Saya perasan ada di kalangan kita yang tidak mahu mengeluarkan duit kwsp melalui inisiatif i-Sinar.
Alasan utamanya adalah mereka dalam keadaan yang ok dan tidak memerlukan.
ARTIKEL MENARIK:Ada sebabnya kenapa ada yang tak lulus. Akhirnya pihak kwsp tampil bersuara lantang bongkarkan sebab sebenar buat warganet terkedu. Rupa rupanya ini sebabnya yang ramai tak sangka.
Benar, itu hak anda dan duit anda. Tetapi izinkan saya memberi cadangan mengapa anda perlu keluarkan juga duit kwsp tu.
Pertamanya, kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Sekarang kita ok. Kerja ada, gaji masih jalan, hutang semua dibayar dengan konsisten. Alhamdulillah.
Persedian untuk sebarang kemungkinan mendatang
Tapi bagaimana pula dengan esok dan hari seterusnya? Saya buka beberapa kebarangkalian.
1. Syarikat tempat kerja tiba-tiba tutup
2. Covid-19 menjadi lebih buruk sebagai contoh di UK
3. Kemalangan dan kematian atau jatuh sakit
Itu hanya contoh ringkas. Cuba fikirjan jika ianya terjadi? Adakah kita bersedia? Jika ya, adakah RM5K atau RM10K dari i-Sinar tu tak membantu langsung?
Percayalah yang apabila situasi ini terjadi, anda akan menangis menyesal kerana tak keluarkan duit kwsp pada waktu ini. Kerana bukan selalu boleh bawa keluar duit dari kwsp, akaun 1 pulak tu.
Tukar tempat duit dari KWSP ke Tabung Haji, ASB
Kalau tiada apa-apa nak digunakan atau dibeli sekalipun, keluarkan sahaja. Letak dalam Tabung Haji atau ASB. Tabung Haji antara tempat paling stabil dan tidak dipertikaikan halal haramnya. ASB pula masih ok dengan dividennya. Yang bising masa dividen ASB rendah sebelum ni adalah yang buat loan ASB. Yang masukkan duit tunai, biasa je. Tak rugi apa-apa pun.
Kenapa jangan tinggalkan dalam KWSP dan masukkan kat Tabung Haji atau ASB? Kerana keupayaan untuk mengeluarkan duit itu apabila diperlukan.
Jika tinggalkan dalam KWSP, kena berhenti kerja ke, gaji kena potong ke, nangislah macam mana pun, takkan boleh dah keluarkan duit dari akaun 1 lepas i-Sinar ni.
Berbanding dengan Tabung Haji dan ASB. Pengeluarannya lebih mudah bila keadaan memaksa.
Jadi, fikirkanlah. Saya sarankan anda hanya tukar tempat duit itu sahaja. Bukan saya sarankan anda habiskan duit tu.
Buatlah pilihan dengan bijak. Jangan rasa bersalah tak bertempat. Itu duit anda sendiri. Hasil titik peluh anda sendiri. Kenapa nak letak dalam peti besi yang kuncinya dipegang oleh orang lain sedangkan kita boleh letak dalam peti besi kepunyaan kita sendiri?
Berhenti takut pada diri sendiri. Takut terbelanja dan sebagainya. Anda dah besar panjang. Saya pasti anda boleh kawal diri. Lepas tu, jangan fikir beli emas tu satu pembaziran. Emas ialah penyelamat tunai. Kalau nak beli, boleh beli di Gull Jewellery Harga murah, tanpa upah pulak tu.
sumber : Akhtar Syamir
Sumber : Tehtarikkaw via Slamber Media
Post a Comment