Pelakon Aeril Zafrel disahkan positif C0VID-l9. Aeril menghebahkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), beberapa jam lalu. “assalamualaikum semua .. malam tadi aku mendapat perkabaran aku positive covid19..
hari isnin.. aku pergi ke rumah p.a/manager aku sebab dia demam. so aku ke sana sebab kebiasaan nya aku yg akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.. jadi sebab hari pun da lewat so aku decide untuk tidur sana ..
ARTIKEL MENARIK:Tak sampai setahun bernikah, pengacara Mimie Hari mengaku dah berc3rai. Dia ceritakan punca sebenar
selasa.. esok nya aku angkut dia pegi clinic dan ambil swab test PCR sekali dgn aku.. lepas tu aku jumpa staff utk briefing launching virtual online product hujung bulan ni.. dan aku balik rumah terus .. rabu..
result keluar dan aku & manager positive.
immediately aku panggil @kumpulan_megaklinik_zahran utk swab test family dan staff aku sebab ada jumpa dorang.. swab test RTK kesemua mereka negative dan masih menanti result PCR pulak .. doakan negative juga.. sekarang aku self quarantine dekat bilik atas .. nak isi masa 10hari ni dgn mcm2 aktiviti kat bilik. doakan guys. Now manger aku tu dah recover and tak demam lagi. Tapi tetap self quarantine
Sumber : ig @aeril Zafrel
Aeril Sanggup Padam Komen Peminat Lepas Warganet Tinggalkan Komen Kritikan Terhadap Jalan Cerita Drama Tempatan. Aeril Zafrel Terus Bagi Jawapan Punca Dia Padam Komen
Selain Aeril Zafrel, drama Tercipta Satu Ikatan turut dibintangi Izzue Islam.TIDAK dinafikan kebanyakan drama yang menghiasi tayangan di stesen televisyen tempatan banyak berkisar mengenai tema cinta, fantasi serta kehidupan orang berada.
Situasi itu menyebabkan penonton mula muak hingga ruangan komen di Instagram pelakon Aeril Zafrel dijadikan medan untuk meluahkan perasaan.”Kenapa padam komen saya, tak betul ke komen saya tu? Tahap cerita Melayu tak habis-habis dengan kahwin, projek juta-juta… Datuk sana, Tan Sri sini.
“Bukan suruh puaskan hati semua orang. Tapi cuba perbaiki mutu drama tempatan, barulah boleh tarik minat orang untuk menonton. Tolong beritahu dengan pengarah sana,” tulis seorang warganet. Warganet tinggalkan komen kritikan terhadap jalan cerita drama tempatan
Individu berkenaan meluahkan pandangannya pada posting berkaitan drama berjudul Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.Enggan berdiam diri, suami kepada pelakon Wawa Zainal lantas membalas pertanyaan individu berkenaan sambil menyenaraikan lima alasan dia memadam komen tersebut.Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, individu itu tidak seharusnya terus menghukum sesebuah karya sebelum menonton secara keseluruhan.
“Ketidaksabaran awak mengikut alur cerita ini kerana persepsi awal telah menguasai diri. Jelas terlihat awak bukan jenis mahu menikmati storytelling orang lain yang mungkin tak sama dengan cara awak berfikir.”Dalam hidup, kita tak boleh selalu merasa diri sentiasa benar. Kena sudi ‘pinjamkan’ telinga, mata dan hati untuk kisah orang lain juga supaya dapat ibrahnya (pengajaran),” katanya.
Aeril memberikan penjelasan mengenai kepelbagaian genre program yang boleh ditonton penonton.Selain tu Aeril juga menambah, setiap stesen televisyen menyediakan slot waktu berbeza untuk pelbagai genre rancangan agar dapat memberikan variasi untuk masyarakat.”Contohnya untuk cerita tentang budaya dan kemasyarakatan sudah ada tokoh pembikinnya. Untuk kisah benar atau cerita realiti, ada National Geographic contohnya.
Aeril Zafrel bergandingan dengan Hannah Delisha dalam Tercipta Satu Ikatan.“Jadi awak boleh memilih ikut selera sendiri, bukannya miliki sifat mahu orang lain jadi atau ikut selera awak,” ujar Aeril.Selain Aeril, drama Tercipta Satu Ikatan yang diarahkan Pali Yahya itu turut dibintangi Hannah Delisha dan Izzue Islam.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Tengah Sibuk Bincang Pasal Pembinaan Masjid Aeril Zafrel Selamba Je Kenalkan Suami Viral Di Ig. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Respon Warganet Bila Tengok Aeril Dengan Lelaki Tu.
Sebelum ini pasangan selebriti terkenal Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal pernah berhasrat untuk membina masjid di kampung halaman Aeril Zafrel iaitu di Rengit, Batu Pahat, Johor pada tahun ini. Dana pembinaan tersebut diperoleh daripada hasil keuntungan perniagaan kosmetik yang diusahakan oleh mereka berdua iaitu Wawa Cosmetics.
Dalam perbincangan bina masjid
Selepas beberapa bulan menzahirkan hasrat tersebut, impian pasangan ini dilihat semakin hampir dilaksanakan apabila Aeril sendiri memaklumkan sedang berbincang untuk membangunkan masjid yang dimaksudkan. Namun begitu, kapsyen yang diunggah oleh pelakon tersebut sedikit mencetuskan prblhan di ruangan komen Instagramnya kerana menulis berkenaan individu di hadapannya itu. Hal ini kerana perbincangannya berkenaan pembinaan masjid adalah dengan seseorang yang pernah tular berkaitan isu rumah tangganya.
“Meeting pasal pembinaan masjid..Yang depan ni pun pernah viral bina masjid. Doakan dipermudahkan….”
Walau bagaimanapun, menerusi komen daripada warganet di Instagram pelakon tersebut, rata-rata tinggalkan maklum balas dengan mendoakan agar Aeril terus dilimpahkan rezeki yang baik diatas usaha yang dilakukan. Mereka juga sempat mengulas mengenai lelaki di hadapan Aeril yang pernah viral satu masa dahulu kerana masalah orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Aeril Zafrel
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
00
Wawa beri idea dan izin Aeril bina masjid
PASANGAN selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan mendirikan masjid di kampung halaman Aeril, 33, di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor tidak lama lagi. Menurut Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, pembinaan masjid berkapasiti 700 orang itu akan menggunakan duit keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat miliknya, Wawa Cosmetic.
“Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid. “Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan produk berkenaan,” katanya ditemui selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Aeril berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak berikutan perancangan bina masjid itu, sebaliknya mahu berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat. “Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang, dan bukan hanya nama saya atau Wawa sahaja.
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik ia habis dijual. “Jika produk ini mendapat sambutan dan habis dijual, maka dana yang diperlukan untuk membina masjid sudah lebih daripada cukup,” katanya. Edisi kosmetik Muslim Bukhari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 bagi satu set.
Saling melengkapi
PERJALANAN hidup dalam alam rumah tangga tidak semudah disangka. Ada pasang surut yang perlu ditempuh dalam memperbaiki hubungan dan perjanjian yang dimeterai ketika akad nikah. Mengakui kehidupan sebagai suami isteri perlu saling melengkapi, pasangan romantis, Aeril Zafrel, 32, dan Wawa Zainal, 28, bersyukur apabila kehidupan yang dibina mereka berada dalam fasa bahagia dan harmoni.
Bagaimanapun, Aeril tidak menafikan ketika awal perkahwinan tidak berlaku perselisihan faham atau berdepan masalah. “Tipu kalau individu yang sudah berkahwin tiada masalah atau perselisihan faham. Kalau diikutkan waktu awal perkahwinan pun kami diuji macam-macam, tapi apa yang penting adalah kami perlu saling memberikan sokongan dan memaafkan.
“Saya akui waktu awal perkahwinan pasti ada prblhan kecil kerana waktu itu kita akan mengenali pasangan kita secara total. Namun sebagai suami isteri kita perlu cuba selami dan faham perangai masing-masing dan memperbaikinya,” katanya.
Dari kaca seorang insan bernama isteri, Wawa berkata, sebagai wanita yang sudah berkahwin perlu ada sikap untuk berubah menjadi insan lebih baik dan menjaga hubungan dengan suami sebaik mungkin. “Apa yang saya perasan dalam diri saya adalah apabila kita ubah sikap secara menyeluruh, rezeki itu akan datang tanpa diduga. Kalau dulu saya mungkin suka cari gaduh atau lukakan hati suami untuk perkara kecil, tapi apabila saya ubah sikap rezeki itu datang.
“Saya percaya apabila kita jaga hubungan dengan sebaik mungkin, kehidupan jadi lebih baik dan harmoni. Sebagai wanita perlu jaga hubungan dengan suami, ahli keluarga dan anak-anak kalau nak rezeki semakin murah,” katanya. Aeril dan Wawa ditemui ketika majlis pelancaran produk kosmetik terbaharunya, Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat miliknya, Wawa Cosmetic di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Bina masjid untuk saham akhirat
Siapa sangka pasangan selebriti yang sudah membina mahligai lebih lapan tahun ini mempunyai perancangan hidup yang cukup rapi dan tersusun. Apa tidaknya, bukan hanya memikirkan mengenai kehidupan mereka semata-mata, malah Aeril dan Wawa sentiasa berusaha membantu insan lain yang memerlukan selain mempunyai impian besar iaitu membina sebuah masjid sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga.
Menurut Aeril, dia dan Wawa mengakui terkesan dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad sehingga mendorong mereka membina sebuah masjid di kampung halaman Aeril di Batu Pahat, Johor.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, pembinaan masjid berkapasiti 700 orang itu akan menggunakan hasil keuntungan produk Muslim Bukhari. “Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit, Batu Pahat dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan RM1.2 juta. Semua wang itu dikumpul melalui hasil keuntungan produk berkenaan,” katanya
Aeril berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak berikutan perancangan membina masjid itu, sebaliknya mahu berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat. “Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang dan bukan hanya nama saya atau Wawa.
“Produk ini hanya dikeluarkan 80,000 unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik ia habis dijual. Jika produk ini mendapat sambutan dan habis dijual, maka dana yang diperlukan untuk membina masjid sudah lebih daripada cukup,” katanya.
Edisi kosmetik Muslim Bukhari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 setiap satu set. Menurut Wawa, mereka juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi untuk projek terbabit.
“Sebelum itu kami ada bercadang membina banglo di Bangi, tapi saya kata kepada Aeril tak mengapa kerana perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah. “Kebetulan masjid di kampung halaman Aeril sudah agak usang. Dari situ timbulnya idea untuk menaik taraf masjid itu,” katanya.
Terbit telemovie Sabda Kekasih
Menyentuh mengenai perkembangan karier masing-masing, Wawa berkata, selepas hampir empat tahun tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan akhirnya dia dan Aeril bersatu dalam sebuah telemovie berjudul Sabda Kekasih terbitan syarikat produksi miliknya.
Wawa berkata, dia mengakui teruja apabila dapat menyumbang idea dan mengolah skrip terbabit mengikut kesesuaian supaya dapat memberi mesej kepada penonton. “Kami baharu saja selesai menjalani penggambaran di bawah syarikat produksi milik kami. Telemovie ini adalah kemunculan semula saya selepas hampir empat tahun berehat daripada dunia lakonan.
“Saya puas sebab dapat terbitkan telemovie ini selain mengolah jalan ceritanya menjadi lebih menarik. Menerusi telemovie ini saya gunakan tenaga produksi filem walaupun ia sebuah telemovie yang mungkin ditayangkan di Astro First atau Astro Citra,” katanya.
Kebahagiaan Aeril dan Wawa jadi inspirasi
“KEMESRAAN dan kata manis kepada isteri yang dikongsi di Instagram (IG) bukan bertujuan menunjuk-nunjuk kehidupan rumah tangga kami bahagia. “Tetapi, itu memang realitinya” kata pelakon Aeril Zafril menjawab dakwaan segelintir warganet yang kurang menyenangi tindakan romantisnya.
Menurut Aeril, 31, dia sangat bersyukur kerana rumah tangga selama tujuh tahun dibina bersama pelakon Wawa Zainal, 27, dilayari dengan bahagia. Mengulas juga penerimaan segelintir warganet yang menjadikan kebahagiaan dia dan isteri sebagai inspirasi, Aeril mengucap syukur.
“Saya hanya mampu berterima kasih kepada mereka (warganet) yang sudi menjadikan kebahagiaan rumah tangga kami sebagai inspirasi. “Selama hidup bersama Wawa, saya bersyukur kehidupan rumah tangga kami berjalan lancar dan segala dugaan dilalui bersama.
“Pasang surut dalam hubungan rumah tangga memang ada, tetapi Alhamdulillah kami tidaklah diduga dengan ujian yang terlalu besar,” katanya. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 yang ketika itu mereka masih muda serta berusia di awal 20-an.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu, mereka dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. Terdahulu, Aeril ada meluahkan kata romantis kepada Wawa supaya tidak tinggalkannya pada sambutan hari jadi isterinya baru-baru ini. Ramai warganet memuji tindakan Aeril itu dan ada juga di antaranya mengkriti dengan dakwaan cuba menunjuk-nunjuk bahagia serta menasihatkan supaya berpada-pada.
‘Jangan tinggalkan saya Wawa’ – Aeril Zafrel
“JANGAN tinggalkan saya. Saya akan terus membahagiakan awak,” kata pelakon Aeril Zafrel buat Wawa Zainal sempena sambutan ulang tahun ke-27 isterinya itu, semalam. Aeril, 31, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut mendoakan Wawa terus menjadi isteri solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak mereka.
Menurut Aeril, Wawa sentiasa ada bersamanya tidak kira ketika susah atau senang terutama dalam melayari bahtera perkahwinan. “Saya berdoa semoga apa yang diimpikan Wawa dalam hidupnya tercapai. Pada usianya sekarang, saya melihat banyak peningkatan dalam dirinya terutama dalam perniagaan yang diusahakan.
“Dari awal perkahwinan sampai sekarang yang kini mencecah tujuh tahun, Wawa sentiasa ada bersama saya. Dia tidak pernah bosan menasihati saya supaya menjadi suami yang bertanggungjawab. “Sikap yang ditunjukkan Wawa itu membawa kepada kejayaan untuk kami sampai ke tahap sekarang,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya apakah hadiah yang diberikan sempena ulang tahun Wawa, Aeril berkata, dia tidak membeli sebarang hadiah selain mengadakan majlis hari jadi bertemakan serba putih itu. “Jika tahun lalu saya hadiahkan kereta, tahun ini tidak ada. Disebabkan terlalu sibuk bekerja, sampai lupa mahu bagi hadiah.
“Lagipun, Wawa bukan seorang yang meminta-minta. Kalau ada, adalah. Sekarang pun saya belum terfikir mahu belikan apa. Kalau beg tangan dia boleh beli sendiri bila-bila masa. Jadi, saya tidak ada idea lagi,” katanya. Ditanya mengenai perancangan anak ketiga, Aeril menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.
“Belum ada rezeki lagi. Kami tidak menolak rezeki Allah. Malah, kami tidak pernah merancang,” katanya. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.0Kredit - apampink
Post a Comment