“Saya rasa menyesal kerana tidak pertahankan dia, kalau tahu ini pengakhirannya saya tidak akan serahkan kepada ibu kandung itu,” demikian ibu angkat kepada kanak-kanak yang mav.t selepas ditemui lem4s dalam tong dan dipercayai dider.4 dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka semalam.
“Tetapi saya kesal apabila hampir tiga bulan saya berjaya pujuk hati hilangkan rindu, saya dapat berita yang cukup tidak boleh diterima, lagi pula ibu kandung dan ayah tirinya juga tidak pernah pula tunjukkan sikap pan4s bar4n,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
ARTIKEL MENARIK:Sangat tak betul kenyataan ini” – Ustaz Tep1s Kenyataan, Menteri Agama M0h0n Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera
Demikian luahan hati Ibu Angkat arwah Amir, Puan Norlida Abu Hassan setelah diberitakan kemat.1an anak angkat yang dibela sejak kecil.
Semalam pihak polis melaporkan menerima panggilan kira-kira jam 4 petang tadi daripada seorang lelaki yang memaklumkan bahawa anaknya mat1 lem4s di dalam tong air di rumahnya.
Tular di FB seorang individu bernama Puan Zakbarirah Rashidi mendedahkan perbualan ringkas antara dua individu mengenai kemat1an arwah amir yang di percaya dibi4rkan semalaman di dalam tong biru.
Turut di tularkan wajah Amir yang termenung di tingkap, sempat di rakamkan jiran berdekatan
Individu yang dipercayai ibu kandung beliau bernama Zuraida Atan
Meninjau ruangan komen ada yang mengenali svspek dan mendakw4 beliau ada kad p3sakit m3ntal
” Saya menyesal tak pertahankan hak jaga Amir..”-Ibu Angkat Akan Tuntut Jenaz4h Anak Untuk Di Kebumikan Di Rawang.
KALAU sudah bergelar ibu, perasaan sayang terhadap anak kandung, anak tiri mahupun anak angkat seolah-olah tiada bezanya.
Bagi wanita ini, kenyataan yang harus diterima apabila terpaksa berpisah dengan anak angkat terlalu perit untuk diungkapkan. Apatah lagi anak angkat tersebut dipelihara sejak bayi lagi sehingga usianya hampir menjangkau enam tahun.
Tiada daya upayanya untuk menghalang hak mutlak ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut yang akhirnya mengambil semula anak lelakinya itu.
Namun, amat menyayat hati selepas 3 bulan anak di serahkan kepada ibu kandung di beritakan anak itu m4.ti di der4 oleh ibu sendiri.
Keluarga Norlida menatang Amir bagai minyak yang penuh.
Norlida Abu Hassan berasa terkilan dan meluahkan kekesalan tidak mempertahankan hak anak itu dari di serahkan kepada ibunya.
“Saya rasa menyesal kerasa saya sepatutnya mempertahankan (hak untuk terus menjaga arwah) , saya juga faham perasaan ibu kandung yang rindukan arwah ..”
Norlida turut berkata sewaktu mengambil arwah, tiada membuat apa-apa perjanjian dan kami menerima seadanya dan merasanya arwah membawa sinar buat keluarganya.
Menyingkap kembali bagaimana Amir berada di bawah jagaannya, menurut Norlida, dia hanya menghulurkan pertolongan kerana ketika itu ibu kandung kanak-kanak tersebut sedang menyambung pengajian dan masih belum stabil dari segi kewangan.
“Di sini, dia ditimang dengan penuh kasih sayang sebab dia adalah ‘adik bongsu’. Manakala anak-anak saya yang lain dah besar semuanya, yang paling bongsu pun 17 tahun. Abang-abang dan kakak-kakaknya layan dia dengan penuh kasih sayang,” kata wanita berusia 50 tahun ini.
“Ibunya adalah rakan kolej anak saya. Anak saya selalu bercerita dia simpati dengan kakak seniornya yang terpaksa jaga baby dalam masa yang sama bekerja dan belajar.
“Memang saling tak mengenali pun, tapi saya turut simpati bila dengar cerita anak. Kemudian saya tawarkan pertolongan untuk jaga bayinya itu. Saya dengan berbesar hati terima bayi tersebut seperti anak sendiri.
“Kepada ibunya, saya katakan usah bimbang… belajar dan selesaikan urusannya dulu, hal perbelanjaan susu, lampin pakai buang jangan difikirkan. Ada la rezeki Amir ni nanti.
Anak-anak kandung Norlida melayan Amir seperti adik bongsu mereka.
“Hari demi hari hinggalah menjangkau usia Amir enam tahun, kemudian ibunya serius suarakan hasrat nak ambil Amir semula. Pada tanggal 13 Oktober lalu, ibu kandung Amir datang menjemputnya di rumah kami di Rawang, Selangor untuk dibawa pulang ke Melaka,” cerita ibu kepada lima cahaya mata ini.
Namun kata Norlida, dia sedikit terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyambut hari jadi Amir yang jatuh pada Disember akan datang.
“Amir nak sangat kereta mainan remote control tapi tak sempat nak beli sebab semua terlalu pantas. Pada mulanya nak awalkan sikit sambut hari jadi dia sebelum hujung Oktober ini, namun apakan daya.
“Saya selalu berhubung sama ada dengan ibu dan bapa tirinya untuk mengetahui perkembangan Amir. Rindu tak usah cakap. Saya tak boleh lihat baju sekolahnya, gambar ataupun video. Cepat luruh air mata.
Norlida tidak mampu melihat gambar atau barangan milik Amir kerana mudah tersentuh.
“Sepanjang besarkan Amir, saya sentiasa terbuka dan terangkan mengenai ibu kandungnya. Tak pernah pun terniat untuk rebut Amir sebab saya memang sedar akan hakikatnya. Saya anggap apa yang dilakukan untuk Amir adalah jambatan syurga untuk saya,” katanya.
Memahami situasi yang dihadapi kebanyakan keluarga angkat yang turut melalui situasi sama sepertinya, Norlida turut menitipkan nasihat kepada mereka yang berkenaan agar belajar untuk reda.
“Bagi mereka yang memelihara anak angkat, kena bersedia kerana anak tersebut memang bukan anak kandung kita. Kena faham hakikat tersebut. Lapangkan hati dan tanamkan dalam jiwa bahawa kita sedang menjaga rahmat Allah,” akhirinya.
Video kenangan Arwah ketika masih kecil
Sumber : FB Puan Zakbarirah Rashidi via trending network via Trending Kini
Post a Comment