“Lebih Baik Mati”, Ini Ungkapan Pesakit Positif Virus Sebelum Ditemui Maut

“Lebih Baik Mati”, Ini Ungkapan Pesakit Positif Virus Sebelum Ditemui Maut

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap kali kita dengar ada orang yang disahkan positif Covid-19, mesti ada rasa simpati dengan ujian yang menimpa diorang, kan? Tapi pasti lagi berat bagi insan yang menanggungnya.

“Lebih Baik Mati”, Ini Ungkapan Pesakit Positif Virus Sebelum Ditemui Maut



Lebih teruk, mungkin ada yang sampai boleh bawa maut. Seperti kes yang dilaporkan berlaku di Seri Kembangan ini, seorang warga emas telah ditemukan mati di rumahnya. Punca kematian dipercayai akibat bunuh diri kerana tertekan selepas dirinya disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL MENARIK:Ledakan pandemik gelombang ketiga


Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, mangsa yang berusia 66 tahun telah membuat swab test di sebuah hospital swasta pada 7 Januari sebelum disahkan positif pada esok hari. Kemudian pada 18 Januari, mangsa buat swab test untuk kali kedua, tetapi masih lagi positif.

“Si mati sudah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan Covid-19 dan sering mengatakan kepada isterinya lebih baik mati.” – katanya.

Menurut laporan, mangsa hanya duduk berdua dengan isterinya di sebuah rumah teres dua tingkat. Menurut isteri mangsa, dia selalu mengadu sakit dan berada dalam keadaan murung selepas mendapat berita tersebut. Mangsa juga selalu cakap yang dirinya lebih baik mati daripada sakit macam tu.

Berdasarkan siasatan, tiada sebarang unsur jenayah yang ditemui. Tiada sebarang kesan pecah masuk, tiada bunyi pertengkaran atau orang menjerit didengari oleh jiran, tiada barangan berharga yang hilang dan barang rumah juga dalam keadaan teratur. CCTV di rumah jiran pun menunjukkan tiada sesiapa yang menghala ke rumah si mati.

“Mangsa didapati mati akibat kesan kelar pada tengkuk dan pisau masih berada di sebelah si mati. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga menunggu laporan bedah siasat.” – tambah polis.



Loading...


Kalau ada kenalan kita yang disahkan positif virus, janganlah kita jauhkan diri dan layan diorang macam dah takde harapan. Banyak je kes pesakit Covid yang kembali sembuh macam biasa. Yang penting, kita kena terus beri sokongan sebab itu antara sumber kekuatan diorang untuk stay positiveboth mental dan fizikal.

Kredit: Harian Metro  via Oh! Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post