Pelakon Sari Yanti, 37, berkongsi berita gembira kepada umum yang kini dia sedang hamil. Sari berkongsi hal tersebut menerusi Ask Me A Question yang dimuatnaik di Instagram Stories, semalam. “Betul ke kak Sari mengandung lagi,” tanya individu yang tidak diketahui identitinya.
“Lebih dari 50% soalan ini. Ya betul kak Sari mengandung. Alhamdulillah,” jawab Sari. Tambah pemilik nama Sari Yanti Mohamad Nazari, ini adalah kandungan yang ketujuh selepas dia mengalami dua kali keggran. “Ini kehamilan yang ketujuh sebenarnya,” katanya merujuk kepada soalan sama ada ini kandungan yang ketiga.
ARTIKEL MENARIK:Lama dah berpisah dengan bekas isteri. Tiba tiba Fizo Omar suarakan hasrat nak kahwin lagi. Mengejutkan sekali ini respon dari anak perempuan Fizo Omar.
Dalam pada itu, pelakon drama Kisah Kaisara turut menyatakan dia tidak ada mengambil sebarang suplemen sepanjang hamil. “Nak tanya akak Sari sepanjang mengandung ini ada tak ambil suplemen apa-apa?” tanya warganet.
“Vitamin yang doktor bagi ja. Lain tak ambil,” balasnya. Sebelum ini, timbul teka teki yang mengatakan Sari sedang berbadan dua selepas dia berkongsi foto bersama aktres Scha Alyahya di Instagram (IG). Namun, spekulasi itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. Sari berkahwin dengan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir. Sari juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: GEMPAK
Lama Menyepi Tiba Tiba Tular Gambar Sari Yanti Dan Scha Alyahya. Mengejutkan Bila Ramai Yang Teka Sari Yanti Hamil Lagi.
Walaupun sudah jarang muncul di kaca televisyen, selebriti cantik, Sari Yanti masih lagi aktif di media sosial dengan melakukan review produk-produk daripada pelanggan. Isteri kepada pelawak terkenal, Jep Sepahtu itu juga semakin selesa menguruskan rumah tangga dengan kehadirian seorang lagi anak lelaki yang berusia hampir lapan bulan.
Cantiknya dua-dua ni
Namun begitu, menerusi perkongsian gambar terbaru selebriti berusia 36 tahun itu, beberapa orang warganet telah membuat speklasi apabila kelihatan Sari Yanti seolah-olah sedang berbadan dua. Gambarnya bersama Scha Alyahya yang bakal
bersalin anak kedua tidak lama lagi telah memperlihatkan perut Sari Yanti yang terlihat seakan sedang hamil walaupun tidak berapa kelihatan. Komen daripada pelakon Almy Nadia juga seperti mengiyakan dakwaan warganet berhubung kehamilan tersebut.
Wahh! macam ada isi lagi je
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah tinggalkan ucapan tahniah walaupun tidak dapat dipastikan berita tersebut. Masing-masing berasa teruja melihat baby bump Sari Yanti dan mendoakan supaya urusan kedua-dua selebriti itu dipermudahkan.
Sumber: Sari Yanti
Lama Mendamkan Diri Akhirnya Scha Al Yahya Bongkarkan Tentang Jantina Anak Keduanya, Tergamam Bila Tiba Tiba Scha Bongkarkan Ini..
Pada Oktober 2020, genap 6 bulan usia kehamilan anak kedua pelakon dan peragawati Scha Al-Yahya dan suaminya aktor Awal Ashaari. Umum mengetahui, pada usia berkenaan juga jantina bayi dalam kandungan itu sudah boleh dilihat menerusi ujian imbasan yang dilakukan di klinik atau h0spital.
Dalam satu muat naik di laman Instagram Scha baru-baru ini, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan selepas soalan itu diajukan oleh salah seorang peminat. Menurut Scha melalui program live tersebut, secara jujurnya beliau tidak mahu menyembunyikan jantina anak kedua mereka itu….MN
“Dah dua kali pergi check, tapi dia masih lagi tutup. Doktor kata you can’t see anything between the legs.” ujar Scha ketika ditanya tentang jantina bayi tersebut. Jelasnya lagi, mungkin ia terlalu di peringkat awal susulan anak pertama mereka Lara Alana juga begitu sewaktu diperiksa.
“Dia suka menyorok, dia suka tutup, cover muka dia, macam kakak dia,” kata Scha. Bagaimanapun, Scha menyatakan bahawa beliau akan memaklumkan serta berkongsi jantina bayi tersebut, selain memohon doa daripada orang ramai agar ia dipermudahkan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kehamilan Kali Ini Agak Teruk Berbanding Sebelum Ini. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Awal Ashaari Bongkarkan Keadaan Terkini Scha Alyahya. Rupa Rupanya Sepanjang Kehamilan Ini Yang Jadi Pada Scha.
PENGACARA dan pelakon Awal Ashaari berkongsi keadaan isterinya iaitu pelakon Scha Alyahya yang masih mengalami alahan teruk biarpun sudah melepasi tiga bulan awal kehamilan. Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 39, kelakuan isterinya juga tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil.
“Kehamilan dia kali ini agak teruk berbanding sebelum ini. Kalau masa mengandungkan Lara, lepas tiga bulan dia dah okey. Tapi sekarang dia masih muntah, perut berangin dan lenguh-lenguh badan. Awal dan Scha bakal timang anak kedua pada Februari tahun depan.
“Tapi harap-harap tak berpanjangan sampai sembilan bulan sebab memang ada orang alami alahan sepanjang proses kehamilan. Scha ni kalau hamil memang dia berubah menjadi orang lain. Dia akan jadi lebih pendiam.
“Masa tiga bulan kehamilan, Scha memang langsung tak sentuh handphone dan apabila tengok TV pun, dia akan tutup suara. Sebab dia rasa macam rimas dan sensitif dengan bunyi,” kata Awal kepada mStar. Pengacara program Melodi itu ditemui ketika majlis pernikahan pelakon Mira Filzah dan Wan Emir Astar di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
“Kalau kami beli sesuatu untuk Lara, kami akan cakap barang itu hadiah daripada adik dia.” Menerusi laporan mStar pada 6 Ogos lalu, Awal mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Scha Alyahya hamil empat bulan.
Dalam pada itu, Awal mendedahkan anak sulungnya iaitu Lara Alana kini masih dalam proses untuk belajar menerima kehadiran adik baharu. “Lara sekarang dalam proses nak belajar untuk terima adik sebab dia tengah rasa takut nak berkongsi. Lara juga pernah tanya dekat saya, baby keluar nanti akan beli mainan dan ada bilik sendiri tak.
“Malah, nama adik pun dia tak bagi mula dengan huruf L atau guna nama Lara. Dia banyak tanya supaya semua benda itu tidak perlu kongsi. Tapi sekarang ini, saya dan Scha lebih manjakan dan sayang dia. “Kalau kami beli sesuatu untuk Lara, kami akan cakap barang itu hadiah daripada adik dia. Supaya dia rasa adik pun sayang dia,” ujarnya.
Awal mendirikan rumah tangga dengan Scha pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana yang kini berusia enam tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Apam Pink Media
Sumber : mSTar
Scha Alyahya belum tahu jantina anak
PELAKON popular, Scha Alyahya yang kini hamil empat bulan mengakui belum mengetahui jantina anak kedua yang bakal dilahirkan kelak. Scha berkongsi perkara itu di Instagram Stories selepas mendapat kad ucapan serta sejambak bunga kiriman pengacara popular, Neelofa.
Menerusi kad itu, Neelofa mengucapkan tahniah atas berita kehamilan Scha yang bakal memberikan adik lelaki kepada Lara Alana. “Tahniah atas berita yang luar biasa ini dan memberikan hadiah berharga kepada Lara, seorang adik lelaki,” tulis Neelofa.
Bagaimanapun, Scha yang juga isteri kepada pengacara, Awal Ashaari berkata, mereka belum mengetahui jantina bayi yang dijangka dilahirkan pada Februari tahun depan. “Lara buat hal la ni. Kami belum tahu lagi jantina bayi. Hanya doakan semoga bayi membesar dengan sihat. Terima kasih atas doanya,” tulisnya.
Dalam kad ucapan sama, pengacara progam Next To Neelofa itu turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Scha sepanjang kehamilan. “Anda pasti gembira atas kehamilan kali kedua ini. Saya doakan anda selamat menjalani perjalanan ini,” katanya.
Terdahulu, berita kehamilan Scha dikongsi Awal menerusi video berdurasi 38 saat sempena hari jadi ke-39 pengacara Melodi itu. Dalam video itu memperlihatkan keterujaan Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai kehamilan ibunya sambil memegang kit ujian kehamilan.
“Mummy sedang hamil. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. Saya akan menjaga adk lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” katanya. Bagaimanapun Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki. Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu. Scha dan Awal yang berkahwin pada 2012 sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.
PELAKON popular, Scha Alyahya yang kini hamil empat bulan mengakui belum mengetahui jantina anak kedua yang bakal dilahirkan kelak.
Scha berkongsi perkara itu di Instagram Stories selepas mendapat kad ucapan serta sejambak bunga kiriman pengacara popular, Neelofa.
Menerusi kad itu, Neelofa mengucapkan tahniah atas berita kehamilan Scha yang bakal memberikan adik lelaki kepada Lara Alana.
“Tahniah atas berita yang luar biasa ini dan memberikan hadiah berharga kepada Lara, seorang adik lelaki,” tulis Neelofa.
Bagaimanapun, Scha yang juga isteri kepada pengacara, Awal Ashaari berkata, mereka belum mengetahui jantina bayi yang dijangka dilahirkan pada Februari tahun depan.
“Lara buat hal la ni. Kami belum tahu lagi jantina bayi. Hanya doakan semoga bayi membesar dengan sihat. Terima kasih atas doanya,” tulisnya.
Dalam kad ucapan sama, pengacara progam Next To Neelofa itu turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Scha sepanjang kehamilan.
“Anda pasti gembira atas kehamilan kali kedua ini. Saya doakan anda selamat menjalani perjalanan ini,” katanya.
Terdahulu, berita kehamilan Scha dikongsi Awal menerusi video berdurasi 38 saat sempena hari jadi ke-39 pengacara Melodi itu.
Dalam video itu memperlihatkan keterujaan Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai kehamilan ibunya sambil memegang kit ujian kehamilan.
“Mummy sedang hamil. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. Saya akan menjaga adik lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” katanya.
Bagaimanapun Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki. Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu.
Scha dan Awal yang berkahwin pada 2012 sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.
menimang cahaya mata kedua apabila Scha kini sedang hamil empat bulan. Berkongsi kegembiraannya, Awal yang juga pengacara program Melodi itu berkongsi pengalamannya menjaga isteri yang sedang hamil. “Kami mendapat tahu mengenai kehadiran bakal cahaya mata kedua ini sejak Mac lalu. Namun, kami memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu memandangkan ia masih dalam peringkat awal.
“Kalau nak diikutkan, usaha kami untuk mendapatkan anak kedua sudah bermula sejak Lara berusia tiga tahun lagi. Namun, pada waktu itu belum ada rezeki dan nampaknya, Allah memberi rezeki anak kepada kami dalam tahun ini,” katanya. Berkongsi mengenai pengalaman ketika membuat ujian kehamilan pada Mac lalu, Awal berkata, dia membeli pelbagai jenis alat ujian kehamilan dari farmasi.
“Saya beli banyak alat ujian kehamilan daripada yang paling murah hinggalah yang mahal. Setiap hari, Scha akan buat ujian dan kalau nak diikutkan, lebih tujuh kali Scha jalankan ujian. “Ujian pertama, garisan penanda itu nampak samar-samar. Tapi, semakin hari, penandanya semakin jelas dan sampailah kami menjalani pemeriksaan dengan doktor,” katanya.
Berkongsi mengenai ‘perangai’ aneh isterinya, Awal berkata, Scha kini cepat rimas dengan bunyi-bunyian. “Ketika Scha mengandungkan Lara, dia memang tak suka memegang telefon dan tidak aktif di media sosial. Jadi, perkara sama berulang dan itu tidak terlalu mengejutkan saya.
“Yang menjadi kejutan buat saya adalah dia benar-benar tidak sukakan bunyi bising sehingga menonton TV pun dia akan tutupkan suara. “Kalau drama atau filem yang disediakan sarikata, tak jadi masalah. Tapi apabila yang tidak ada sarikata, saya sendiri pun hairan melihat kerenahnya,” katanya.
Scha juga pernah meluahkan hasratnya untuk menutup akaun media sosialnya tetapi Awal tidak membenarkannya. “Saya juga terpaksa letakkan telefon dalam ‘mood’ senyap kerana dia cepat terganggu. Kalau anda nak tahu, selama lebih tiga bulan ini sayalah yang menjaga akaun Instagram Scha dan sering memuat naik benda-benda berkaitan kerja memandangkan ada komitmen kerja yang harus dikongsikan,” katanya.
Ditanya mengenai Lara yang bakal bergelar kakak, dia kini mula menunjukkan sikap ‘cemburu’ dengan kehadiran adiknya yang dijangka dilahirkan pada Februari tahun depan. Awal berkata, Lara seperti merasakan dirinya kurang mendapat perhatian daripada ibunya yang juga pelakon dan pengacara itu.
“Pada peringkat awal, dia seronok. Dalam dua ke tiga minggu ini, dia cepat merengek dan nampaknya, seperti inginkan perhatian. Dia bertanya kepada saya, kenapa bila dia bercakap dengan ibunya, tapi ibunya tak layan. “Saya jelaskan kepadanya mengenai bayi dalam kandungan Scha dan dia mula faham. Tapi, pada masa sama, dia banyak bertanya, selepas ibunya bersalin adiknya akan tinggal dengan siapa dan siapa akan teman dia tidur,” katanya.
Menurutnya, dia dan Scha belum melihat ‘keakraban’ antara Lara dengan adiknya yang bakal lahir itu. “Apa yang saya nampak, hubungan ‘akrab’ antara Lara dengan adiknya itu belum ada. Saya sampai terpaksa mereka cerita, beritahu dia bahawa adiknya kirim salam dan adiknya suruh saya belikan mainan untuk Lara.
“Jadi, sedikit sebanyak, dapat sedapkan hatinya dan buatkan dia rasa bahawa adiknya itu sebenarnya baik dan sayangkannya,” katanya. Berkongsi mengenai cerita kehamilan isterinya, Awal berkata, Scha mula berubah dari segi selera makan. “Banyak makanan yang dia suka makan sebelum ini, dia tak pandang pun kalau saya beli. Kalau ada dia kempunan untuk makan apa-apa makanan, dia sendiri akan pesan secara online.
“Ada juga beberapa kali dia teringin untuk makan masakan saya seperti nasi goreng sardin dan juga bubur jagung. Jadi, saya sediakan untuknya,” katanya. Berkongsi mengenai cara dia dan Scha untuk membesarkan cahaya mata kedua ini, Awal berkata, ia bergantung kepada keputusan bersama.
“Kalau perempuan, mungkin cara membesarkannya tak jauh beza dengan Lara. Kalau lelaki, ada sedikit perbezaan memandangkan tanggungjawab anak lelaki lebih besar. “Dari segi pendedahan anak-anak kepada umum, mungkin kami akan berbincang sama ada akan diberikan pendedahan atau bagaimana. Yang pasti, kami ingin membesarkan anak kami seperti ibu bapa lain di luar sana walaupun ia sedikit mustahil,” katanya. Terbaru, Awal kini sedang bekerja keras untuk menyelesaikan pelbagai cabang kerja seni dalam norma baharu selepas banyak berdepan kerugian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Jadi diri sendiri
TIDAK dinafikan, gelaran pasangan popular masih kekal relevan menjadi milik Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Ditambah pula selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana, ia melengkapkan lagi jenama keluarga ini menjadi keluarga selebriti popular.
Bagaimanapun, ramai tidak tahu apa yang dipamerkan baik di alam nyata mahupun di media sosial, Awal dan Scha atau mesra disapa Schawal ini sentiasa menjadi diri sendiri. Scha, 36, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata, dia sekeluarga lebih selesa menjalani kehidupan seperti biasa tanpa cuba memalsukan kehidupan sedia ada.
“Sejujurnya, kami tidak merancang soal jenama pasangan popular ini, malah bukan satu keutamaan untuk mengekalkan gelaran ini. “Apa yang kami ada ini mengambil masa, bukanlah datang dalam tempoh yang singkat. Jadi apa yang dilakukan sekarang adalah menjadi diri sendiri dan menjalani kehidupan seperti biasa.
“Jika diikutkan, saya dan Awal memiliki karakter berbeza. Awal lebih kepada penguasaan maklumat dan komunikasi. Saya pula fokus kepada fesyen dan penggayaan. Jadi, kami saling melengkapi dan memperbaiki semua kelemahan untuk menjadi lebih baik,” katanya.
Malah disebabkan itu, Awal dan Scha kerap mendapat jemputan untuk digandingkan sebagai pasangan pengacara. Namun menurut Awal, gandingannya dengan Scha sebagai pengacara mungkin sukar meraih keserasian. “Walaupun kami sudah berkahwin hampir tujuh tahun, bab kerja ada bezanya.
Ada ketika, cara kami bercakap dan berfikir berbeza. Walaupun orang kata suami isteri banyak berkongsi perkara, tapi apabila kami di pentas ada saja kelemahannya dan tak serasi,” katanya. Menurut Awal yang juga bekas pengacara program Melodi, dia perlu mencari keserasian itu jika mahu melihat gandingannya bersama isteri dalam satu program TV.
“Selama ini kami tak pernah terfikir untuk bekerjasama sebagai pengacara sebab lebih selesa secara solo. Kalau sudah ada permintaan, kami perlulah berikan yang terbaik. “Susah memang susah. Bagi saya, Scha lebih dominan ketika di pentas. Sebab itu saya sering digandingkan dengan pasangan pengacara yang tidak dominan. “Tapi kami okey saja. Kebimbangan itu lebih pada dia bukan saya. Paling penting sebenarnya, setiap pasangan pengacara perlu bijak memberi dan menerima,” katanya.
Tambah anak
Berkongsi mengenai cahaya mata, Awal dan Scha mengakui tak pernah berhenti berusaha untuk menambah ahli keluarga. Pun begitu pasangan itu belum terfikir menggunakan kaedah dan rawatan alternatif. “Lara sudah berusia lima tahun. Sudah lama kami mahu tambah anak, apatah lagi usia kami bukan muda lagi. Memang itu yang kami sekeluarga mahukan. Saya memang mahu mengandung. “Namun buat masa ini belum ada rezeki dan tidak terfikir untuk mencari alternatif lain,” katanya.
Kredit -
Post a Comment