Inilah Dua Amalan Rasulullah Ajar Bantu Kita Keluar Dari Kesemp1tan Hidup, Mudah Semua Orang Mampu Buat

Inilah Dua Amalan Rasulullah Ajar Bantu Kita Keluar Dari Kesemp1tan Hidup, Mudah Semua Orang Mampu Buat

Meneruskan kehidupan di zaman sekarang ini amat berat cabarannya, terutama soal kewangan. Bekerja siang malam, demi kelangsungan hidup.

Inilah Dua Amalan Rasulullah Ajar Bantu Kita Keluar Dari Kesemp1tan Hidup, Mudah Semua Orang Mampu Buat



Tapi ada juga yang hasilnya cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rupanya ada 2 rahsia amalan Rasulullah SAW yang membantu anda keluar dari kesempitan hidup.

ARTIKEL MENARIK:Respon Padu Timb. Menteri Agama Berkenaan Isu Tukar Jant1na Mungkin Akan Buat Sajad Terdiam


Setiap rezeki ini sebenarnya atas sandaran dan keberkatan dariNya. Video yang dikongsikan oleh Penerbit, Content Creator, Vlogger, Sujimy Mohamad yang menemubual Ustaz Hasbi Hassan, Presiden Singapore Islamic Scholars & Religious Teachers Association (PERGAS) menghadiahkan amalan untuk membantu seseorang keluar dari segala kesempitan hidup malah dilapangkan rezekinya. Insya-Allah.

Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.

1. Beri Salam

Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.

“Assalammualaikum warah matullahi wabar4katuh”

Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”

Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada d1ri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.



Loading...


“Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabar4katuh”

Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”


2. Baca Surah Al-Ikhlas

Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.

Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas

1 kali – D1rinya akan diberkati.

2 kali – D1rinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.

3 kali – D1rinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.

“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak berg4duh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”


Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah SAW

Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.

Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.

Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.


Perubahan Hidup Seseorang Dari Seberang Tambak

Seseorang dari Seberang Tambak pernah bertemu Ustaz Hasbi. Waktu itu dia berhadapan masalah yang sama. Hidupnya susah, rezekinya sempit. Macam-macam problem dihadapi. Beliau beritahu tentang amalan ini padanya. Dia amalkan dan selang beberapa bulan, orang itu bertemu kembali Ustaz Hasbi menyatakan perubahan yang dialami.

Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.


Dah Baca, Sila  Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih

Sumber: Sujimy Mohamad Official Page, shakirwebblog.blogspot.my via Rencah Rasa




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post