Isteri mana yang tak sedih apabila melihat insan yang bergelar suami tergamak berselingkuh dengan wanita lain sehingga merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila suaminya telah mengadakan majlis perkahwinan secara ‘senyap-senyap’ tanpa pengetahuannya.
ARTIKEL MENARIK:Bapa Dah Tiada, Ibu Pula Kahwin Lain. Dua Beradik Ulang Alik Angkut Pasir Sungai Demi ‘Istana’ Impian
Kan dah kena s.erbu!
Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Bangkok Post, wanita yang berusia 33 tahun itu nekad menyerbu majlis perkahwinan suaminya di Chat Nai, Thailand dengan membawa sijil pekahwinan untuk membuktikan dia dan suami masih belum berc.erai. Malah, hubungan mereka masih sah sebagai suami isteri.
Dalam video yang viral di media sosial turut memaparkan seorang wanita yang dipercayai merupakan ibu kandung lelaki itu seakan ‘hilang sabar’ sebelum bertindak menampar wajah anaknya ketika dia dan isteri baharunya sedang menerima restu di hadapan sami. Tetapi pasangan ini tetap meneruskan majlis tersebut seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dah bagi am.aran pun kahwin juga
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sudah lama mengetahui tentang hubungan sulit tersebut tetapi dia langsung tidak menyangka suaminya itu akan berkahwin tanpa pengetahuannya.
Saya pada mulanya tidak sangka mereka akan berkahwin. Sebelum majlis itu, dia masih tinggal di rumah bersama-sama dan memberitahu dia akan bekerja pada waktu malam.
Jelas wanita ini lagi, dia juga sempat memberi amaran kepada suaminya agar tidak berkahwin lagi.
Pada keesokan harinya, saya pergi ke rumah wanita itu untuk memastikan ada majlis berlangsung ataupun tidak. Setibanya di sana, saya terkejut dan sedih. Saya tak sangka dia akan berkahwin juga.
Difahamkan, lelaki tersebut bakal dis.iasat kerana mendirikan rumah tangga dengan wanita lain meskipun statusnya masih bergelar suami orang.
Video :
Sumber: Bangkok Post, Facebook via Ohbulan via Teh Tarik Kaw
Post a Comment