7 Tahun Menanti, Akhirnya Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Pertama

7 Tahun Menanti, Akhirnya Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Pertama

Selepas hampir tujuh tahun menanti, pelakon Jehan Miskin mengumumkan isterinya, Julie Camelia Rhee selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka semalam.

7 Tahun Menanti, Akhirnya Jehan Miskin Timang Cahaya Mata Pertama



Berita gembira itu dimaklumkan oleh Jehan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama putera kesayangannya yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.

ARTIKEL MENARIK:Janna Nick Diserng Peminat K-pop Sampai Delete IG & Twitter Gara-gara Panggil ‘Lisa Blackp1g’?


Menerusi entri itu, Jehan meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anaknya itu serta mengucapkan selamat datang buat putera sulungnya.



Loading...


Perkongsian Jehan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta mengucapkan tahniah buat pasangan itu di atas kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Terdahulu, Jehan berkongsikan berita gembira mengesahkan isterinya hamil anak pertama pada September lalu. Jehan mendirikan rumah tangga dengan wanita warga Korea Selatan itu pada 2013.


Sumber: Rotikaya via Teh Tarik Kaw




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post