Beberapa hari lepas hangat diperkatakan mengenai penyanyi Aiman Tino apabila ibunya Hazelina Mat Jalil mendkwa anaknya sudah berubah serta sukar dihubungi angkara seorang wanita.
Namun begitu, Aiman akhirnya tampil memberi kenyataan bahawa apa yang terjadi hanyalah salah faham dan kerana tabiatnya yang lambat membalas mesej.
ARTIKEL MENARIK:“Tak Lawak Pun, Menyampah lagi ada”- Gimik Pujuk Isteri, Syuk Di Kec@m
Menurutnya, selepas mendapat tahu mengenai perkongsian ibunya, dia terus pulang ke rumah.
Walau bagaimanapun, isu yang terpalit Aiman ini masih belum lagi selesai apabila ibu Aiman mendedahkan menerima mesej daripada netizen menggelarnya ibu mertua dari ner*ka gara-gara sibuk urusan anaknya.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Hazelina turut menyatakan apa yang dilakukannya adalah demi anak tersayang dan untuk membawa anaknya ke syurga.
Bahkan, Hazelina turut mengatakan selama ini dia berpenat lelah membesarkan anaknya tetapi ada yang mengkis anaknya.
Menerusi ruangan komen, seorang netizen menceritakan pengalamannya yang dikatakan sama dengan Aiman Tino.
“Makcik maaf lah kalau saya terkasarbahasa , saya ckp ni pasal saya pernah alami benda yg sma mcm ni , bukan saya nk ckp makcik dari nerakaa tak , jangan salah faham saya ckp jer benda,
“Saya tahu makcik besar kn aiman tpi makcik takkan taw hati budi sebenar dia , apa yg dia pendam selama ni apa yg dia rasa , tu semua yg akn tahu pasangan rapat dia , bukan adek beradik bukan mak bapak ,
“Bakal mak mertua saya tak pugs cacii saya depan2 dlm status pulak dia sambung , smpai adek beradik dia ckp saya bukan pompuan balk , tapi dorang takkenal saya pon , takpernah nk bertegur , tiba2 tudvhh saya larikan anak dia ,
“Anak dia lelaki , dh besar dh pon , dh boleh hidup sendiri , saya tengok ramai mak bapak ckp dia saje yg knl ank dia mcm mne , sbb dia besarkn ank nya , ye saya taw tu ,
“Tapi mkin dia besar mkin byak dia pendam , do dia byak luah dekat pasangan rapat bukan kat mak bapak lagi or adek beradek , so kalau makcik faham ok lah ,
“Saya mintak maaf sekali lagi kalau saya ada terguris hati makcik , atau terkasarbahasa.”
Perkongsian Hazelina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan semangat buatnya untuk menyelesaikan hal keluarga.
Menurut kata netizen, hanya ibu sahaja yang tahu baik buruk untuk anak mereka dan orang luar tidak berhak masuk campur.
Pada masa sama, Hazelina turut mengucapkan terima kasih kepada anak-anaknya yang lain, saudara mara serta rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan kata semangat dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anaknya.
Sumber : https://www.yoy.my/ via Slamber Media
Post a Comment