Pakai Niqab Tapi Dedah Aurat Kaki, Disangka Jue Aziz Tapi Rupa-Rupanya…

Pakai Niqab Tapi Dedah Aurat Kaki, Disangka Jue Aziz Tapi Rupa-Rupanya…

Baru-baru ini tular seketika di media sosial apabila sepotong video memaparkan seorang wanita berniqab yang mengakui dirinya sebagai Jue Aziz.

Pakai Niqab Tapi Dedah Aurat Kaki, Disangka Jue Aziz Tapi Rupa-Rupanya…





ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] “Sakiit Abah! Ya Allah tolong., Tolong selamatkan Baem…”



Nur Qaseh Aleeya
Sumber : INstagram Nur Qaseh Aleeya  

Namun, yang menarik perhatian netizen adalah apabila wanita tersebut telah menggayakan penampilan berpurdah namun aurat kaki terdedah dan turut mengulas mengenai tawaran berlakon drama dengan imej terbarunya.

Jika sekali imbas, wajah wanita tersebut memang tidak tumpah dengan pelakon tersebut dan sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga maya mengenai perubahan terkini Jue Aziz.

Bila tengok tak berapa cam bila dengar nama mcm pernah dgr?

Tapi kan!! betul ke dia ni Jue Aziz? Pakai niqab tapi kaki nampak tak pakai stoking mcm mana ni? dia sungguh berniqab ke ikut trend si lopak berniqab? Sbb dah byk dah yang buat mcm tu kan? ? pic.twitter.com/FbwvMmARoU

— ???? ???? ???? ² ?? (@Aleaavendaaa) February 7, 2021

Walau bagaimanapun, seorang individu yang dipercayai pengasa produk Diamond Gold Beauty, Nur Qaseh Aleeya tampil menjelaskan perkara sebenar.



Loading...


Menurut Nur Qaseh, video tersebut dirakam hanyalah bertujuan untuk bergurau bersama kakitangannya.

“Sebelum saya menjelaskan secara lanjut, nama saya Nur Nazirah Aleeya. Saya bukanlah pelakon Jue Aziz, sebaliknya adalah pengasas Diamond Gold Beauty. Untuk pengetahuan ramai video saya yang tular semalam adalah video gurauan antara saya sebagai majikan dengan staff saya. jujur cakap, saya tiada pertalian darah langsung dengan Jue Aziz. Cumanya, saya biasa terima usikan daripada staff dan kebanyakan orang yang bertemu saya. Mereka kata wajah dan suara saya ada iras Jue Aziz.”

Menjelaskan bahawa dirinya sering disamakan dengan Jue Aziz dan juga pelakon Datin Sri Zizie Ezette, dia kemudiannya memohon maaf jika ada pihak mahu pun pelakon terbabit tersinggung dengan gurauannya.



Kredit - Beautifulnara



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post