loading...
PUTRAJAYA – Sebanyak 2,593 kes baharu dilaporkan hari ini, tertinggi direkodkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 125,438 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 24,347 kes.
ARTIKEL MENARIK:2.5 juta permohonan i-Sinar diluluskan
loading...
Menurutnya, kes sembuh merekodkan sebanyak 1,129 kes dan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 100,578 kes.
“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak empat kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,589 kes adalah penularan tempatan.
Loading...
loading...
“Terdapat empat lagi kes kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 513 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 141 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 67 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE via Kosmo Digital
loading...
Post a Comment