‘Dating’ Tepi Sungai Melayang Rm1k Ingkar Arahan PKP

‘Dating’ Tepi Sungai Melayang Rm1k Ingkar Arahan PKP

PARIT BUNTAR – Sepasang kekasih yang dikesan duduk berdua-duaan di pinggir Sungai Kerian dikenakan tindakan kompaun RM1,000 pada Isnin.

‘Dating’ Tepi Sungai Melayang Rm1k Ingkar Arahan PKP



Dalam pemeriksaan sekitar jam 4.15 petang itu, lelaki berusia 24 tahun dan pasangannya 21 tahun itu didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan.

ARTIKEL MENARIK:Penampilan Terkini Rina Harun Tarik Perhatian, Kurus Kerana Kuat Bekerja Untuk Rakyat


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pemeriksaan ke atas pasangan itu mendapati, wanita berkenaan yang beralamat di Bandar Baharu telah melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Abdul Raof iaitu sempadan Perak-Kedah dengan alasan pergi ke bank.

“Atas budi bicara pihak polis, wanita itu dibenarkan melepasi sekatan berkenaan. Namun, setelah urusannya selesai, dia telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan teman lelakinya yang tinggal di Taman Seri Semarak, di sini.

“Rutin rondaan dilakukan anggota Balai Polis Parit Buntar telah menemui wanita itu duduk berdua-duaan dengan seorang lelaki di pinggir sungai berkenaan yang mana ia tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh PKP ini,” katanya.


Menurutnya, kompaun terhadap pasangan itu dikeluarkan mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.



Loading...


“Polis sentiasa menggunakan budi bicara kepada masyarakat, namun jika didapati disalah gunakan tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Mazuki ditemui pemberita ketika menyampaikan 200 beg bungkusan kepada pengguna jalan raya yang melalui SJR Jalan Abdul Raof dan Jalan Dewan, di sini pada Selasa.

Beg berisi pelitup muka dan risalah kesedaran rasuah itu sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Team Kampit Rezeki dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak.

 

Sumbar : Sinar  via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post