Wanita Mengandung, Susukan Anak Disaran Tangguh Ambil Vaksin C0VID-19

Wanita Mengandung, Susukan Anak Disaran Tangguh Ambil Vaksin C0VID-19

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan v.aksin C.OVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.

Wanita Mengandung, Susukan Anak Disaran Tangguh Ambil Vaksin C0VID-19



Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib berkata ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan va.ksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Kapal Karam Tertua Di Dunia Berjaya Ditarik Keluar Dari Laut Hitam, Tak Sangka Ini Yang Mereka Jumpa


“Ibu mengandung tidak boleh mengambil v.aksin yang menggunakan ‘live v.irus’ dan kalau ikutkan v.aksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live v.irus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).

“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.

“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini hari ini.

Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima s.untikan vaksin C.OVID-19, beliau berkata .orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin tersebut.

Beliau berkata vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.

“PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit.



Loading...


“Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan-alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan s.untikan vaksin tersebut,” katanya.

Niazlin berkata bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil s.untikan tersebut dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemasan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan.

Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap v.aksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil su.ntikan tersebut, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kimoterapi, dikecualikan daripada mengambil v.aksin berkenaan.

Sumber: BERNAMA Via SK  via Teh Tarik Kaw




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post