Memiliki rumah sendiri pada usia yang masih muda merupakan impian setiap orang. Bukan sahaja artis malahan sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri.
Namun impian seperti itu tidak akan tercapai sekiranya kita tidak berusaha dari awal lagi dan yang paling penting sekali ialah kita harus bijak menguruskan kewangan.
ARTIKEL MENARIK:Knser Sudah Merebak Ke Pangkal Rahim, Elyana Tuju Lagu ‘Sampai Menutup Mata’ Kepada Anak Kesayangan, Buat Ramai Sebak
Di sini kami senaraikan antara 5 artis yang sudah mampu membeli kediaman impian mereka sendiri walaupun pada usia mereka yang masih muda. Jom kita tengok!
Elfira Loy
via keluarga.my
Siapa yang tidak kenal dengan nama Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy bukan? Dia adalah seorang anak kelahiran Kuala Lumpur yang dilahirkan pada 8 Mac 1994 dan kini berusia 27 tahun. Elfira merupakan seorang pelakon, model dan juga ahli perniagaan yang sangat berjaya.
Dikatakan, ketika umur Elfira baru berusia 19 tahun, dia sudah mampu membeli kediaman impian dengan wang simpanannya sendiri dan hasil dari titik peluhnya dalam bidang lakonan dan juga menjadi duta produk sepanjang dia berkecimpung dalam bidang hiburan seni tanahair.
Elfira juga dikatakan merupakan salah seorang artis yang bijak dalam merancang dan menguruskan kewangan serta masa depannya dengan mengumpul dan membeli aset diwaktu usianya masih muda.
Elfira Loy pernah memiliki perniagaan restorannya sendiri yang diberi nama ‘Love Me Sevendays Cafe’ yang terletak di Alam Damai.
Masya Masyitah
via Buzzkini
Siti Nurmasyitah Binti Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Masya Masyitah yang dilahirkan pada 19 Januari 2000 di Kulim, Kedah ini adalah seorang penyanyi dan juga pelakon. Nama Masya Masyitah mula melonjak naik semasa usianya 14 tahun selepas dia menyertai satu rancangan realiti nyanyian kanak-kanak, ‘Ceria Pop Star’ dan telah menjadi juara pada tahun 2014. Masya juga sebelum itu pernah menyandang gelaran naib juara untuk program ‘Bintang Kecil RTM’ pada tahun yang 2011.
Masya dikatakan fasih berbahasa mandarin dan berazam untuk melebarkan sayap nanyiannya ke pasaran muzik negara China. Dia juga pernah dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong pada tahun 2016.
Masya telah berkongsi dengan peminatnya di saluran youtube miliknya bahawa dia telah membeli rumah barunya sendiri iaitu kondominium mewah dengan hiasan dalaman dan perabut yang moden. Anggaran harga rumahnya itu setelah diubahsuai adalah sekitar 400 hingga 700 ribu ringgit.
Aset yang dimilikinya itu adalah hasil kejayaannya dalam bidang nyanyian dan lakonan yang telah diceburinya dan usianya ketika itu baru 19 tahun.
Janna Nick
via mynewshubtv
Nama Nurul Jannah Binti Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick sudah tidak asing lagi. Dia merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 1 Jun 1995. Janna yang berdarah kacukan cina, pakistan dan siam serta pernah menetap di Amsterdam selama 3 tahun bersama keluarganya ketika dia masih kecil. Janna adalah anak kedua dari 4 orang adik-beradik.
Janna memulakan kerjayanya pada tahun 2012 dengan memegang watak tambahan dan sampingan dalam beberapa telemovie dan drama TV. Namun, ketika dia berumur 5 hingga 7 tahun, Janna dikatakan pernah muncul sebagai model iklan komersil dan video korporat. Sehingga ke hari ini, Janna masih aktif dan telah melakonkan pelbagai watak dalam filem dan drama TV.
Ketika Janna baru berusia 21 tahun, dia sudah mampu membeli rumah mewah pertamanya sendiri yang bernilai 1 juta ringgit di Armanee Terrace, Damansara Perdana. Dia juga mampu membeli rumah kediamannya itu dengan menghadkan kemahuan yang tidak penting kerana berhajat memiliki aset pada usia yang muda.
Rumahnya itu yang terletak di Armanee Terrace merupakan kondo duplex yang terletak di kawasan elite. Nilai kondo tersebut adalah sekitar 1 juta hingga 1.2 juta ringgit.
Naim Daniel
via pisang.kini.blog
Muhammad Naim Daniel Bin Baharin dilahirkan pada 9 September 1997 dan kini berusia 24 tahun. Naim Daniel merupakan seorang pelakon dan penyanyi dan juga komposer. Dia menamatkan pengajiannya dalam bidang diploma muzik di Fakulti Muzik di UITM Shah Alam pada tahun 2018.
Nama Naim Daniel juga sangat terkenal dan kebanyakan single terbarunya akan mencapai jutaan tontonan di youtube miliknya. Naim Daniel mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak tahun 2008 sebagai pelakon kanak-kanak dan sehingga hari ini Naim Daniel telah berlakon dalam beberapa buah filem dan telefilem serta drama TV pada usia yang begitu muda.
Dengan kejayaannya dalam bidang lakonan dan nyanyian, dia mampu memiliki rumah idamannya sendiri ketika baru berusia 22 tahun. Laporan mengatakan, rumah yang dimilikinya itu merupakan sebuah rumah banglo dan rumah itu dibeli untuk dirinya sendiri kerana rumah keluarganya sudah ada di Melaka. Selain memiliki rumah idamannya itu, Naim Daniel juga memiliki kereta pacuan 4 roda, Ford Ranger yang berharga lebih 100 ribu ringgit.
Daiyan Trisha
via Says
Daiyan Trisha Binti Mohd Nasaruddin yang lahir pada 22 Disember 1993 merupakan seorang penyanyi, pengacara dan juga pelakon. Dia mula dikenali ramai menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk ‘Dee’ dan mula bergiat aktif dalam bidang hiburan pada tahun 2013.
Daiyan Trisha juga merupakan pemegang diploma perakaunan dan perniagaan di UITM dan memiliki ijazah saujana muda pentadbiran perniagaan di IUKL.
Menerusi laman instagram miliknya, Daiyan telah meluahkan rasa gembiranya apabila dia berjaya membeli kondominium miliknya sendiri yang terletak di sekitar Lembah Klang. Menurutnya lagi, dia telah mula menanam impian untuk memiliki kediaman sendiri sejak berumur 23 tahun lagi, dia bekerja keras dan akhirnya berjaya untuk memiliki rumah sendiri ketika berusia 25 tahun.
Menurut Daiyan juga, bukan mudah untuk remaja sepertinya mendapat peluang untuk membeli rumah kecuali jika berusaha lebih masa dan terus bekerja tanpa bergantung harapan dengan gaji sahaja.
Murai MY.
Post a Comment