MUNGKIN anda rasa tidak selesa dengan kaedah calitan rongga hidung dan kerongkong, untuk ujian c0v1d-19, namun susulan gelombang baru w4b4k tersebut, negara China dilapor turut menggunakan calitan dubur sebagai ujian mengesan kehadiran v1rus itu kepada rakyatnya.
Menurut pakar tempatan, kaedah itu mampu memberikan bacaan yang lebih tepat. Kaedah pengesanan itu kini lebih kerap dilakukan di Beijing selepas seorang budak lelaki berusia sembilan tahun disahkan positif v1rus varian UK yang sangat tinggi kadar j4ngk1tannya.
ARTIKEL MENARIK:Kejam, Ibu Didakwa Bunuh Anak, Mata Dicungkil Dan Lidahnya Dipotong Dengan Gunting Sebelum Dimakan
Difahamkan kaedah calitan dubvr itu telah digunakan sejak tahun lalu, namun dikhaskan kepada individu yang tinggal di kawasan ‘panas’ w4b4k seperti Shanghai. Ujian calitan hidung dan kerongkong masih kekal sebagai kaedah paling popular kerana ia lebih mudah dan cepat.
“Sudah tentu calitan dubvr tidak semudah calitan kerongkong, jadi ia hanya digunakan kepada individu dalam kawasan ku4r4nt1n utama,” kata Li Tongzeng di h0sp1tal You’an Beijing.
Calitan akan dimasukkan ke dalam rektum sedalam 3 hingga 5 sentimeter.
Menurut Tongzeng, penggunaan kaedah itu boleh meningkatkan kadar pengesanan, sekaligus mengurangkan kesilapan diagnosis.
“Apa yang telah kami temui di kalangan pes4kit dij4ngk1ti, coronav1rus hidup lebih lama dalam salur makanan atau n4j1s berbanding salur pernafasan mereka,” kata Tongzeng.
Newsweek pula melaporkan, lebih satu juta penduduk Beijing menjalani ujian c0v1d-19 ketika gelombang baru v1rus itu melanda melalui kaedah calitan dubvr. Kaedah itu dikatakan lebih tepat dan meningkatkan kadar kebolehkesanan v1rus kata pakar j4ngk1tan China.
Daerah utama Daxing dan Dongcheng telah mula melakukan ujian besar-besaran pada hari ahad selepas seorang budak lelaki berusia sembilan tahun disahkan positif v1rus varian UK, yang lebih mudah merebak bulan lalu.
Varian UK itu kali pertama ditemui di London dan tenggara England sejak bulan lalu.
Pihak berkuasa kesihatan di ibu negara China itu berkata, negara itu kini mensasarkan ujian kepada lebih dua juta penduduk dalam masa 48 jam. Sekitar 1.6 juta daripada jumlah itu yang tinggal di Daxing akan diberikan ujian-ujian antibodi, kerongkong, hidung dan calitan asid nukleik dubvr.
Ujian saringan dubvr telah digunakan sejak tahun lalu, melibatkan penduduk bandar-bandar utama di Shanghai. Namun kata seorang pakar j4ngk1tan yang dipetik oleh media kerajaan China, CCTV kaedah itu hanya dijalankan ke atas individu yang tinggal di kawasan ‘panas’ c0v1d-19.
Sumber : www.edisirakyat.com via Slamber Media
Post a Comment