Awas, Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Beberapa Negeri Termasuk Johor, Pahang & Terengganu

Awas, Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Beberapa Negeri Termasuk Johor, Pahang & Terengganu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan sehingga 13 Januari 2021 nanti.

Awas, Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Beberapa Negeri Termasuk Johor, Pahang & Terengganu



MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran angin kencang dan laut bergelora mempunyai tiga kateori megikut ketinggian ombak.

ARTIKEL MENARIK:Anak Sungai, Saliran Tersumbat Antara Punca Banjir Pantai Timur Lambat Surut
loading...


Bagi kategori ketiga ia merupakan kategori merah membabitkan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Tenggara Samui, Tioman, Condore, Utara Bunguran, Reef North, Reef South, Layang-layang , Labuan dan Palawan bakal mencatat ombak setinggi 4.5 meter ke atas.

Bagi kategori kedua (jingga) melibatkan Barat Sabah dan Labuan, Barat Daya Samui dan Selatan Bunguran serta Sulu dengan ketinggian ombak 3.5 hingga 4.5 meter.

Bagi kategori pertama (kuning) melibatkan Sabah Timur sahaja dengan merekodkan ketinggian ombak ketinggi 2.5 hingga 3.5 meter.



Loading...
loading...


Jadi, kepada orang ramai dinasihatkan sentiasa waspada dan berhati-hati kerana kejadian ini berisiko untuk berlaku limpahan air laut di persisiran pantai. Buat masa ini, kurangkan aktiviti di pantai.

 


 

Sumber: MetMalaysia via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post