KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa kekhilafan Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, wanita yang menggunakan akaun dikenali sebagai Azra Ghaz mendakwa kecuaian KKM memaklumkan keputusan negatif RTK-Antigen kepada suaminya, menyebabkan dia dan anaknya pula terdedah kepada wabak itu.
ARTIKEL MENARIK:Hilang Kehorm4tan Ketika Dalam Tah4nan Lok4p
“Suami saya dijangkiti ketika berada di wad hospital. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul ketika merawat suami saya.
“Kecuaian pihak KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-Antigen kepada suami saya. Kami dimaklumkan suami saya negatif, walhal yang sebenarnya suami saya positif COVID-19.
“KKM juga mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya kami di rumah pula yang terdedah kepada wabak COVID-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Azra berkata, susulan itu mereka sekeluarga kemudiannya membuat ujian saringan COVID-19 sebelum dimaklumkan positif virus itu ketika menjalani tempoh kuarantin.
“Kerana kesilapan KKM, mereka membahayakan nyawa kami sekeluarga. KKM mengarahkan kami sekeluarga untuk buat RTK-PCR kali kedua pada hari ke-15 selepas terdedah kepada kontak positif.
“Apakah signifikannya melakukan RTK-PCR selepas incubation period (tempoh inkubasi) 10 hari, sedangkan kebolehjangkitan di tahap sifar,” katanya.
Justeru, katanya itu antara isu akan dibawa dalam pertemuan yang diaturkan KKM bagi membincangkan aduan rasminya.
“Kita berbincang di saluran yang betul. Semoga yang senasib dengan saya, tak perlu memaki hamun dan menyumpah seranah KKM. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya faham, KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat sekarang.
“Tetapi, memahami tak bermaksud berdiam diri dan menerima sahaja penindasan terhadap kita. Kita berhak untuk mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM,” katanya.
Dalam pada itu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan suami kepada wanita terbabit mendakwa dijangkiti virus terbabit ketika mendapatkan rawatan akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul di sebuah hospital pada 7 Disember tahun lalu.
Lelaki dikenali sebagai Muhammad Ghazali itu berkata, selepas dua hari dimasukkan ke hospital terbabit, dia diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 selepas terdapat kes positif COVID-19 di wad didudukinya.
Dia kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember namun keputusan ujian disahkan negatif serta dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.
Bagaimanapun, pada 23 Disember lalu, dia menerima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan sebenarnya disahkan positif COVID-19 sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada keesokannya.
via Cempedak Cheese
Post a Comment