawan? Berjalan seperti biasa atau Lofa mengambil keputusan untuk berehat sementara?Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung. Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan. Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga.
Soalan kelima, Lofa kini memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bagaimana Lofa mempersiapkan diri ke arah itu? Banyak membaca atau banyak bertanya pada ibu?Betul, selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan. Dalam masa yang sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelaskelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga.
Seterusnya, Haris dan Lofa telah menubuhkan Markaz Tijaari sebelum ini. Adakah akan ada kolaborasi lain antara kalian berdua pada masa depan?Untuk kolaborasi projek, kami fokuskan Markaz Tijaari terlebih dahulu. Selain itu, untuk pelan jangka masa panjang pula, kami juga merancang untuk memperkenalkan produkproduk lain di bawah jenama tersebut, insya-Allah.
Soalan yang ketujuh, Adakah Lofa meletakkan harapan untuk menerima zuriat pada masa terdekat?Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.
Akhir sekali, Apakah harapan Neelofa terhadap perkahwinan ini?Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami.
Neelofa Telah Dinikahkan Sendiri Oleh Adik Yang Mewakili Bapanya Sebagai Wali. Ternyata Ini Mas Kahwin Yang Diberikan Oleh PU Riz
Setelah sekian lama, akhirnya Neelofa dan PU Riz sudah sah bergelar suami isteri pada harini. Kelihatan Neelofa kelihatan anggun dengan busana putih dan masih kekalkan niqab dan agak sedondon dengan PU Riz. Dilaporkan akad nikah berlangsung kira kira jam 11 pagi dan ia bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan bertemakan Jabal Rahmah.
Para tetamu juga kelihatan mengenakan pakaian serba putih bagi bersesuaian dengan tema. Untuk makluman, Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin. Menarik sekali pernikahan pasangah ini disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator Datuk Dr Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.
Difahamkan perkahwinan Neelofa da Haris menjadikan ini antara Wedding of The Tear buat kalangan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh orang ramai. Tambahan pula banyak petunjuk yang muncul tentang perkahwinan pasangan ini yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat. Ianya bermula bila seorang individu ini tampil kongsi yang dia melihat Riz sedang membelek sampin songket di sebuah kedai
Berbalik kepada majlis hari ini, PU Riz melangkah masuk ke dewan sebelum upacara akad nikah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Ternyata ia terus menjadi perbualan hangat wargane di media sosial selepas Neelofa pula pada Rabu lalu memuat naik tiga potngan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.Kemudian pada Khamis, inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakw4an sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.Neelofa turut menafikan tuduh4n yang mend4kwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakw4h muda itu.
Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.
Gambar Bekas Kekasih PU Riz Pula Jadi Perhatian Ramai. Ternyata Ini Kisah Di Sebalik Dia Berpenampilan Busana Putih
Jika sebelum ini, Amal Syahmina telah menjadi bualan warganet sebaik sahaja pendakwag dari program Pencetus Ummah Eiz merisik Neelofa pada bulan lalu. Ternyata kisah sedih berkaitan perhubungan mereka pernah dikongsi di IG miliknya dan ambil keputusan untuk lupakan segala kenangan bersama pendakwah itu. Bahkan baru baru ini, PU Riz dan Neelofa dilaporkan bernikah pada hri ini.
Susulan hal itu, pengikut Amal di IG makin bertambah saban hari dan terbaru dia ada berkongsikan beberapa gambar yang mengenakan busana persalinan serba putih.. Jika dilihat pada perkongsian itu, dapat dilihat dia memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Amal yang meiliki wajah yang begitu cantik merupakan antara satu kurnian Allah swt yag amat berharga.
Difahamkan foto tersebut dipercayai adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun dia masih menerima ucapan tahniah daripada warganet yang tersilap dia telah dirisik oleh seseorang. Dapat dilihat warganet terus menitipkan kata-kata positif selain mendoakan agar Amal akan menemui jodoh terbaik dalam kehidupannya.Kami di sini mendoakan agar Amal jumpa jodoh yang baik.Terdahulu, akaun Instagram miliknya mencecah ratusan ribu pengikut namun telah digodm oleh individu tidak bertanggungjawab sebelum mencipta akaun baru ini.
Ini tema dan lokasi sebenar Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz
Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.
” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.
” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.Suasana di sekitar Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur di mana majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung sebentar lagi.
Teka Teki Tentang Pernikahan Neelofa Dan PU Riz Terjawab Jua Akhirnya. Sumber Ini Dedahkan Tentang Majlis Tersebut
Setelah sekian lama teka teki tentang isu perkahwinan pasangan selebriti ini, akhirnya terjawab jua setelah Neelofa dan PU Riz akan disatukan dalam ikatan suami isteri pada pagi ini. Dilaporkan majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz dijangka akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi. Walaupu Neelofa dan PU Riz masih tidak membuka mulut, namun sumber yang terdekat telah memaklumkan bahawa pasangan itu bernikah dalam satu majlis tertutup.
Ada sumber memaklumkan bahawa majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihairi sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua dua pihak dan rakan baik mereka. Kata sumber”Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini. Bagaimanapun, ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”
Jika dilihiat di akaun Instagram (IG), @lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.”Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.
“Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.”Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.
Neelofa berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.”Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.”Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.
“Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz meraih perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.
Seterusnya inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.
Kredit -
Post a Comment