Masih ramai lagi diluar sana yang berasa was-was dengan pengambilan vaksin yang baru saja beberapa hari mendarat di negara kita.
‘Seriuslah keputusan aku ni’, ‘Nak ambil ke taknak ye?’, itulah yang berada dalam fikiran korang sekarang, betul tak?
ARTIKEL MENARIK:10 Golongan Wanita Yang Dilaknat Allah
Menurut perkongsian Ustaz Ahmad Dasuki di laman Instagram miliknya, dia mengatakan yang hukum pengambilan vaksin ini adalah harus gais.
Hukumnya adalah harus untuk kita mengambilnya bagi menyekat daripada menyakit ini tersebar.
Vaksin yang ada ni merupakan salah satu cara untuk kita nak jauhi penyakit-penyakit yang bertebaran yang semakin meluas dikalangan masyarakat kita.
Jadi saya cadang dan ingatkan pada semua, janganlah kita buat porak-peranda dan mengatakan dengan sesuatu perkara yang kita taktahu.
Sekiranya ada peluang tu, kita ambil lah vaksin tersebut. Mudah-mudahan Allah SWT akan menyembuhkan kita dan membentengi kita daripada terkena penyakit ini.
Jadi, apa pandangan korang gais? Usahlah buat andaian semata dengan perkara yang kita taktahu. Semoga wabak ini akan habis dan kita mulakan balik kehidupan kita seperti sebelum-sebelum ini.
Kredit: Ustaz Ahmad Dasuki via Oh! Media
Post a Comment