Shah Alam: Pengasas aplikasi temu janji Sugarbook didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menyiarkan kenyataan bertajuk 'Top 10 Sugarbaby University In Malaysia' yang mengakibatkan kegentaran awam pada 10 Februari lalu.
Tertuduh Chan Eu Boon, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sabreena Bakar@Bahari.
ARTIKEL MENARIK:Tak Izin Keluar Dewan, Guru Terkejvt Ditngking Calon SPM – “Saya Tak Dibayar Gaji Untuk Dim4ki”
Mengikut pertuduhan, usahawan perniagaan teknologi maklumat (IT) itu didakwa menyiarkan kenyataan bertajuk 'Top 10 Sugarbaby University In Malaysia' di laman web dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam, pada 10 pagi 10 Februari lalu.
Hantaran berkenaan kemudian dilihat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 6.26 petang, hari sama.
Berikutan itu, Eu Boon didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin yang mengendalikan kes menawarkan ikat jamin RM100,000 kerana ia kesalahan serius susulan keterangan yang dimuat naik boleh menyebabkan ramai rakyat Malaysia terbabit sugar baby.Peguam T Shashi Devan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya tidak berpotensi untuk melarikan diri.
"Tertuduh masih bujang dan berhasrat untuk berkahwin tetapi ditangguhkan kerana keadaan negara (penularan wabak Covid-19). Teman wanitanya akan menjamin beliau," katanya.
Selain Shashi Devan, tertuduh turut diwakili peguam Pauling Hee.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Mac depan.
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia diletakkan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia selepas India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.
Susulan itu, lelaki yang berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang 17 Februari lalu di kondominium di ibu negara.
Kredit - hmetro
Post a Comment