Dah masuk genap setahun berkahwin dengan anggota polis. Mamat Sepahtu dedahkan sesuatu tentang isterinya

Dah masuk genap setahun berkahwin dengan anggota polis. Mamat Sepahtu dedahkan sesuatu tentang isterinya

Selepas setahun bergelar suami kepada anggota polis iaitu Nordiana Ibrahim, Mamat yang merupakan pelakon dan pelawak membuat perkongsian telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 1 Mac. Sempat lagi dia membuat hantaran ucapan manis buat isteri tersayang.

Dah masuk genap setahun berkahwin dengan anggota polis. Mamat Sepahtu dedahkan sesuatu tentang isterinya



Selepas setahun bergelar suami kepada anggota polis iaitu Nordiana Ibrahim, Mamat yang merupakan pelakon dan pelawak membuat perkongsian telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 1 Mac. Sempat lagi dia membuat hantaran ucapan manis buat isteri tersayang.

ARTIKEL MENARIK:Akui sudah rujuk semula dengan bekas suami. Zarina Anjoulie dedah perkembangan terbaru tentang dirinya dan bekas suami


“Tanpa sedar hari ini genap setahun hari pernikahan kami. Walaupun rasa macam baru semalam je ia berlaku tapi banyak liku-liku yang dilalui bersama,” tulisnya. Kata Mamat lagi tidak mudah bergelar suami kepada anggota polis wanita dan perumpaan yang ditulis telah mencuit hati pengikutnya di laman sosial.


“Sesungguhnya penat kawin dengan polis perempuan kalau korang nak tau! Sebab dia akan akan perhatikan setiap gerak geri kau hingga kau rasa seperti kena t.ahan kat ‘roadblock’, tapi kau tak pakai ‘spender (seluar dalam)’.“Tapi itu yang akan mmbuatkan kau lebih dewasa dan berhati-hati dalam melangkah ke depan…Selamat menyambut hari perkahwinan yang pertama untuk isteri ku tersayang @_cik_nana…Semoga kita bertemu di syurga, doakan kami,” tulisnya.

Manakala di ruangan komen, pengikut turut mendoakan rumah tangga Mamat dan isteri berkekalan selain mengusiknya mengenai cahaya mata.Mamat ketika dihubungi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan perjalanan karier dan rumah tangganya bersama isteri.

“Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan juga isteri selama ini. Tentang cahaya mata pula, kami merancang tetapi Allah jua yang menentukan segalanya.“Doakan kami dikurniakan cahaya mata yang comel ya. InsyaAllah ada rezeki untuk kami nanti,” katanya yang mengimpikan empat orang anak sebagai penyeri rumah tangga mereka.

Lepas Tular Tentang Gosip Dengan Mamat Sepah Kali Ni Fida Dedah Dia Ditawarkan Duit Puluhan Ribu Oleh Individu Ini Kalau Fida Nak Jadi Isteri Dia. Sekali Ini Respon Fida Buat Warganet Terkedu.

Agaknya sudah lama tidak melihat pelakon manis Rafidah Ibrahim muncul di kaca televisyen. Pelakon drama Epilog Syurga Cinta ini pernah dikatakan mempunyai gosip menjalin hubungan cinta dengan pelawak Mamat Sepah dan baru-baru ini juga mereka saling bertanyakan khabar.

Terbaru, Rafidah menerusi postingnya di laman Instagram berkongsikan dia menerima mesej dari orang yang tidak dikenalinya. Mesej tersebut seolah menawarkan pelakon ini dijadikan sebagai isteri dan dikatakan menawarkan sejumlah wang kepadanya.


Rafidah memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya melalui DM Instagram. Tangkap layar tersebut menawarkan wang ringgit yang banyak sekiranya Rafidah sudi menjadi isteri mereka. Tambah pengirim tidak dikenalinya itu, dia berasa jatuh cinta apabila melihat gambar telatah Rafidah.

Terdahulu Rafidah berterima kasih kepada individu berkenaan sekiranya niat dia benar untuk memperisterikan pelakon ini. Namun bagaimanapun, Rafidah memaklumkan dia sudah mempunyai pilihan pasangannya dan majlis akan berlangsung tidak lama lagi.

Alhamdulillah. Terima kasih atas niat suci awak tu. Saya dah ada pilihan hati saya, InsyaAllah. Sebelum salah faham, biar Fida jelaskan. Dah beberapa kali jadi macam ni sampai ada yang nak cari family. Bila dah accept di DM, rupanya jadi panjang lebar. Harap dah tak ada lagi lepas ni ok. Tak lama je lagi majlis Fida akan berlangsung, InsyaAllah. Doakan yang terbaik.

Sumber: Rafidah Ibrahim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: OHBULAN

Pernah Bercinta Tapi Tiada Jodoh. Lama Menyepi Tiba Tiba Fida Tampil Bersuara Dedahkan Kisah Silam Dengan Mamat Sepah Siap Kongsi Perbualan Wassap Lagi.

Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, berkongsi bingkisan perbualannya di WhatsApp bersama kenalan lama yang juga pelawak, Mamat Sepah. Menurut Fida, perkongsian dibuatnya di Instagram itu menunjukkan bahawa dia dan Mamat profesional serta menghormati di antara satu sama lain sebagai kenalan lama yang pernah rapat dahulu.

“Saya dan Mamat, kami tidak pernah bermusuh pun selama ini. Cuma, kami selesa membawa haluan masing-masing kerana menghormati perasaan pasangan dan pandangan masyarakat. Cuma, baru-baru ini mungkin kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami ada berhubung di WhatsApp bagi bertanya khabar. Selain, Mamat juga mendoakan hari bahagia saya nanti.

“Pada majlis pernikahan Mamat dan isteri, Nordiana tahun lalu, saya tak dapat hadir kerana ada urusan perniagaan. Tapi, sebagai rakan artis dan saling kenal, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Fida lagi, tiada salah juga untuk mereka bertanya khabar sesama rakan artis. Malah, ujarnya semoga silaturahim kita sentiasa terjaga dan dipelihara oleh Allah SWT. Terdahulu, pada awal Januari lalu, Fida turut berkongsi khabar gembira yang dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tidak lama lagi.

Menurut Fida,  dia dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan merancang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini. Ujarnya lagi, mereka adalah kenalan lama dan sudah saling mengenali lebih 10 tahun lalu. Malah, Fida menyifatkan calon suaminya seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Walaupun Pernah Hancurkan Nama Dia Dulu. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Mamat Tampil Bersuara Bongkarkan Cerita Pasal Kumpulan Sepah. Tergamam Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Antara Mereka.

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan Shuib lebih kurang 10 tahun yang lalu. Menurut Mamat, dia mengakui kehilangan sahabat baik amat perit baginya namun tetap akur dengan segala yang terjadi.

“Dalam dunia ni, ada satu je kawan saya yang datang rumah mak saya takkan marah iaitu Jep. “Pada pandangan orang luar ye memang Sepah tengah banyak duit ketika itu, muka kitaorang bertahun keluar tv non-stop. “Tapi bila kita brbalah pasal kerja, pasal attitude saya dan semua ada masalah masing-masing, kita ada alasan yang tersendiri.

“Bila saya kehilangan kawan saya tu, saya dah tak tahu nak cari kawan yang sebaik mana lagi macam diorang ni. Mereka terlampau baik dalam hidup saya,” katanya. Kisah tersebut dikongsikan oleh Mamat menerusi program bual bicara, Rumah No 107 yang disiarkan di saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mengakui dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sepahtu meski dia pernah menganggotai kumpulan lain sebelum ini. “Tapi itu mungkin kesilapan saya, masa ataupun orang sekeliling yang mengapi-apikan tapi saya tidaklah mahu menyalahkan orang sekeliling. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.



Loading...


“Lama kami sunyi tapi kita tak pernah bertengkar atau bertumbk. Saya tiada persoalan buat mereka sebab mereka dah jawab segalanya. “Cuma saya nak diorang tahu, satu hari nanti apa itu erti persahabatan dan mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka.

“Sebab mereka berdua ni saya letakkan ke depan walaupun saya pernah ada group lain,” jelasnya lagi. Pada masa sama, Mamat turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah berdendm atau menyimpan perasaan terhadap dua sahabat baiknya itu.

“Bagi saya mereka tiada dosa dengan saya. Jangan satu hari nanti mereka pergi menghadap illahi mereka bagi tahu isteri mereka ada dosa dengan Mamat. Aku nak korang tahu hari ni yang korang takda dosa dengan aku. “Dengan apa yang terjadi walau korang pernah hancurkan nama aku satu ketika dulu, aku nak korang pergi menghadap illahi nanti korang cakap kat bini korang tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab aku dah ampunkan awal 10 tahun yang dulu.

“Sebab kita pernah janji kita nak pergi sanma-sama. Kau pergi aku duduk sebelah kau. Itu saya pernah cakap dengan Jep,” katanya jujur. Mamat, Jep dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepah ketika menyertai program Raja Lawak musim ke-3.

Bagaimanapun, Mamat telah disingkirkan daripada kumpulan tersebut pada 2012 atas sebab-sebab tertentu. Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkahwin dengan anggota polis yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu pada 1 Mac lalu.

Mamat dan Nordiana terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2018. Sepah (kumpulan pelawak) Kumpulan Sepah merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak dan Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan dari Johor ini cukup dikenali menerusi

rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Jep (Mohd Nazri Zainal Abidin), Shuib (Shahmira Muhammad) dan Mamat (Mohd Noor Murad). Shuib merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah. Jep pula berkahwin dengan pelakon, Sari Yanti pada 2017

Sejarah Awal. Jep dan Mamat terlebih dahulu berkawan semasa sama-sama masih bersekolah di SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya, Johor. Jep dan Shuib pula berkenalan sewaktu bertemu di ujibakat AF 4 tetapi tidak terpilih.

Persahabatan mereka berlanjutan hingga sama-sama bekerja sebagai Ramp Agent untuk Air Asia bersama-sama Shuib. Disebabkan ingin melengkapkan kumpulan mereka, Jep mencadangkan rakan lamanya Mamat yang seorang kaki lnggr.

Shuib sebelum bertemu Jep, dia berkenalan dengan Mawi sebelum juara AF 3 itu menjadi selebriti semasa dia masih bekerja sebagai dj di restoran dimana Shuib sering berkaraoke. Asalnya masing-masing minat menyanyi dan mahu

menjadi penyanyi tetapi disebabkan mendapat nasihat yang syarikat rakaman mahukan rupa paras yang menarik, mereka pun mengubah hala tuju dengan memilih platform Raja Lawak untuk memasarkan bakat mereka dan percubaan itu akhirnya menjadi apabila mereka ditabalkan Raja Lawak musim ke 3 dan kumpulan pertama menjuarai pertandingan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MH

Mamat Dan Isteri Macam Langit Dan Bumi. Mamat Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Tentang Rumahtangganya. Terkedu Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Dalam kalangan dunia hiburan lawak tempatan, Mamat Sepah adalah antara pelopor kepada kumpulan lawak yang mula mendapat tempat di hati masyarakat. Bersama Shuib dan Jep, Mamat mula menempa nama menerusi kumpulan lawak Sepah sehingga beberapa kali memenangi pertandingan sebelum mereka akhirnya berpecah.

Di antara ketiga mereka, Mamat yang paling lambat berkahwin. Bertarikh 2 Mac lalu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Muradakhirnya menamatkan zaman bujang apabila sah bergelar suami kepada Nordiana Ibrahim.

Menariknya, isteri Mamat adalah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dikenali sebagai Diana Ibrahim. Dalam perkongsian di Instagram baru-baru ini, Mamat berkongsi bagaimana karektor berbeza antara mereka dengan mengusik isterinya dapat menerima lelaki ‘rock’ sepertinya.

” Macam langit dan bumi.. di sudut hati isteri saya mesti mikirkan nape la laki dia macam ni. ” Mesti dia tak penah terpikir akan berkawin dengan lelaki rambut panjang macam saya.. yela sekeliling kat tempat kerja dia sume orang yang smart dan berdisplin,

” Balik je umah jumpa laki rambut mcm orang kat pagar besi, kadang yang kat pagar besi tu lagi smart dari laki dia.. ” Dia kna terima hakikat kahwin dengan rockers sejati.. Sape sruh awk terima pinangan saya dlu?? ” Padan muka ko dapat laki rambut sama panjang. Luaran tidak mnjanjikan apa-apa.. yang penting? Tolong sambung..” akhiri Mamat

Mamat suka simpan rambut panjang sejak remaja. Meskipun lebih dikenali sebagai pelawak apabila pernah bergandingan bersama Shuib dan Jep sebagai satu kumpulan lawak Sepah, namun kecintaan Mamat terhadap muzik rock tidak dapat dinafikan.

Penampilannya kini yang selesa berambut panjang sebenarnya bermula sejak zaman muda remaja lagi. Mamat turut pernah berkongsi gambar sekitar tahun 2005 ketika dia bersama rakan termasuk Jep Sepahtu pergi menonton konsert kumpulan rock terkenal, Search di Melaka.

” Ni zaman kami budak2 kulai dan senai keje kilang surat kabo NSTP.. Zaman ni dlm kepala asik pikir camne nk populer cam kumpulan search..apa yg ptot kite buat supaya nmpak lain dri lain.. ” Masa ni umur saya dgn jep 20 tahun..gambo di amik masa tahun 2005 bru balik dri konsert search kt melaka.. Hari2 mengelamun klu la satu hari nanti dpt jmpe kumpulan search lepas tu perfome dgn dorg atas pentas msti gempak beb..

” Time ni hari2 saya selalu ckp kt mmber2 satu hri nanti wa jd artis…hari2 gak kna gelak kan dgn mmber2 sbb dorg kata aku x btol …tahun 2008 aku hentikan gelak ketawa dorg..dorg harus bergelak tgk kami di kaca tv.. ” Dari dlu aku mmg slalu set kt kepala IMPIAN BIAR LA SEPERTI MELASTIK SAMPAI KE BINTANG KEJORA..” tulis Mamat

Jodoh Lewat Tetap Bersyukur

BERTEMU jodoh pada usia 35 tahun dirasakan sudah lewat bagi pelawak Mamat Sepah. Bukan tidak bersyukur dapat bergelar suami tetapi memikirkan umur yang meningkat. Apatah lagi, melihat kebanyakan rakannya sudah memiliki anak terutama dua anggota Sepah iaitu Jep dan Shuib yang masing-masing kini bergelar bapa.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad melangsungkan pernikahan Ahad lalu dengan wanita pilihan, Nordiana Ibrahim, 34. Bertemu jodoh dengan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Mamat berkata, dia memilih wanita kelahiran Lahad Datu, Sabah itu sebagai teman hidup.

Masih aktif dalam kerjaya sebagai pelawak sepenuh masa, Mamat berkata, dia juga belum terfikir untuk menceburi perniagaan secara serius. “Berniaga kecil-kecil itu adalah, tetapi untuk fokus lebih jauh seperti dilakukan kebanyakan rakan selebriti saya yang lain, rasanya belum benar-benar berminat.

“Namun, Alhamdulillah setakat ini rezeki saya masih ada dalam bidang lawak. Jika tiada aral, untuk tahun ini saya akan terbabit dengan beberapa program lawak di TV,” katanya. Ditanya mengapa dia dilihat seakan menyepi, Mamat berkata, untuk program TV dia memang jarang muncul sebelum ini tetapi, kini cabang platform sudah pelbagai.

“Walaupun untuk program TV, saya tidak selalu muncul tetapi untuk platform digital memang banyak aktiviti. ANGGOTA polis menjadi pilihan Mamat. ANGGOTA polis menjadi pilihan Mamat. Jadi, selama ini saya tak pernah sepi.

“Ditambah, dengan nama Sepah itu sehingga kini ramai yang kenal saya. Selalu saja saya ditegur di mana saja berada. Itu bermakna jenama Sepah sangat kuat,” katanya. Mengulas hubungan persahabatan dengan Jep dan Shuib, anak jati Kulai, Johor itu berkata, mereka masih lagi rapat dan baik seperti dulu.

“Tak ada yang berubah pun dalam persahabatan kami. Selalu saja saya, Jep dan Shuib bertanya khabar termasuk berjumpa jika kami ada kelapangan masa. “Kami datang dari negeri sama iaitu Johor. Malah, saya dan Jep berasal dari kampung yang sama. Buat apalah kami nak brbalah atau masam muka.

“Masing-masing pun, sekarang sudah ada keluarga. Jadi, saya yakin kami bertiga semakin matang dalam pemikiran kerana umur pun dah banyak,” katanya. Berbicara perkembangan kerjaya seninya, Mamat berkata, dia akan sibuk dengan aktiviti rakaman program lawak disertainya.

Ditanya mengenai perancangan bulan madu dan cahaya mata, Mamat berkata, dia dan isteri belum berfikir untuk destinasi percutian mereka. Begitu juga soal anak. Menurut Mamat, anak adalah rezeki kepada pasangan suami isteri. Justeru, untuk dia dan isteri, semua itu diserah pada ketentuan Allah SWT. Pada majlis perkahwinannya baru-baru ini, Mamat memilih untuk mengikut cara dan adat kampung sebagai memenuhi permintaan bapa, Murad Ayob, 75, dan ibunya, Masinah Ahmad, 68.

Kecantikan Isteri Mamat Buat Ramai Terpukau. Tapi Ramai Yang Tak Tahu Isteri Dia Ada Kuasa Untuk Tangkap Orang. Rupa Rupanya Ini Jawatan Dia Yang Ramai Tak Tahu.

Pelawak, Mamat Sepah yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini akui kasihan melihat isterinya yang terpaksa bertugas dan berkawal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Mamat berkata, isterinya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam turut dibekukan cuti sehingga pandemik COV1D-19 betul-betul pulih.

“Kesian bini aku, tak cukup rehat…Kadang tu duduk depan TV pun terlelap. Nak kejut tak sampai hati sebab aku tahu dia letih. “Sepanjang PKP ni, aku jadi pendengar setia dia yang sedih dengan orang-orang degil dan ingkar PKP di kawasan sini.Isteri aku kata, kalau boleh polis pun tak mahu tangkap orang, tak mahu marah-marah dah halau suruh balik rumah…tapi disebabkan terpaksa tugas, kena buat juga,” katanya.

Tambah Mamat, sepanjang PKP ini rutin hariannya juga berubah iaitu ‘bertugas’ menghantar isteri pergi dan balik kerja. “Dia tak minta aku hantar dia pergi kerja tapi aku yang volunteer. Berkorbanlah sikit untuk isteri…Tengok dia penat pun dah tak sampai hati. “Kalau nak diikutkan hati ni rasa bersalah sebab tak sempat pun nak bawa isteri pergi berbulan madu dan rasa macam ‘pengantin baru’.

“Raya tahun ini pun mungkin di Shah Alam sahaja kalau rantaian COV19 ini tak putus. Lagi pun isteri kena kerja,” katanya. “Sebenarnya Saya Cepat-Cepat Kahwin Sebab Nak Bawa Isteri Beraya Kat Kampung, Tapi Apakan Daya…” – Mamat Sepah.

Pelakon Mamat Sepah mengakui antara sebab dia memilih melangsungkan pernikahan pada 1 Mac lalu kerana mahu membawa isteri pulang berhari raya di kampung. Namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana Aidilfitri tahun ini jatuh pada saat rakyat Malaysia terpaksa ‘brprang’ dengan pandemik COV1D-19.

“Jangan cakap raya…seb4k rasa hati ini terkenang orang tua di kampung halaman. Saya punya la nak nikah cepat-cepat tahun ni sebab nak bawa bini beraya dengan keluarga semua. “Tapi apaka daya, meleset semuanya! Reda je lah, kita hanya mampu merancang namun yang menentukan segalanya Allah SWT.

“Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Yang penting kita percaya pada ketentuan Allah dan jangan ragu-ragu dengan DIA,” kata Mamat ketika dihubungi Gempak. Dalam pada itu, mengulas mengenai ribuan kenderaan yang diarahkan berpatah balik kerana mahu pulang ke kampung, pelawak tersebut memohon orang ramai patuh pada perintah kerajaan.

“Kerajaan sudah memberi kelonggaran dengan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pun dah besar rahmat dah. “Ikutlah nasihat kerajaan. Berkorban sedikit hari ini untuk kebaikan kita pada masa hadapan. Selepas ini pasti kita boleh bertemu juga keluarga di kampung.

“Bersabar sikit ya semua. Kalau nak diikutkan perasaan, saya pun sedih. Dah 13 tahun jadi artis ini lah kali pertama tak dapat beraya dengan mak dengan ayah kat kampung,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post