Setiap kali kita tahu akan lalu jalan yang mempunyai pos kawalan, 100 meter sebelum sampai pos kawalan kita sudah resah memikirkan apakah soalan ‘cepumas’ akan ditanya oleh anggota keselamatan yang bertugas ketika itu.
Tapi pernahkah anda terfikir situasi bagaimana mahu berhadapan dengan anggota keselamatan yang sporting pula? Baru-baru ini tular satu perkongsian di media sosial yang menunjukkan rakaman video dashcam anggota keselamatan yang sporting semasa melakukan pemeriksaan di pos kawalan.
ARTIKEL MENARIK:Pernah Tular Tinggal di Rumah Usang. Sekali Trbongkar Siapa Makcik Ini, Rupanya Miliki Aset Jutaan Ringgit
Beberapa anggota keselamatan melakukan pemeriksaan dan setelah pemandu tersebut memberikan jawapan yang memuaskan, anggota keselamatan menanyakan enjin kereta yang digunakan dan meminta pemandu tersebut ‘tarik’ untuk mendengar bunyi deruman enjin kereta tersebut.
Abam pulis mintak kenalah tunaikan… pic.twitter.com/EylyygfQfl
— 𝓚𝓜𝓩 (@KMZ_santai) February 9, 2021
Selain rakaman video kereta Honda Civic menggunakan enjin 18CR, ada pengguna media sosial berkongsikan satu rakaman video di lokasi berbeza yang mana anggota keselamatan request pemandu kereta ‘Godzilla’ Nissan GT-R R35 untuk ‘tarik’ juga.
GTR pun hahaha pic.twitter.com/bkOT70MSK9
— newt (@haaziqnazmi) February 10, 2021
Ramai pengguna-pengguna media sosial yang terhibur dengan telatah mencuitkan hati anggota keselamatan yang menjaga pos kawalan. Bahkan ada mengucapkan terima kasih kerana memenuhi permintaan frontliners yang penat bertugas dari siang sampai ke malam.
Terima kasih kepada semua para anggota keselamatan dan pemandu Malaysia yang berkerjasama memudahkan perjalanan semasa PKP ini. Sekiranya anda diberikan peluang untuk ‘tarik’ di hadapan frontliners, adakah anda akan berbuat benda yang sama?
Sumber : MOTIFVIRAL via Slamber Media
Post a Comment