Kuala Lumpur: Balu Allahyarham Abam Bocey, Nurhidayah Mohd Ali akan sedekahkan mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai HidayahAbamHamzah miliknya di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jalan Tebedu, Sabak Bernam esok bagi memenuhi niat dibuat ke atas suaminya yang meninggl dunia pada 10 Februari, tahun lalu.
Nurhidayah ketika dihubungi berkata, disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tidak dapat membuat majlis tahlil buat Allahyrham suaminya itu.
ARTIKEL MENARIK:Gelaran Datuk Ditarik, Ini Permintaan Boy Iman Pada SUK Pahang
“Esok, genap setahun arw4h pergi meninggalkan kami. Memandangkan penul4ran C0vid-19 dan masih PKP, saya tak boleh buat majlis tahlil untuknya. Jadi, saya ada tempah mi kari dan bihun sup daripada adik, Mohammad Zainuddin Mohd Ali dan adik ipar, Nor Farhana Nordin untuk sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya esok.
“Saya sudah niatkan untuk Allahyrham suami, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan serta Allahy4ham abang-ababg saya iaitu Rosli, Azmi dan Ismail Mohd Ali. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Sabak Bernam.
Nurhidayah mengakui, banyak liku dan ca.baran hidup harus dilaluinya selepas ar.wh tiada, namun dia bersyukur Allah membantu mempermudahkan segala urusannya.
“Alhamdulillah, Allah ada. Walaupun terlalu banyak liku dan cabaran hidup saya sepanjang setahun selepas ketiadaan arwah, semuanya Allah permudahkan. Terima kasih kepada mak, abah dan keluarga.
“Selain itu, pada semua yang sentiasa menyokong saya, memberi kata-kata semangat, selalu mendoakan yang baik-baik untuk saya dan anak, termasuk buat a.rwah suami. Semoga segala doa yang baik-baik daripada kamu semua, berbalik pada kalian semua juga,’ katanya.
Abam meninggl dunia di rumahnya, tahun lalu selepas dua hari mengalami d.emam. Arwah meninggalkan balu dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, kini berusia setahun tujuh bulan.
Sumber: mykmu via Slamber Media
Post a Comment