“Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda, Itu Salah!” – Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak

“Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda, Itu Salah!” – Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin tampil menjelaskan mengenai da.kwaan serta kekeliruan sesetengah pihak berkaitan makananan sunnah yang mampu menyembuhkan peny.akit.

“Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda, Itu Salah!” – Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak



Menurut Asri, Nabi Muhammad SAW juga merujuk dan menerima pandangan pihak yang pakar dalam bidang perubatan ketika s.akit.

ARTIKEL MENARIK:Ramai Yang Persoal, KJ Tekad Untuk Disunt1k Vaksin Yang Sama Dengan Rakyat!


Menurutnya, Nabi tidak hanya bergantung kepada makanan seperti habbatus sauda untuk sembuh.

“Apabila isteri nabi, Aisyah ditanyakan mengenai ilmu per.ubatannya, Aisyah menjawab dia belajar ilmu tersebut daripada wakil Arab yang datang mengajar bahan-bahan per.ubatan dan cara membancuhnya, ketika nabi s.akit pada akhir hayat baginda.

“Maksudnya, nabi ini menerima per.ubatan yang dicadangkan oleh ahli perubatan.

“Nabi tak kata cukup dengan habbatus sauda, ini konsep yang salah.

“Habbatus sauda ni juga mengikut cuaca dan iklim negara, kadang-kadang cadang orang makan segenggam memang panas la badan kita.

“Bila mari kepada wabak, ia perlu merujuk pada pakar,” katanya.

Menurut Asri lagi, nabi juga merujuk sahabat-sahabat yang s.akit kepada seorang pakar per.ubatan yang dikatakan bukan beragama Islam.

“Sebab apa, sebab itu adalah bidang dia. Nabi tidak kata, apalah kamu cari Al-Harith ibn Kaladah, cukup dengan habbatus sauda sahaja.

“Nabi tidak kata semua makan habbatus sauda, air zamzam, dengan madu, cukuplah. Kalau tidak, tidaklah berkembang dunia per.ubatan Islam,” katanya.

Tambahnya, kadang kala jenama yang menggunakan nama ‘makanan sunnah’ ini telah disalah guna.

“Sehingga memberi orang keliru tentang bahan-bahan.

“Masalahnya kemudian dia sandarkan pula pada agama, jadi kena berhati-hati,” katanya.

Dr Asri berkata demikian pada sesi bual bicara V.aksin: Cegah Sebelum Kalah dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan baru baru ini.



Loading...


Forum tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Zulkifli Mohamad.

Menurut Zulkifli, dia telah mendapatkan pandangan ulama terkemuka tentang hukum pengambilan v.aksin, termasuk Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

“Berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar kesihatan bagi memastikan v.aksin ini (v.aksin Covid-19) selamat dan halal digunakan,” katanya.

Terdahulu, k.ecoh mengenai tindakan beberapa netizen yang menolak penggunaan vaksin sebaliknya hanya bergantung kepada makanan sunnah seperti habbatus saudah.

Selain itu, bekas pelakon Zul Yahya juga mencetuskan perdebatan ramai apabila menyatakan umat Islam sudah lama memiliki v.aksin.

Sumber : Gempak via Teh Tarik Kaw




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post