4,284 kes, 18 kematian

4,284 kes, 18 kematian

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,284 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 226,912 kes.

4,284 kes, 18 kematian



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 4,278 kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL MENARIK:Isu 8 Penduduk Miskin Sabah Dikomp4un, Ini Respon Pesuruhjaya Polis Sabah


Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,309 kes.
“Sebanyak 18 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 809 kes.


Loading...


“Terdapat 3,804 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 177,794 kes,” katanya menerusi pemakluman pada Facebook beliau di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 307 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 141 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Kosmo Digital

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post