Pecvt Sebelum PKP Bermula, Ramai Pengantin Serbu Pejabat Agama

Pecvt Sebelum PKP Bermula, Ramai Pengantin Serbu Pejabat Agama

Umum mengetahui bermula 12 malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di enam negeri iaitu di Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Pecvt Sebelum PKP Bermula, Ramai Pengantin Serbu Pejabat Agama



Sepanjang tempoh tersebut sebarang aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

ARTIKEL MENARIK:PKP akan dijalankan selama 4 minggu sahaja jika rakyat lakukan hal ini – DG Noor Hisham


Namun, perkongsian netizen yang merupakan seorang jurugambar dikenali sebagai Ricol Kal El menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan keadaan di Pejabat Agama Sabah yang diserbv pengantin semalam.

Rata-rata pasangan ingin melangsungkan pernikahan sebelum PKP dilaksanakan tengah malam semalam apatah lagi ramai yang bimbang jika PKP bakal disambung lagi selepas 26 Januari.



Loading...


Menerusi perkongsian foto tersebut, dapat dilihat keadaan perkarangan pejabat agama yang penuh dengan bakal-bakal pengantin bersama keluarga mereka.

Netizen turut bersel0roh dengan mengatakan kejadian tersebut sama seperti ‘pan1c buying’ tetapi situasi itu bertukar menjadi ‘pan1c nikah’.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin serta mendoakan urusan pernikahan mereka dipermudahkan.

 


Sumber : Gulapop via Slamber Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post