Kecoh Pesakit Covid Curi Telefon Dalam Pusat Kuarantin MAEPS.

Kecoh Pesakit Covid Curi Telefon Dalam Pusat Kuarantin MAEPS.

Bila terkena sakit Covid tu orang jadi seram dan takut sebab dijangkiti penyakit bahaya. Lain pula yang jadi di pusat kuarantin ini, apabila berlakunya kekecohan kerana ada dua pesakit yang mencuri telefon pesakit lain. Kejadian itu menyebabkan pihak Polis dipanggil bagi meredakan keadaaan.

Kecoh Pesakit Covid Curi Telefon Dalam Pusat Kuarantin MAEPS.



Sepang: Dua pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, ditahan semalam selepas terbabit dalam kejadian mencuri telefon bimbit.

ARTIKEL MENARIK:Budak Lelaki Menangis Sambil Melaungkan Azan Dlm Liang Lahad. Tapi Air Mata Cepat Di Lap Kerana Ini


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada jam 10.30 malam itu, pegawai perubatan wanita berusia 34 tahun ketika sedang bertugas menyedari berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Dewan C.

Menurutnya, pegawai perubatan terbabit kemudian mengaktifkan kod jingga dan meminta bantuan daripada polis bertugas bagi meredakan keadaan.

“Dia kemudian menjalankan temubual dalam kalangan pesakit dan mendapati berlaku kecurian beberapa telefon bimbit dalam kalangan pesakit.



Loading...


“Dua lelaki terbabit berusia 24 tahun dan 40-an yang disyaki mencuri telefon bimbit itu ditahan pesakit lain sehingga berlaku kekecohan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, suspek dipindahkan ke Dewan DG bagi tujuan keselamatan dan empat telefon bimbit yang dicuri itu turut dirampas.

“Polis sudah mengambil maklumat mengenai mereka dan akan membuat tangkapan selepas sembuh daripada Covid-19.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Metro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post