Michael Ang dedahkan Mk bakal berlakon dengan Mira Filzah. Tapi tiba tiba nama Nabila Razali pula yang kena petik. Terkedu rupa rupanya ini punca.

Michael Ang dedahkan Mk bakal berlakon dengan Mira Filzah. Tapi tiba tiba nama Nabila Razali pula yang kena petik. Terkedu rupa rupanya ini punca.

Wow, siapa sangka tak lama lagi penyanyi kegemaran ramai iaitu MK K-Clique bakal bergelar pelakon dan turut akan digandingkan bersama dengan heroin pujaan ramai iaitu Mira Filzah!

Michael Ang dedahkan Mk bakal berlakon dengan Mira Filzah. Tapi tiba tiba nama Nabila Razali pula yang kena petik. Terkedu rupa rupanya ini punca.



Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang yang menjanjikan bahawa drama tersebut bukan lah drama cliche.

ARTIKEL MENARIK:Zulin Aziz muat naik foto pre wedding. Sekali tiba tiba warganet perasan benda ni pula siap kaitkan Mira Filzah. Rupa rupanya ini punca.


Ini merupakan projek pertama buat MK dalam dunia lakonan dan disebabkan itu ramai peminatnya berasa sangat teruja. Dalam masa yang sama, ruangan komen foto tersebut yang dimuat naik oleh Michael menyaksikan ramai pengikutnya menginginkan MK digandingkan bersama dengan Nabila Razali.




Sebelum ini, MK dan Nabila pernah digandingkan dalam Music Video lagu Peluang Kedua dan daripada situ ramai yang sukakan lakonan mereka di dalam MV tersebut. Sebenarnya dah lama juga kan tak tengok Nabila berlakon, kali terakhir tengok Nabila jadi heroin ialah untuk drama Kebaya Kasut Kanvas.

Mungkin lepas ni mana-mana pengarah atau penerbit boleh gandingkan Nabila dengan MK? Apa pun, good luck kepada MK yang kini sudah bergelar pelakon! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber foto: Instagram Michael Ang dan Nabila Razali via Hot.fm

Dikritik Teruk Gara Gara Terkucil Semasa Nyanyi Live. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Nabila Razali Dedahkan Apa Yang Terjadi Saat Saat Cemas Terkucil Lagi.

Kuala Lumpur: Persembahan penyanyi Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terus mendapat kritikan teruk oleh warganet. Di Twitter, persembahan penyanyi itu tular sekelip mata apabila rata-rata warganet mengkritik dan mengkritik apabila Nabila ‘terkucil lagi’ ketika menyanyi secara langsung.

Malah, ada pengguna media sosial yang menyifatkan nyanyiannya seperti itik. Tidak kurang juga, yang menulis sinis ‘mungkin bukan peluang kedua, tapi ketiga’. “Nabila Terkucil lagi,” tulis seorang pengguna media sosial. Buka mulut je, dah ke laut,” komen seorang lagi warganet.

Pun begitu, ada juga warganet berasakan Nabila sudah berusaha melakukan yang terbaik ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua itu. Namun, yang pasti lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu antara karya diramalkan warganet bakal dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AJL35.

Bagaimanapun, Nabila dalam temubualnya kepada media sebelum ini berkata dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi pertandingan itu. Ujarnya, dia hanya mahu melaksanakan tanggungjawab diberi pencipta lagu yang memberi kepercayaan kepadanya.

AJL35 yang dihoskan Awal Ashari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam norma baharu tanpa kehadiran penonton kerana pandemik C0vid-19.

‘Persembahan terbaik daripada saya’

Shah Alam: “Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.” Itu kata penyanyi, Nabila Razali susulan persembahannya yang tular menerusi lagu Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), semalam.

Kebanyakan ciapan di Twitter menyifatkan nyanyian dan vokal Nabila terkucil pada bahagian tertentu sehingga mencacatkan persembahan itu.Nabila yang ditemui seusai acara itu, berkata banyak ruang yang masih boleh diperbaiki.

“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam). “Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.

“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabila, masalah suara yang dihadapi sebelum ini sudah sembuh sepenuhnya. “Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni. “Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.

“Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan. “Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kontroversi sebelum ini, Nabila mahu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. “Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari ‘team’ saya sendiri.

“Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya. “Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.

AJL35: Tiada lagi peluang ketiga buat Nabila – warganet

PETALING JAYA – “Selepas ini tiada lagi peluang kedua atau ketiga buat Nabila Razali.” Demikian antara komen warganet selepas menonton persembahan Nabila mendendangkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF di pentas Anugerah Juara Lagi ke-35 sebentar tadi.

Pelbagai komen dan kritikan dilemparkan warganet dalam media sosial terhadap penyanyi berusia 29 tahun itu sepanjang persembahannya malam ini. Antara komen menarik termasuklah daripada pengarah dan penerbit, Michael Ang yang tetap memuji persembahan Nabila kerana tampil berani pada malam ini.

Malah, tanda pagar #peluangkedua juga sohor kini dalam Twitter ketika ini. “Tepuklah sikit, memang dia tak sempurna sebab ada bahagian tergelincir tetapi sekurang-kurangnya dia berani menyanyikan lagu tersebut,” katanya dalam satu ciapan.

NAMA Nabila Razali trending dalam Twitter ketika ini. Meninjau laman media sosial malam ini, khususnya dalam Twitter, rata-rata warganet sedang hangat memperkatakan tentang persembahan Nabila. “Tak perlu dah beri peluang kepada Nabila. Saya kecewa,” ujar seorang warganet.



Loading...


Sementara, masih ramai yang berpendapat agar orang ramai tidak terus menkritik nyanyian Nabila. “Saya rasa sangat kasihan dengan Nabila. Mungkin dia terlalu gemuruh. “Berhenti memblinya dan jika ditonton semula, nyanyiannya sangat beremosi. Awak telah lakukan yang terbaik!,” komen seorang lagi pengguna Twitter.

PERSEMBAHAN penuh emosi Nabila ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua. Untuk rekod, ini bukan kali pertama Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali ‘terkucil’ dalam nyanyiannya kerana kejadian sama pernah berlaku pada tahun lalu ketika membuat persembahan dalam rancangan MeleTOP.

Sebelum ini, Nabila juga tidak membuat persembahan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 kerana terpaksa direhatkan susulan masalah peti suaranya. “I’m sorry… saya dah cuba yang terbaik” – Nabila Razali minta maaf, terkucil di final AJL35. Bukan senang nak menyanyi secara live tambah lagi program tv besar macam AJL, nyanyian Nabila Razali sedikit bermasalah ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Je Nabila Razali Nyanyi Lagi Peluang Kedua Semasa Ajl 35 Sekali Ini Respon Selamba Dari Mk Clique Buat Warganet Terkedu. Sampai Macam Ni Sekali Respon Dari Mk.

Nasib sekali lagi tidak menyebelahi penyanyi, Nabila Razali apabila dia terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung sebentar tadi. Nabila atau mesra disapa Bella itu, beberapa kali tergelincir daripada nota yang sepatutnya. Malah, dia juga kelihatan agak sukar untuk melontarkan vokal dengan baik.

Kejadian itu sekali gus menjadi perdebatan ramai khususnya di platform media sosial. Namun, menerusi pemantauan di platform berkenaan, reaksi warganet diihat sedikit bercampur baur. Ada yang mengkritik, namun ramai juga yang simpati dengan penyanyi berkenaan.

“S.edih tengok Bella, tapi eff0rt dia ada. Kuatkan semangat dan cuba lagi lepas ni” “Kita tahu Bella dan buat yang terbaik. Mungkin dia gementar, stop bli dia” “Dia dah bagi sebaik mungkin, jangan kritik dia. Stay strong Nabila.” tulis beberapa warganet. Selain warganet, rakan artis juga turut memberi sokongan moral.

Respon Dari MK Clique


Untuk rekod, lagu Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposer itu sendiri, Hael Husaini ketika pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35. Walaubagaimanapun, Bella kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35. Sekadar info, Bella sebelum ini pernah memaklumkan penarikan dirinya daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 adalah kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh d.oktor untuk berehat.

Kredit : AstroGempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Cari Alternatif Baru Untuk Tambah Pendapatan. Nabila Razali Dedah Buka Perniagaan Ini Bagi Mengisi Masa Lapang Sepanjang PKP

Sejak pelaksanaan PKP 2.0,ramai masyarakat Malaysia termasuklah artis selepas segala aktiviti hiburan dihentikan buat sementara waktu. Baru baru ini,Nabila Razali ambil langkah berani untuk terlibat dalam perniagaan makanan dengan menjual ayam goreng untuk tambah pendapatan.

Jelas Nabila,“Ini adalah salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP, Alhamdulillah saya tak sangka akhirnya ada kedai sendiri.‘Ia adalah pengalaman baru, seronok dan tak sangka PKP ini ada banyak hikmahnya. Jadi apa kata kita cari alternatif untuk tambah pendapatan,” katanya.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, Nabila berkata dia masih tidak mengabaikan persediaan menghadapi Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL) dengan berlatih di rumah.“Dekat rumah saya ada berlatih… saya masih lagi buat persediaan menghadapi AJL. Lagi pun sambil goreng ayam pun boleh menyanyi la,” katanya.Terdahulu, Nabila mengesahkan dia bakal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Dia Menunggu Sesuatu Ini Sudah Lama. Nabila Razali Akui Menangis Selama 2 Hari Hanya Kerana Heart Broken.

Penyanyi Nabila Razali mengakui menangis selama dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 3 (SFMM 35) baru-baru ini. Jelas Nabila yang disahkan mengalami masalah peti suara memberitahu, tangisan itu disebabkan perasaan ralat kerana sudah lama menanti untuk muncul dalam pertandingan itu sejak lagi Pematah Hati.

“Saya sedih tak dapat menyanyikan lagu sendiri sebab saya sudah menunggu dari lagu Pematah Hati lagi, kali ini masih tiada rezeki. Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke semi final Muzik-Muzik 35, saya dapat tahu pula tak boleh menyanyi, hati saya hancur. Dua hari saya menangis! Memang rasa ‘broken heart’. Tapi saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya,” katanyaTambah Nabila, dia enggan mengambil risiko untuk meneruskan juga persembahannya kerana risau jangkaan peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap lagu itu.

“Proses ini panjang, ia membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya. Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,” tambahnya. Ditanya mengenai penyanyi gantian yang bakal menyanyikan Peluang Kedua pada SFMM 35 nanti, Nabila enggan berkongsi lanjut.

“Insya-Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi. Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti,” katanya.

Pusingan ketiga SFMM 35 yang dijadual berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditunda ekoran penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 yang juga terbabit dalam pertandingan itu pada Jumaat minggu sama. Difahamkan pusingan ketiga SFMM 35 itu akan disambung selepas 14 hari iaitu tempoh kuarantin bagi semua kru, pengacara dan penyanyi terbabit tamat.

Peminat Mengharapkan Nabila Razali Ada Untuk SFMM35. Nabila Akui Dia Mengalami Sakit Ini Dan Kerana Itu Dia Tidak Dapat Menghadiri.

Warganet mahu Nabila Razali nyanyi lagu Peluang Kedua di SFMM35. Penangguhan program nyanyian Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) disambut baik oleh segelintir penonton terutamanya peminat kepada penyanyi Nabila Razali. Ini kerana dalam tempoh tersebut, mereka berharap penyanyi lagu Peluang Kedua itu sudah sembuh daripada masalah kesihatan dan dapat membuat persembahan tanpa perlu diganti oleh penyanyi lain.

Menerusi laman sosial, rata-rata peminat meninggalkan komen mengharapkan Nabila menyanyikan sendiri lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu dalam merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung tahun depan.

Menjawab persoalan peminat itu, pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib berkata, impian peminat untuk menyaksikan Nabila mempersembahkan lagu itu berkemungkinan akan tercapai namun bergantung kepada keadaan kesihatan penyanyi itu.

“Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu… jika sudah pulih sepenuhnya besar kemungkinan Nabila akan buat persembahan itu. Sejak awal lagi dia mahu menyanyikan sendiri lagu berkenaan tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pihak pengurusan membuat keputusan demikian” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Asrul berkata, dari sudut positif penangguhan program nyanyian itu seolah-olah memberi peluang untuk Nabila beraksi semula.

Justeru itu, Nabila memohon orang ramai mendoakan supaya dia segera pulih dan dapat menyempurnakan tugasan tersebut. “Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan mungkin juga lagu tersebut mahu dinyanyikan oleh penyanyi asal. “Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih,” katanya.

Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih secepat mungkin!

Pada Jumaat lalu, Nabila terpaksa melupakan impiannya untuk menyampaikan lagu Peluang Kedua di SFMM35 kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Mengikut jadual, lagu tersebut akan bersaing di episod ketiga SFMM35 yang sepatutnya bersiaran pada Ahad lalu. Bagaimanapun, salah seorang penyanyi yang telah membuat persembahan pada episod pertama iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, pihak produksi terpaksa menunda program tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Menerusi temubual bersama mStar baru-baru ini, Nabila mengakui sedang menjalani pemulihan daripada masalah tekak yang berkemungkinan boleh menyebab dia tidak boleh menyanyi dalam tempoh yang panjang.

Nabila Razali terlepas peluang Separuh Akhir Muzik Muzik 35, siapa bakal nyanyi lagu Peluang Kedua?

SUSULAN masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan, penyanyi Nabila Razali terpaksa melupakan impiannya untuk menyampaikan lagu Peluang Kedua di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SAMM35) pada Ahad ini.

Menurut pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada doktor, guru vokal iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan komposer lagu tersebut, Hael Husaini serta MFMF.

Katanya lagi, biarpun sudah menjalani pelbagai rawatan namun berehat dalam jangka masa panjang merupakan pilihan terbaik buat Nabila.

Nabila alami masalah kesihatan.

“Nabila tak dapat membuat persembahan di SAMM35 pada Ahad atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Keputusan ini dibuat atas nasihat mereka yang berkepentingan. Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik. Ia keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SAMM antara yang menjadi impiannya sebagai penyanyi. Dia sudah menjalani latihan vokal sejak Oktober lalu dengan Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya menerusi kenyataan rasmi. Nabila sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada malam Ahad, iaitu hari terakhir SAMM35.

Pihak pengurusan masih mencari pengganti Nabila.

Menerusi temu bual bersama mStar pada Isnin lalu, Nabila mengakui sedang menjalani pemulihan daripada sakit tekak yang berkemungkinan boleh menyebabkan dia tidak dibenarkan menyanyi.

Biarpun begitu, pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini tetap berusaha melakukan persediaan yang rapi menjelang konsert SAMM35 yang bermula pada Jumaat.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Nabila masih dalam usaha mencari pengganti terbaik untuk menyampaikan lagu tersebut dan akan memaklumkan perkembangan mengenainya dalam masa terdekat.

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian. Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini,” ujarnya.

Nabila Razali dituduh gadai maruah untuk dapat ‘job’ – “Saya dan team hanya buat kerja, kami tidak pernah ganggu sesiapa”

MENERIMA mesej berbaur negatif itu melakukan perbuatan tidak elok, pelakon dan penyanyi Nabila Razali mengakui kritikan tersebut menjejaskan emosinya.

Menurut Nabila, 28, dia tidak pernah mempertikaikan rezeki orang lain dan menegaskan kejayaan yang dicapainya kini datang daripada hasil kerja kerasnya.

“Kritikan bukanlah perkara baharu tapi kali ini paling membuatkan saya sedih. Saya kata saya tidak pernah mempertikaikan rezeki orang lain.


“Saya bekerja sangat keras untuk sampai ke tahap ini. Ramai yang DM (mesej langsung) beri kata-kata semangat dan minta saya untuk mengabaikan mesej sebegini.

“Tapi sebagai manusia biasa tipulah kalau saya katakan tidak terkesan dengan komen berunsur negatif seperti ini. Kata-kata kotor yang dilemparkan sangat tidak boleh diterima oleh mana-mana individu pun.

“Saya dan team hanya buat kerja kami dan tidak pernah menganggu sesiapa. Untuk masa depan… saya harap tiada lagi komen sebegini,” katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi paparan skrin mesej daripada pemilik akaun Instagram yang menuduhnya tergamak melakukan perkara tidak senonoh untuk mendapatkan tawaran berlakon di stesen televisyen.

Ramai yang DM beri kata-kata semangat dan meminta saya untuk mengabaikan mesej sebegini.

Malah, individu tersebut juga menghina fizikal dan suara penyanyi lagu Peluang Kedua itu yang disifatkan seperti watak kartun. “Hoi sun**! Kau mengangkang kat orang TV3 mana yang dapat job berlakon ha? Dah la muka hodoh hitam, hidung besar pun boleh jadi heroin. Nyanyi pun macam kartun nak berlakon. Isk geli! Tengok teaser pun meluat dengan suara kartun kau tu. Tolonglah cermin sikit muka tu sedar diri kau tak berbakat. Kau hidup pun makan duit seperti itu sebab tak ada bakat. Kenapa la kau tak mam*** saja!” tulis individu itu.

Dalam pada itu, Nabila memohon maaf sekiranya ada menggores hati mana-mana pihak sepanjang berada dalam industri dan berharap tiada lagi komen atau mesej seperti itu lagi di masa hadapan.

“Saya juga minta maaf jika ada menggores hati mana-mana pihak sepanjang saya berada dalam industri,” ujarnya. Sebelum ini, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu pernah beberapa kali berdepan dengan kritikan terhadap nyanyian dan lakonannya.


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post