Tidak dinafikan, trend membeli emas sudah lama dipraktikkan bukan hanya sekadar untuk perhiasan bahkan menjadi pelaburan bagi masa hadapan. Hal ini disebabkan, harga emas yang semakin meningkat saban hari.
Tidak berakhir di situ, terdapat juga kes di mana seseorang itu sanggup menghabiskan duit simpanannya untuk membeli emas.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] ‘Pelanggan Tak Ada Otak..’ – Penghantar Makanan Terpksa Red4h Bnjir Hantar Order Pelanggan
Namun, di sebalik trend yang semakin meningkat naik ini, pemilik emas ini dilihat ‘cenderung’ untuk berkongsi hobi mereka yang boleh mendatangkan bahaya. Bukan itu sahaja, segala koleksi emas mereka turut dikongsi di laman sosial sebagai tontonan buat warganet.
Trend riak beli emas?
Jika dilihat menerusi tangkap layar tersebut, pemilik emas akan memuat naik foto mereka bersama emas yang dibeli di satu kumpulan Facebook yang dikenali sebagai Riak Apa Hari Ini (RAHI). Bukan itu sahaja, ketika proses pembelian emas itu turut dikongsi bersama duit puluhan ribu yang dibawa.
Tidak salah bagi mereka untuk berkongsi, namun pengguna media sosial seharusnya lebih berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Tidak berakhir di situ, kapsyen yang digunakan juga menunjukkan mereka seolah-olah ‘riak’ dan berbangga memiliki emas yang banyak.
Pada masa yang sama, perkongsian tersebut juga boleh mengundang bahaya di mana seseorang itu mungkin boleh mengambil kesempatan dengan merompak mereka. Hal ini disebabkan, perompak itu sudah mempunyai maklumat serba sedikit mengenai mangsa.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan kewujudan kumpulan tersebut yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu menjadi mangsa kepada perompak.
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berpesan supaya seseorang itu tidak mudah berkongsi apa sahaja di media sosial kerana kita tidak tahu niat individu-individu yang lain.
Sumber: Media Sosial via Trending Kini
Post a Comment