Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, pelbagai rutin harian dan pelan yang dirancang tergendala.
Bagi pelajar sekolah, peperiksaan awam ada yang terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Malah pelajar SPM tahun lalu masih belum menduduki peperiksaan awam tersebut yang ditangguhkan pada tahun ini.
ARTIKEL MENARIK:Ubah Suai Kenderaan Menggunakan Tayar ‘Hellaflush’, Pemilik Boleh Didenda Sehingga RM2,000
Bagaimana pun, baru-baru ini heboh di sosial media dengan satu berita dengan tajuk ‘SPM: Peperiksaan Boleh Buka Buku’ yang disiarkan di Sinar Harian. Menurut berita itu, memetik pendapat dari Tokoh Guru Kebangsaan 2018, Hamzah Othman yang bersetuju untuk SPM dinilai semula kerana banyak perkara boleh ditambah baik.
Menurut laporan itu lagi, cadangan mentransformasikan peperiksaan SPM dengan mengintegrasikan teknologi seperti peperiksaan dalam bentuk digital boleh memudahkan pelaksanaan peperiksaan itu sendiri. Dalam masa sama kaedah ‘open-book test’ bagi kertas tertentu khasnya subjek Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi boleh diperkenalkan juga.
Malah disebabkan itu, perkongsian seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengenai laporan tersebut, ramai yang mula meluahkan pendapat mereka mengenai perkara SPM boleh buka buku ini.
Di ruangan komen, ramai yang berpendapat cadangan SPM boleh buka buku ini seperti berikut:
“Hahaha siapa yang percaya exam open book ni senang memang silap besar la. Silap2 jawapan pun takda dalam buku tu”
“Bayangkan tengok-tengok je jawapan tak jumpa dalam buku”
“Buka buku pon belum tentu dapat jawapan”
Kredit - Himpunan Cerita Lawak
Post a Comment