JAKARTA – Gempa bumi kuat yang menggegarkan Pulau Sulawesi semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang, dengan lebih ramai dikhuatiri mati.
Ketika ini pasukan penyelamat masih giat mencari mangsa yang terperangkap.
ARTIKEL MENARIK:[Video]Pernah Ditlkam Ketika Berceramah, Sheikh AIi Jaber Membalasnya Dengan Kebaikan.
Gempa berskala 6.2 melanda pada awal pagi Jumaat berlakua beberapa jam selepas gegaran kecil sebelumnya.
Ratusan orang cedera dan ribuan orang kehilangan tempat akibat gempa tersebut.
Indonesia mempunyai sejarah gempa bumi dan tsunami yang dahsyat, dengan lebih dari 2.000 terbunuh dalam gempa Sulawesi 2018.
Lapan orang meninggal dunia apabila sebahagian Hospital Mitra Manakarra setinggi lima tingkat di Mamuju runtuh.
Kira-kira 60 orang pesakit berjaya dipindahkan dengan selamat dari hospital.
“Ia berlaku begitu cepat, sekitar 10 saat,” kata Syamsu Ridwan, jurucakap polis tempatan, kepada BBC.
Menurut gempa itu menyebabkan bekalan elektrik di hospital terputus malah, perkhidmatan telekomunikasi juga teruk.
Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai untuk kekal bertenang.
Pusat gempa pada hari Jumaat adalah enam kilometer (3.73 batu) di timur laut kota Majene pada kedalaman 10 kilometer.
Gegaran dirasai kira-kira jam 1 pagi selama tujuh saat.
Setakat ini tiada amaran tsunami dilaporkan tetapi kebanyakan penduduk telah meninggalkan kediaman masing-masing untuk berteduh di kawasan selamat. – MalaysiaGazette
Post a Comment