Ajar cara sebutan nama anak kedua. Pasangan selebriti Scha dan Awal umum buka akaun instagram untuk anak kedua mereka

Ajar cara sebutan nama anak kedua. Pasangan selebriti Scha dan Awal umum buka akaun instagram untuk anak kedua mereka

Sedar tak sedar, dah genap sebulan usia anak kedua kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Terbaru dikhabarkan pasangan selebriti ini membuka akaun Instagram khas buat Layla Amina.

Ajar cara sebutan nama anak kedua. Pasangan selebriti Scha dan Awal umum buka akaun instagram untuk anak kedua mereka



Namun begitu, akaun itu masih diletak dalam mod privasi dan hanya mempunyai tiga pengikut iait Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana. Dapat dilihat, setakat ini hanya 25 keping gambar dikongsi di IG tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Lepas je Nabila Razali nyanyi lagi peluang kedua semasa Ajl 35 sekali ini respon selamba dari Mk Clique buat warganet terkedu. Sampai macam ni sekali respon dari Mk.

Yang menarik perhatian ramai ialah berdasarkan profil akaun itu, Awal siap menunjukkan cara sebutan nama Layla iaitu Lee-la. Bukan main unik betul cara nak sebut nama anak pasangan selebriti ni. Untuk pengetahuan, sebelum ini, Scha telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan Prince Court yang teretak di Kuala Lumpur pada tanggal 12 Februari yang lalu.


Tular Tentang Awal Ashaari Sekolahkan Warganet Pasal Hari Krismas Tiba Tiba Pu Syed Pula Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Hukam Pakai Topi Santa Tu. Rupanya Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu.

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menegur segelintir masyarakat terutama golongan selebriti mengenai hkum memakai pakaian santa. Tegasnya menerusi Instagram, hukum berbuat demikian adalah hram dan boleh mendatangkan fitnh kepada diri, keluarga dan agama.

“Tidak ada keperluan memakai topi $anta Claus atau apa saja perhiasan berkaitan Hari Krismas termasuk meletak pokok Krismas kerana ia seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut,” tulisnya.


Dalam masa sama, PU Syed turut menyebut nama pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini memuat naik gambar di IG masing-masing dengan memakai topi santa. Di penghujung hantarannya, PU Syed meminta mereka memadam gambar yang memakai topi santa. – CARI



Sumber via Teh TarikKaw

Lepas Teruk Dikritik Teruk Oleh Warganet Gara Gara Muat Naik Foto Sambut Krismas. Akhirnya Awal Ashaari Tampil Bersuara Lantang Sekolahkan Warganet.

TINDAKAN pengacara Awal Ashaari memuat naik foto ketika menghadiri sambutan hari Krismas seorang kenalan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet di Instagram. Tampil menjelaskan situasi sebenar, Awal berkata, foto dia bersama isteri Scha Alyahya dan anak mereka Lara Alana itu dirakam semasa mengunjungi kediaman seorang sahabat baik bagi menghormati jemputan tuan rumah.

“Ramai orang cuba untuk dapatkan jawapan saya mengenai foto sambutan Krismas yang tular sekarang. Jawapan saya mudah, Lara belajar di sekolah antarabangsa dan ramai kawan baiknya bukan Muslim, mereka sambut Krismas.

“Sebagai kawan, apabila ada sambutan mesti kita akan dijemput dan kita ingin menziarah, tuan rumah beri dress code, kita ikut untuk hormati. “Sama macam Hari Raya Aidilfitri, kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya di rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada juga pakai jubah. Mereka juga akan menjamu selera dengan makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tidur malam tu,” katanya.

Awal jelaskan mengenai foto sambutan hari krismas yang dimuat naik di Instagram.

Pengacara program Melodi ini menulis penjelasannya itu menerusi Instastory pada Isnin. Sebelum ini, ada segelintir warganet beranggapan tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.

Meskipun berbeza agama dan pegangan, Awal berkata mereka masih menghormati keluarganya yang beragama Islam dengan menyediakan juadah halal. Merujuk kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Awal memberitahu dia turut mengundang kenalan daripada pelbagai bangsa mengunjungi kediamannya bagi meraikan kedatangan 1 Syawal itu.

“Orang Kristian pun hormat agama kita, mereka selalunya beli makanan kat restoran yang halal jadi kita rasa selesa, dia orang tak minum pun depan kita sebab hormat. “Bila nak bergambar, mereka akan cari spot yang cantik contohnya kat dinding yang kita dok gantung kad raya, gantung ketupat plastik dan gantung lampu kelip-kelip yang kita beli di Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Mereka post di Instagram untuk wish dan cakap terima kasih sebab jemput, apabila mereka pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka, Buddha, Hindu atau pun Kristian. Mereka tak automatik jadi Islam. Cuba terbalikkan situasi itu dan anda akan dapat jawapannya,” ujarnya.

Dikhabarkan Awal Dan Keluarga Penuhi Undangan Krismas Sehinggakan Menjadi Perdebatan Warganet. Sekali PU Syed Minta Padam Gambar Tersebut

Gara-gara memuat naik foto memenuhi undangan sambutan Hari Krismas seorang teman, ruangan komen Instagram Awal Ashaari menjadi tempat perdebatan warganet.Perbezaan pendapat di kalangan pengikut tercetus apabila ada yang menganggap tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak patut.

Kumpulan tersebut mempersoalkan keperluan Awal menyambut Krismas dan berpendapat ia bertentangan dengan akidah.Namun ada juga mempertahankan Awal sebagai menghormati undangan teman demi menjaga silaturahim sesama insan.

Foto tersebut mendapat hampir 72 ribu tanda suka dengan 1,652 komen pengikut (ketika artikel ini ditulis).Selain bergambar di hadapan pokok krismas bersama isteri Scha Alyahya dan anak, Lara Alana, Awal turut berkongsi foto kenang-kenangan bersama teman-temannya di ruangan Insta Story.

Dalam pada itu, Gempak sempat meninjau laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai isu yang menjadi perdebatan di laman sosial pelakon dan pengacara popular tersebut.Menerusi artikel dimuat naik JAKIM pada 3 September 2010, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12

Apr2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.Muzakarah telah memutuskan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Untuk informasi lanjut klik di sini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Loading...


“Public Figure Malaya, Sila P4dam Gambar Kalian Memakai Topi Santa” – PU Syed

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menegur segelintir masyarakat terutama golongan selebriti mengenai hukum memakai pakaian Santa.Tegasnya menerusi Instagram, hukum berbuat demikian adalah haram dan boleh mendatangkan ftnah kepada diri, keluarga dan agama.

“Tidak ada keperluan memakai topi Santa Claus atau apa saja perhiasan berkaitan Hari Krismas termasuk meletak pokok Krismas kerana ia seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut,” tulisnya.Dalam masa sama, PU Syed turut menyebut nama pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini memuat naik gambar di IG masing-masing dengan memakai topi Santa.

Di penghujung hantarannya, PU Syed meminta mereka memadam gambar yang memakai topi Santa.untuk publik figure malaya,@awalashaari @schaalyahya,@syedsaddiq.Dan semua umat Islam yg faham bahasa Melayu!
Hukum memakai pakaian santa adalah H4RAM.Inilah yg para Ulama telah hukumkan.Maka jangan datangkan ftnah kpd diri, keluarga dan agama dgn membuat sesuatu yg bidaah dholalah itu.Semoga dpt dipadam gambar² kalian dgn memakain topi santa itu.PU Syed.Ustaz Azhar Idrus – Boleh tak Ucap Merry Christmas

Dikatakan Telah Merosakkan Jenama Dan Reputasi Syarikat Hiasan Dalaman. Awal Ashaari Disaman RM3 Juta Dan Ini Penjelasan Awal Tentang Apa Yang Berlaku

Baru baru ini, sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot telah menyaman pengacara dan pelakon, Awal Ashaari dan dua defendan lain kerana didkwa memftnah syarikat tersebut.Menerusi laporan Malaysia Gazette, syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta setelah menerima ugtn undang-undang tanpa henti daripada artis tersebut.

Menurut syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry, mereka telah memfailkan saman terhadap Awal Ashaari bersama dua defendan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lalu melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors. Awal Ashaari dan dua defendan tersebut disaman sebanyak RM3 juta.

Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020. Beliau dikatakan telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu.


Syarikat hiasan dalaman itu turut mendkwa bahawa hantaran, catatan dan komen oleh Awal memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat tersebut dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan. Oleh itu, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini. 

Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk Awal Ashaari melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau.Menurut peguam, Nurul Hafidzah Hassan, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancmn yang dibuat oleh Awal dan yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.

‘Cabar datang jumpa aku’ – Awal.This is my last warning to make you call me, OR speak to my lawyer about this. Aku tak kan teragak agak untuk siarkan wajah korang berdua kat IG ni, if still tak dapat kerjasama dari korang. Kau tak jawab pertanyaan media 3 minggu lepas sebab konon nya takde persediaan secara proffesional dan takut buat kenyataan salah.

Habis tu, Kau tak jawab pertanyaan Aku, YOUR PAID CLIENT selama berbulan bulan ni? Kau nak bersedia secara proffesional jugak ke? Come on. Buat business biar beradap. BERETIKA. Aku bukan mintak Kau SPONSOR. Aku agree bayar FULL price, apa yang Kau charge Aku, satu sen pun Aku tak mintak discount sebab aku nak tolong bisnes orang melayu.

Tu pun Aku baik hati lagi tak mintak semua, Aku kasi company Kau absorb 20% untuk cover losses Kau. Tak bersyukur jugak lagi? Alih alih, orang melayu jugak yang buat naya kat orang melayu. So stop turn the table around and kengkonon Aku yang naya dan ftnah Kau.  Kalau KAU tak CANCEL meeting kat office lawyer haritu, Kalau Kau JAWAB call Aku or lawyer aku. Benda ni takkan jadi. So stop this drama because I have all the evidence to bring you down.

Terdahulu, Awal didkwa mencabar syarikat kontraktor tersebut yang mendkwa dia memburuk-burukkan nama syarikat itu di Instagram Story untuk datang bersemuka dengannya. Malah, Awal dipercayai mempunyai segala bukti membabitkan sebut harga, maklumat pembayaran, kiriman e-mel dan perbualan WhatsApp dengan kontraktor syarikat tersebut berhubung kerja-kerja mereka yang tidak memuaskan hatinya.

Tindakan Scha Menutup Akaun IG Raih Perhatian Ramai. Scha Alyahya Dedah Cerita Sebenar Yang Berlaku Terhadap Akaunnya Sehinggakan Menjadi Bualan Warganet.

Heboh tindakan Scha menutup akaun IG miliknya sehingga mengundang tanda tanya warganet. Tindakan mengejut pengacara dan pelakon Scha Alyahya memadam akaun IGnya pada Khamis menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut laman sosial itu.

Namun begitu,Sharifah Nor Azlan Syed Mahadzir Alyahya,37 tampil jelaskan perkara itu berlaku secara tidak sengaja disebabkan kesilapan teknikal. Kata Scha,kesilapan itu berlaku ketika dia ingin membuat pautan akaun perniagaan FB kepada akaun laman IG miliknya.

Akaun @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu tidak boleh diakses sejak malam Khamis dan warganet mula membuat pelbagai andaian. Ada yang beranggapan ia digdam, malah tidak kurang juga menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial memandangkan sedang hamil.


Scha turut memuat naik status terakhir mengatakan ‘I’ve had enough’ sebelum bertindak menutup akaun Instagram miliknya.Scha kini sedang hamil anak kedua.Malah, warganet juga mula tinggalkan pertanyaan di ruang komen suaminya yang juga pengacara program Melodi.

Menerusi laporan mStar pada 7 September lalu, Awal mendedahkan kelakuan isterinya tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil.Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

Bila Berbadan Dua Memang Banyak Ragam. Awal Ashaari Dedahkan Hasrat Sha Alyahya Yang Dia Terpaksa Halang Sampaikan Awal Lali Dengan Sikap Scha

KUALA LUMPUR: Wanita sedang berbadan dua memang banyak ragam. Selain mengalami alahan, ada kalanya emosi kurang stabil hingga mempengaruhi mood. Begitulah keadaan dialami pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya yang kini sedang hamil empat bulan.Berkongsi keadaan isterinya, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mendedahkan Scha mempunyai perangai pelik apabila rimas dengan media sosial hingga pernah terdetik untuk menyah aktifkan.

“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami munth dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya.”Scha sangat rimas dengan telefon termasuk media sosial, sepanjang tempoh tiga bulan kehamilan. Malah, turut mempersoalkan mengapa perlu mengemas kini akaun media sosial setiap hari.

“Sebelum ini, Scha pernah melahirkan hasrat untuk ‘det0ks’ daripada media sosial. Pernah sampai satu tahap, Scha mahu memadam akaunnya, tetapi saya menghalangnya dan meminta membantu menguruskan media sosialnya itu,” katanya kepada BH Online.Bukan sahaja hilang minat dengan media sosial, malah pelakon drama bersiri Awan Dania itu tidak gemar bunyi bising.”Macam saya sendiri, apabila balik rumah akan tutup telefon bimbit kerana tidak mahu nada dering atau bunyi notifikasi mengganggu Scha kerana sangat sensitif. Cahaya skrin telefon pun tak boleh lihat.”Jika kami sekeluarga menonton televisyen, Scha akan tutup suara. Pada awalnya, saya terkejut dan kekok apabila menonton program tanpa suara. Lama-kelamaan saya sudah lali dan layan sahaja kehendaknya,” cerita pengacara Melodi ini.

Terdahulu, pemilik nama lengkap, Ahmad Awaluddin Ashaari ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto yang memaparkan anaknya, Lara memegang alat pengesan kehamilan.Ditanya apakah reaksi Lara apabila mendapat tahu bakal mendapat adik, Awal berkata, anaknya sedang dalam fasa untuk menyesuaikan diri.”Lara kini sedang dalam proses nak sesuaikan diri. Dia seperti takut untuk berkongsi. Apabila teringat, dia akan tanya macam-macam. Antaranya, bila adik lahir, apakah saya dan Scha akan belikan mainan untuknya.”Adakah adiknya akan ada bilik sendiri dan sebagainya. Lebih melucukan apabila Lara tidak membenarkan kami meletakkan pangkal nama adiknya dengan huruf ‘L’. Dia rasa seperti tergugat dan bimbang seolah-olah kasih sayang terhadapnya akan berkurangan apabila ada adik.

“Bagaimanapun, doktor menasihatkan kami supaya sentiasa buat Lara rasa selamat dan disayangi. Apa yang kami buat adalah terus memanjakan dan menyayanginya,” ujar lelaki bersuia 39 tahun ini.Awal berkata, dia terpaksa mereka cerita mengenai bayi dalam kandungan bagi membuatkan Lara merasakan dirinya masih mendapat perhatian dan adiknya juga baik dan sayangkannya.”Kalau belikan Lara barang, kami akan cakap padanya yang hadiah itu adalah pemberian adiknya supaya timbul perasaan sayang terhadap adik,” kata Awal mengenai usahanya untuk memujuk anaknya itu.-bh


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post