Akibat leka bergambar outdoor pengantin dan pengiring, sekali polis datang semua kena angkut dan didenda kerana langgar SOP

Akibat leka bergambar outdoor pengantin dan pengiring, sekali polis datang semua kena angkut dan didenda kerana langgar SOP

Sepasang pengantin yang baru selamat diijabkabulkan di Taman Nilam, Langkawi kelmarin ditahan pihak polis kerana melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Akibat leka bergambar outdoor pengantin dan pengiring, sekali polis datang semua kena angkut dan didenda kerana langgar SOP



Menurut laporan Malaysia Gazette, 17 individu termasuk ‘bridesmaid’ turut ditahan setelah membuat sesi bergambar di kawasan sungai berhampiran yang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

ARTIKEL MENARIK:Pemandu Grab Cem4s, Penumpang Lelaki Tiba-tiba Melompat Ke Seat Belakang


Video berdurasi 23 saat yang memaparkan pasangan pengantin dan pengiringnya menaiki lori polis telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari mengesahkan semua individu terbabit ditahan oleh sepasukan polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan di lokasi berkenaan.

“Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun ditahan sebelum dibawa ke balai polis. 
“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP,” jelasnya.

Selain itu, Shariman juga berkata mereka telah dibebaskan pada hari kejadian selepas membayar jumlah kompaun yang ditetapkan.

VIDEO:




Loading...


Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik) & Twitter NorHadey

Sumber : Mediabawang.net via Slamber Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post