Lelaki Sudah Dua Hari Mati Ahli Keluarga Tidak Sedar

Lelaki Sudah Dua Hari Mati Ahli Keluarga Tidak Sedar

Keluarga tidak sedar sudah dua hari tidak kelihatan membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam bilik tidurnya. Baca selanjutnya..

Lelaki Sudah Dua Hari Mati Ahli Keluarga Tidak Sedar



SUDAH DUA HARI MENINGGAL DUNIA

ARTIKEL MENARIK:Denda RM10,000 Jika Langgar PKP Mulai 11 Mac 2021


Kemaman – Seorang pembantu kedai makan yang sudah dua hari tidak keluar dari bilik tidurnya rupa-rupanya sudah meninggal dunia di Taman Bestari Rakyat, Bukit Kuang di sini hari ini.


Kematian lelaki berusia 38 tahun itu hanya disedari ahli keluarganya apabila mahu memanggilnya makan tengah hari pada pukul 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring di bilik tidurnya yang terletak di belakang rumah didiami mereka.

“Salah seorang ahli keluarga mangsa cuba memanggilnya tetapi tiada sahutan selain dia juga terhidu bau busuk.

“Sebaik pintu bilik itu dibuka, lelaki tersebut didapati sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi wartawan di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemeriksaan mendapati mayat lelaki itu sudah membengkak dan sedang dalam proses pereputan.

“Berdasarkan keadaan mayat si mati sewaktu ditemui, dia mungkin telah meninggal dunia dalam tempoh sekurang-kurangnya dua hari.

“Mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya.



Loading...


Sementara itu, jiran mangsa, Nurzakiah Ismail, 41, memberitahu mangsa masih bujang dan menetap bersama lima ahli keluarga termasuk abang dan kakak iparnya.

“Sebelum ini dia amat mesra dengan kanak-kanak dan sering membersihkan longkang. Begitupun kelibatnya tidak kelihatan dalam sehari dua ini sebelum dia ditemui sudah meninggal dunia,” katanya.

Sumber : Kosmo via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post