Umum sedia maklum, pengarah drama terkenal, Michael Ang telah mememeluk Islam sekitar dua tahun yang lalu. Masih dalam proses belajar, beliau tidak segan untuk bertanya jika berlaku kekeliruan atau perkara yang tidak difahami di media sosial.
Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, Michael Ang atau mesra disapa Mike meminta pengikutnya membantu memberi penjelasan berkaitan ceramah yang didengar berkenaan lafaz talak ketika berlakon.
ARTIKEL MENARIK:“Jangan kau pec4h am4nah!” – Didie Alias bagi am4ran ker4s, rakan kongsi did4kwa ‘s0nglap’ duit syarikat
Akui tidak tahu dan bimbang berdosa, pengarah tersebut menjelaskan bahawa terdapat banyak babak berkaitan isu tersebut di drama terbarunya yang sedang ditayangkan di televisyen.
Masih keliru dengan hal ini
Jadi, sebelum orang ramai mulai menghakiminya, Mike meminta supaya mereka yang faham menjelaskan perkara berkenaan kerana beliau sendiri masih keliru dengan hukum tersebut.
Susulan itu, rata-rata wargaet telah meninggalkan komen dengan meminta agar pengarah tersebut berhubung secara terus kepada pakar kerana ia berkaitan dengan hukum agama.
Loading...
Walau bagaimanapun, ada juga menyatakan bahawa penjelasan dalam sedutan rakaman video ceramah Ustaz Azhar Idrus telah menerangkan apa yang sepatutnya dihindari dalam lafaz talak.
Sumber: Michael Ang
Post a Comment