Kecoh sejak beberapa hari ini selepas tular video menunjukkan Sajat menangis apabila tangannya dig4ri.
Lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik beberapa hantaran memberi bayangan mengakui status sebenar jantina dirinya.
ARTIKEL MENARIK:Respon Padu Timb. Menteri Agama Berkenaan Isu Tukar Jant1na Mungkin Akan Buat Sajad Terdiam
Malah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mengesahkan Sajat disi4sat pihaknya berikutan menerima laporan usahawan kontroversi itu berpakaian wanita ketika menghadiri majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Shah Alam.
Dalam hantaran terbarunya, Sajat yang masih berasa dirinya teraniaya mempersoalkan pandangan orang ramai terhadap dirinya yang disifatkan memperm4inkan agama walaupun banyak kerja amal sudah dilakukannya.
“Mungkin mereka suka tengok saya mel4cur dari buat kerja elok kot!!
“Yalah! Saya mana ada rekod kena tangkap OPS pel4curan di bawah JAIS!” tulisnya.
Sajat kemudian memuat naik video berjalan memakai baju tidur sambil memberi sedekah kepada gelandangan di jalanan berserta kapsyen yang menegaskan perbuatan sedekah atau wakaf bukan berpandukan dari pakaian, tetapi dari niat hati dan keikhlasaan.
“Sedekah tak pandang siapa GENDER kita, AGAMA kita, STATUS kita, PAKAIAN kita atau SESIAPA pun BOLEH bersedekah, yang penting kita mempunyai hati perkemanusiaan.
“Saya sayang Allah, tetapi mereka kata saya mempersenda agamaku kerana sedekah Di wisma ku sendiri dengan keadaan berjubah dan bertudung. Ia terus dihukum mempersenda agama islam. Maafkan Aku.. Aku bukan manusia sempurna,” ujarnya.
Sebelum ini tular satu video ketika Sajat menangis dig4ri, muncul seorang wanita yang di percayai ibu kepada Sajat memarahi beberapa pegawai Jais.
Menurut rakaman tersebut, Ibu Sajat kelihatan sangat mar4h dan mendoakan supaya keturunan pegawai Jais akan mendapat anak seperti Sajat
“Saya doakan awak semua anak awak akan dapat, keturunan awak semua macam Sajat” – Mak Sajat
Dalam pada itu, netizan terus menyokong tindakan tegas dari JAIS, kerana isu melibatkan Sajat telah lama berlaku
“JAIS buat kerja diorang. Kau pergi rekod. Kalau kau ikot flow, JAIS da cakap kau boleh dijamin keluar dengan 1 penjamin. Mak atau ayah. Tanpa bayaran. Tapi kena dakwa la dlu, kena tangkap, kalau kau ikot flow undang2 nya, tak jadi havoc pun. JAIS tahan atas dakwaan pemakaian bukan majlis kau. Tuduhan 2018 pun masuk skali. Hahaha. Drama. Nak tunjuk dia kena b-uli, tak diberi hak kemanusiaan. Takde plak dgr JAIS maki2 je-rit2 masa bg keterangan. Dia yang start nak lari keluar. Mula2 skali dah s4lah dah. Ambik phone, rekod all the things. Ni da masuk kes4lahan polis pulak. Haha! Da bertambah masalah. Tuhan jentik sikit je. Berubah jela. Yela kau banyak duit. Ada kuasa duit. Kuasa tuhan? Bila2 je boleh dia tegur kau. Go JAIS GO!! Im on your side!” tulis seorang netizan“Sajat perempuan, bayar RM300 juta kalau nak tengok sekali imbas boleh la” – Bapa Sajat
Pendedahan nama sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat sewaktu dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.
Susulan itu, Sajat tampil memberi penjelasan kepada mStar Online untuk menafikan laporan media yang memetik namanya sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2018, personaliti itu pernah memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.
“Hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia, bukan wartawan, bukan orang luar.
“Mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya, mak kata saya khunsa,” tulisnya menerusi kapsyen posting berkenaan.
Dalam video itu, ibunya yang berada di dapur sebelum Sajat muncul dan mengadu perihal cakap-cakap netizen mengenai status jantinanya.
Paparan skrin perkongsian Sajat di Instagram.
“Mak yang lahirkan Ajat (Sajat) mak yang mengandungkan Ajat, apa nak pedulikan dorang.
“Banyak sangat cakap tengok cili ni, cili padi kampung kalau kena mulut orang mengata tu haa…,” kata wanita itu kepada Sajat sambil memotong cili.
Selepas itu muncul pula bapanya yang secara terbuka mengakui Sajat adalah perempuan.
“Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok, sekali imbas je boleh,” kata ayahnya.
Dalam pada itu, Sajat menutup ruangan komen di posting video berkenaan dan ia sehingga kini sudah menerima hampir 300,000 tontonan.
Pada 2018, Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Dia bagaimanapun berang apabila namanya disebut sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam laporan media dan menafikan nama tersebut adalah nama asalnya.
“Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.
“Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S… A… J… A… T… Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada tengah hari Khamis.
Respon Padu Timb. Menteri Agama Berkenaan Isu Tukar Jant1na Mungkin Akan Buat Sajad Terdiam
” Sahabat-sahabat, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT.”
Demikian kata-kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary yang mengingatkan tiada ruang untuk golongan tr4ns-g3nder melakukan maks1at di negara ini.
Ahmad Marzuk berkata, golongan tersebut didapati tidak lagi takut-takut untuk menyorok identiti lelaki yang sudah ditukar kepada perwatakan wanita.
” Seingat saya, dulu sangat susah untuk berjumpa dengan lelaki yang suka dan berani mahu memakai gaun, skirt, tudung atau baju kurung. Kali pertama melihat, beristighfar panjang juga saya.
” (Tapi) Ada pula yang sampai mempersoalkan mengapa mereka tidak berhak bahagia dengan menjadi diri sendiri,” katanya.
Ahmad Marzuk mengiringi hantaran di Facebook itu dengan keratan akhbar yang dipadam sebahagian daripada judulnya: ‘… Mengaku Bed4h Jant1na.’
Walaupun tidak memetik nama tertentu secara khusus, hantaran itu dipercayai merujuk kepada kisah dialami personaliti kntr0versi Nur Saj4t atau Muhammad Sajj4d Kamaruzzaman baru-baru ini.
Terdahulu, Sajad mendkwa dirinya dikas4ri penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sewaktu proses s1asatan dijalankan terhadapnya pada 6 Januari lalu di Shah Alam, Selangor.
Dia dis1asat mengikut Sksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 berkaitan ksaIahan berhubungan dengan kesucian institusi agama.
Susulan itu, penyanyi lagu Makhluk Pegg0da itu mula memuat naik beberapa siri hantaran di Instagram dan Insta Story yang mendkwa dia sedang mengalami kemurvngan.
Dalam kenyataan disiarkan di media sosial itu, Sajad antaranya mengaku sudah menjalani pembedahan menukar jant1na selain mempersoalkan mengapa dia tidak boleh melakukan ibadah sebagai seorang wanita.
Sementara itu, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa mengingatkan bahawa sesiapa yang melakukan maks1at akan mendapat do-sa dan bal4san di akhirat kelak kecuali jika mereka bert4ubat.
” Hidup kita di dunia ini, bukan semata-mata mahu memikirkan diri sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apatah lagi mahu memikirkan bahagia sendiri tanpa mempedulikan arahan dan Iarangan Allah.
” Sifat taqwa petunjuknya adalah Al-Quran. Rujuklah Al-Quran untuk mengetahui naluri kalian itu adalah kebenaran ataupun ujian,” katanya.
Kata Ahmad Marzuk, golongan lelaki yang menukar identiti kepada wanita kini sudah semakin berani mempengaruhi ramai anak-anak muda.
” Sehinggakan, mahasiswa lelaki jurusan agama pun ada yang bersolek tebal sebelum pergi ke kelas. Betapa kuatnya arus kebebasan fahaman Barat yang masuk ke dalam negara kita,” katanya.
Ahmad Marzuk turut menyeru agar nasihat dan kata-kata yang baik sentiasa digunakan bagi membantu goIongan yang mempunyai masalah kekeliruan jant1na untuk keluar daripada ujian.
” Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) misalnya ada menyediakan banyak sistem sokongan untuk membantu sahabat-sahabat yang bergeIut dengan kecelaruan ident1ti.
” Namun, jika maks1at itu mahu dilakukan secara terbuka dan mengajak-ajak pula orang lain untuk tidak takut melakukan hal yang serupa, menjadi tanggungjawab kita menghalang dengan mengguna pakai saluran undang-undang Syariah yang ada,” katanya.
Pada masa sama, Ahmad Marzuk memaklumkan sudah ada beberapa negeri sedang membuat semakan untuk memperkukuhkan lagi Enakmen Jnyah Syariah pada masa akan datang.
” Insya-Allah, kita akan usahakan satu demi satu dengan segenap kemahuan politik yang kita ada ada. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua,” katanya.
Sumber : http://trendingsangat.pw/ via Slamber Media
Post a Comment