Berjauhan dengan insan tersayang merupakan satu momen perit yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itulah perasaan yang dialami oleh seorang wanita apabila terpaksa menanggung rindu terhadap suami tercinta.
Namun, kerinduan tersebut akhirnya terubat selepas si suami telah pulang ke pangkuan keluarga tersayang.
ARTIKEL MENARIK:Aku kerap mrah suami sbb gaji kecik takat spm je, lps suami mnnggal aku trgamam setiap bln 14k msuk akaun aku, terkejut besar dapat tahu arwah suami aku Rupa-rupanya ….
Seorang wanita yang dikenali dengan Asmhabd telah berkongsi satu video di TikTok memaparkan reaksi adik ipar dan anak-anaknya yang sangat terkejut dan tidak menyangka selepas melihat kepulangan insan tersayang. Berdasarkan video pendek yang dikongsikan, kelihatan seorang wanita tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat si suami melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Setelah hampir setahun tidak berjumpa, akhirnya terubat juga rindu mereka! Difahamkan, suami wanita berkenaan bekerja di Singapura dan disebabkan kos yang diperlukan untuk pulang ke Malaysia adalah sangat tinggi. Oleh itu, dia terpaksa mengambil masa untuk mengumpul wang sebelum pulang berjumpa keluarga di tanah air. Menurut sumber, sepanjang tempoh mereka berjauhan, pasangan ini hanya menghubungi menerusi telefon dan video call sahaja untuk melepaskan rindu.
Terkejut dapat suprise papa dia balik . Setahun tak jumpa sebab covid ni . 10kali aku tgok , 10kali aku menangis . #adikipar #papakimimaira
Video Call Pengubat Rindu
Netizen kongsi pengalaman sama
Sumber: Asmhabd
Sumber : Oh Bulan via Slamber Media
Post a Comment